Sunday, May 31

haruskah?

Di kala kau mencari cinta
Aku memberi... tetapi ku tak merasakan
Di kala aku dilamun cinta dengan dirimu
Mengapa kau jauh dariku

Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata kau cinta padaku
Tidak kau rasa getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Tak perlu kuucap apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua

Setelah semuanya berlalu.... hatiku sepi
Akan kusimpan cintaku ini
Di kala engkau pergi dari ku
Aku tersendiri.... mengapa engkau begitu
Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata 'Baby I love you'
Tiada cinta getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Lupakan semua apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta kita berdua

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Baby I love you

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain di fikiranku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hatiku
Tak perlu kuucap 'Baby I love you so'
Jadikan pengalaman cinta kita berdua.... ooohhh

Haruskah aku menanti cinta darimu
Haruskah....


song by adam

kahkahkahkang.lagu kat atas tak ada kaitan pon dengan isi sebenar entry ni.saje buat gimik.lalala~hari ni baru balik dari pahang.kampung yang indah dan permai.tujuan balik kampung untuk bersuka ria.bersuka ria?bersuka ria sangatlah kau!tak de maknanya nak bersuka ria.(entry kali ni nak membahasakan diri aku bukan saya seperti biasa).seboleh-bolehnya aku tak mau tau balik kampung.sebabnya aku pikir kerja-kerja workshop banyak lagi tak siap.!ibu aku sampai kecik hati dengan aku sebab aku tak mau balik kampung untuk kenduri kahwin adik ibu.sebab rasa nak ambil balik hati ibu, aku kena balik kampung.kalau tak balik derhaka aku dengan ibu tahu.!

aku balik kampung bukan untuk bersuka ria atau saja-saja.aku balik kampung ada motif.bila kat kampung je sangat tak tenteram jiwa.motif?sebab pikir workshop preparation la!nasib baik ada kawan-kawan dan senior yang sanggup berhempas pulas pikirkan workshop.aligatok.

sudahlah.kenapa ayat macam marah ni!faham-faham sendirilah kepada yang berkenaan.saya bukan nak marah tapi nak perbetulkan balik kenapa saya perlu mengskipkan diri dari tugasan preparation workshop.haruskah saya dipersalahkan?(haha baru masuk tajuk perbicaraan di atas.lalala~)

penceritaan kembali normal.haha.selama dua hari setengah balik kampung, sangat memenatkan ar.tak de satu hari pon saya duduk relax-relax kat kampung tu.setiap hari pon bekerja menolong ahli keluarga menyiapkan persediaan perkahwinan adik ibu,mak etam.tangan aku dah tak lembut seperti biasa(kahkah macam ar before ni lembut sangat!).mana tak nye basuh periuk besar yang orang kenduri pakai nak masak lemak cili api tu ar.basuh segala kehitaman yang melekat kat periuk tu!hurmm..mak etam dah kahwin.lepas ni dah kurang sorang mak cik kat kampung nak gurau senda dengan manja-manja.hahaha.selamat pengantin baru kepada beliau!

aku balik UKM dengan family mak cik aku.bukan dengan family aku.family aku balik keesokkan harinya.aku balik awal sebab risau ar kat workshop preparation.sangat tak tenteram hati.balik UKM teros siap-siap menuju ke duranta.ingat nak diskusi dengan Beh tapi dia dah balik rumah dia ar pulak.alih-alih tujuan di duranta bertransform menjadi tempat berclubbing.kahkah.bukan clubbing la.(ayat patut diperbetulkan.uppsss sorry)ni semua kak yin punya hal.kak yin pi on dance pad pulak. pe jadahnya dance pad tu?pi baca kak aida punya entry.pi pi.!sungguh seronok ar dance pad tu.kitorang 3 muskeeters dan juga penghuni banglo af (kak aida,kak fara,kak iman,kak yin,kak finas) sangat seronok main itu game.pasni kalau nak kurus kami melawat ar duranta.nak dance-dance.hahaha.

masa sudah tamat.3 muskeeter pulang menuju ke pangkal jalan.senior-senior pon turut pulang ke pangkal thesis.hahaha.cukup ar.tak larat menulis panjang dah.mari menuju ke destinasi yang lagi menarik.huhu.(tajuk entry haruskah langsung tak de kena mengena dengan isi entry neh.ahhaha.!maaf!)

No comments: