Sunday, April 26

hari paling best sedunia

harhar.gelak dulu before start bercerita ok.apakah motif?title entry kali ini sangat bohong dan dusta.hari paling best sedunia la sangat kau elly.mane ade.mane ade.sebenarnya hari paling worst pernah saya alami semalam yang bersamaan 28 april 2008.harhar..apelah punye motif semalam banyak sangat kejadian yang sangat dasyat dan drastik lagi malang menimpa dan menghempap.pap.pap saya.semalam boley dikire dgn jari kejadian sangat memalukan plus memalangkan menyelubungi cik tengku suehaily mohd jiwa ini (eh2.apakah motif ada title tengku itu??).kalau dikire dgn jari adalah dlm 6 kes yang sangat mendasyatkan ooo wa cakap lu memhempap.pap.pap saya.laporan menyatakan bahawa keMALANGan-keMALANGan kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam.(entry bertukar kpd ayat berita.tumpang lalu~~.harhar).berita hari ini....:

laporan pertama:
pukul 9.45 pagi.tengah syok2 tidor tetibe saya agk tersentap bila hp bunyik ada org call then cakap "suehaily ni kak nab.datang ppp sekarang.kak ayu dah ade kat ofis.ok datang sekarang ye".mak aiii tersentap aku sebentar di katil.apakah?x mandi lagi ni.ada ke patut menyuruh datang sekarang jugak??saya menjawab."owh.owh.ok.ok.saya datang pukul 10 boleh?".harhar.apa punya jawapan tu.sempatkah nak mandi,nak iron baju,nak make up(make up kah?ha5),nak kemas katil sebelum menuju ke ppp tepat pukul 10 pagi??..hahaha.for sure lar jawapan die tak sempat..

sampai-sampai je kat ppp tuan empunya badan yg nak dijumpai pulak gone!oiii2.kata nak jumpa aku!tapi tetibe tak ade pulek kat ofis.ape cerRR ni??!!bengang2 kena tunggu setengah jam pulak tu.dah buang masa kat situ.baik aku study ke,menuntun jejaka itu ke,berborak dgn jejaka itu ke (kahkah ape ni tetiba mention ayat jejaka itu.huhu??) daripada menunggu mcm kerang wangi kat ppp tu.geram betul dgn orang2 ppp ni.mentang2 la kau orang besaq?ade aku kesah kau org besaq?!!kau ingat boleh buat sesuka suki hati ke?isk, pagi2 terhempap perkara2 malang sudah.kesian dgn elly.


laporan kedua:
pergi apply kolej dgn fieza utk short sem.muturku sejak 2,3,4,5,6,7 menjak ini ada buat konsert cikit.sedap2 menunggang mutur menuju ke kolej2 boleh pulak die wat konsert rock kapak kat bawah tu.isk3 hati da risau takut takut bile tengah bawak mutur tayar motor tetibe jalan kat sebelah.(mcm cerita rombongan cik kiah tu la.ingat x.ingat x?harhar).pergi lah dulu menservis mutur kat hentian kajang.ape punya nasib la hari tu.duit telah melayang seperti rama-rama terbang bebas (ayat berDASARKAN LIRIK lagu ella) sebanyak RM ..... utk menservis mutur..kahkah padan muka kau.purse sudah kosong.ye sudah kosong ye.memang licin wa cakap lu..hiba dan hampa.ok tak pa lepas ni pergi cucuk duit ok.ok saya dan fieza menuju ke pangsapuri UKM.kesian dgn elly.


laporan ketiga:
bila kat angkasapuri UKM (pangsapuri laR!) tetiba orang ofis kat situ dah balik nak lunch.dush2!amboi staf2 ukm ni!tak boleh tunggu 110 minit ke nak lunch tu.kalo time lunch bukan main laju je nak keluar!kalo time nak balik ofis tu bukan main lambat mcm siput itik nak balik.orang nak jumpa pun susah betul tahu!terpaksa la saya dgn fieza balik fac. dulu sebab orang ofis tu x da.!kan dah kesian dekat minyak mutur saya terpaksa membazir menuju ke angkasapuri tu.sikit punya jauh tau ukm tu dgn angkasapuri UKM tu.isk3...kesian dgn mutur elly.

laporan keempat:
bila kat kolej amin pulak saya ditimpa malang yang berbaurkan kecederaan.sedang nak 'menolak mutur dari bertongkatkan dua kaki'.tetiba tongkat tu menghempap.pap.pap kaki saya yg chumel.ape lagi jerit ar saya.arghhhhhhh...abis satu amin dgr jeritan batinku.( kau tipu!).fieza yang menemani diriku ini pun agk tersentap sebentar!(tersentap?belanja i ok lepas ni).sakit wooo wa cakap lu.rasa mcm takda harapan lagi nak mengpunyai ibu jari kaki dah.brother yg lalu sebelah saya time tu pun agak tersentap!(ok belanja i ok)lepas tu fieza telah menjadi mangsa untuk membawak muturku.(sila rujuk link yg di mana fieza menyatakan rasa kasihan kpd saya ok)harhar.mana boleh bawak mutur la time tu.tapak kaki terasa seakan-akan mau patah tahu?kesian tak?no.kesian dgn elly.plus kesian dgn fieza.


laporan kelima:
ini laporan paling terbesh sekali wa cakap lu.lepas tulis ini saya nak gelakkan diri sendiri atas kebengongan yang telah saya lakukan.harhar.saya dan fieza menuju ke pusanika utk ketemuk staf unit perumahan.lepas jumpa saya teringat purse kosong.!ok mahu mencucuk duit.yes ada duit balik.!pergilah menuju ke ATM.ni nak komplen sikit ATM kat pusanika!apasal skrin dia lambat sgt nak keluarkan number yg ditekan!benci betol!atas sebab alasan tu total yg saya nak keluarkan sejumlah Rm100 melonjak kepada total rm1000!harhar.ini sebab kerana bila saya tekan number 1,0,0, dia lambat sgt nak appear kat skrin tu.dengan perasaan kurang sabar saya tekan number 0 sekali lagi.menjadikkan total amount tu seribu ringgit!arGHHHH!!LEPAS TU TERTEKAN PULAK BUTTON YES UTK TOTAL YG NAK DIKELUARKAN.druup.druup.druup.druup.druup.10 kali.(bunyi ATM tu kira duit lah!). mak aih banyaknya duit nak keluar.

argh....kelam kabut saya.otak dah stuck!minachi yg queue kat belakang saya time tu boleh pulak gelak tengok kekabutan saya.mana berani nak pegang duit 1000 owh.!tak berani!terus panggil fieza!apakah?die dpt selesaikan ke problem ni?dalam otak cakap ye die dpt selesaikan.!harhar.kad ATM da keluar time tu tp saya x berani nak ambil sebab kalau ambil kad tu for sure seribu ringgit akan terkeluar.fieza tanya "kau kenape?".saya cakap, "aku dah tertekan 1000 ringgit tadi!cam mana ni.banyak sangat aku keluarkan ni.tak berani!"...sedang berborak2 dgn fieza, kad ATM yg menunggu tuan die menarik die keluar,telahpun memasukkan diri balik kat dalam ATM tu.maksudnya cik?maksudnya kad saya dah tertelan lah baiiiii..!

argh!mcm mane ni??kad dah tertelan!fieza suruh saya call bank tu.then lepas call lega cikit.tapi kesian kat budak2 UKM yg nak guna ATM tu.harhar.secara rasminya saya telah menjadi tukang pemberitahu terhormat kat orang2 yg nak guna ATM 2."ATM ni rosak.x boleh guna.guna ATM lain la ok".haha..padan muka elly kad kau tertelan.purse masih lagi kosong.kat otak cakap malam gerenti x dapat makan!padan muka!tapi andaian yang dibuat tidak benar semata2.fieza sangat baik hati.die bagi pinjam 50 ringgit.baik nye hati fieza.yahoo.!i luve u fieza.yea boleh makan chicken chop.(ewah!lebih2 pulak!).kesian dgn elly.


laporan keenam:
tempat kejadian adalah di studio duranta. laporan ini pula berbaur kepada kecelakaan.time tu saya baru balik dari toilet.ok masuk studio je terus menuju ke meja utk meneruskan buat assignmment.nak dijadikan cerita time nak duduk kat kerusi yg kurang egonamik itu tetibe kerusi tu boleh pulak lari dari position die.maksud saya kerusi tu nak main acah2 dgn saya.die x amu bg saya duduk tahu.dan kejadian kecelakaan ini telah menyebabkan punggung seakan2 mahu jatuh ke lantai.ingatkan x da sapa la yg nampak kejadian tu.tapi secara tetiba penghuni2 banglo AF tu (ayat kak aida) menjadi seperti dalam dewan raja lawak pulak.mereka mengelakkan saya tahu.aish2..malunye...ingatkan dapat cover.rupanya x!tapi time kejadian tu saya sgt suke kak aida gelak.wah2 sgt chumel die gelak.kalau ada pertandingan orang tergelak paling chumel kat dunia mesti saya akan vote kak aida 1000 kali.harhar.kak aida u chumel la gelak.tapi serius malu time 2.ape punya kerusi tah!da la x egonomik!pastu main acah2 pulak!kesian dgn elly.



semua laporan di atas telah menunjukkan statistik yang sangat tinggi jumlahnya terhadap quote PADAN MUKA KAU ELLY.isk tak baik punye tuan yang menulis entry ni.nyah kau.!kau cakap padan muka kat elly.kurang asam.aish.apa lah nasib malang semalam dihempap.pap.pap. dengan kejadian yg tidak diingini.harhar..mungkin hikmah die esok elly berkahwin dgn jejaka itu.mungkin.mungkin dan mungkin.harhar.(apakah motif kau elly??!)gatai no elly.nyah kau!laporan seterusnya akan menyusul kemudian siaran.cau cin cau.mandi dulu ye.

2 comments:

f.i.e.z.a said...

lol ingatkan petang dah hbs rupanya bersambung lagik smp malam.kasihan..kasihan..gelak dulu.
HAHAHAHA

eLLy said...

brani kau glak..pegi2 kau..nyah2..haha