Sunday, May 17

sayang ibubapa kepada anak

syurga itu di bawah telapak kaki ibu


الجنة تحت أقدام الأمهات ، من شئن أدخلن ، و من شئن أخرج
Surga berada di bawah telapak kaum ibu. Barangsiapa dikehendakinya maka dimasukannya, dan barangsiapa dikehendaki maka dikeluarkan darinya

sangat berat tajuk kali ini.kepala terasa sangat berat dan mata sangat letih malam ni.bila membaca hadis tersebut saya sangat sedih dan ingin menangis lagi.mungkin pelik kenapa tiba-tiba perasaan ini muncul.hari ini saya telah belajar sesuatu yang sangat saya takkan lupakan.besarnya kuasa kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

hari ini saya dah melakukan kesalahan yang amat besar terhadap ibu.saya sendiri tak tahu kenapa saya lakukan sedemikian rupa T____T..mungkin ini terlalu peribadi untuk diluahkan.kalau tak luahkan mungkin fikiran tak dapat nak tertumpu kepada kerja-kerja akan mendatang.

hari ini saya merajuk terhadap sesuatu perkara yang sangat melukakan hati kerana perbuatan diri sendiri juga.saya ambil keputusan pulang ke UKM sebab hati sangat remuk.sebelum pulang ke UKM saya mencium tangan ibu walaupun dalam diri masih merajuk.ibu tetap insan yang saya sangat hormat.walauapapun yang beliau katakan saya masih punyai rasa hormat kpd beliau.mungkin berasa pelik terhadap statement ni.teruskan penceritaan.

hari ini sepatutnya ayah membawa saya pulang ke UKM.tapi bila hati dah mula merajuk saya tak mahu ayah hantar pulang.ayah dah rasa sangat pelik.ayah tanya kenapa?dan saya tak dapat jawab dengan baik.tiba-tiba air mata jatuh depan ayah.aishhh..mcm mana boleh terlepas air mata pun tak tahu.saya terus start enjin motor dan pulang terus ke UKM.tapi baru beberapa minit gerak tiba-tiba rasa mcm handphone tertinggal kat dalam kereta ayah.terpaksa patah balik ambil handphone.time tu mata dah merah sangat-sangat T_____T.memang tak peduli orang sekeliling nak pandang ke nak ejek ke nak gelak ke bila nampak saya menangis.tak kisah arr time tu.bila nak ambil handphone ayah ada kat dalam kereta.ayah tengah call seseorang.saya tahu sangat ayah call ibu.mesti ayah nak tahu penyebab kenapa saya nak balik UKM secara drastik dan tiba-tiba.time ayah tengah call ibu saya salam ayah, cium tangan dia sebelum pulang ke UKM.sangat sedih time tu.

saya memang dah lakukan kesalahan kat ibu.saya tahu sangat besar dosanya bila kita telah kecilkan hati ibu walaupun hanya sedikit.mungkin saya terlalu tension bila kat UKM dan secara tiba-tiba saya tidak sengaja melepas ketensionan tu kat rumah.ibu kecil hati kat saya.saya rasa serba salah sangat kat rumah.then satu perkara yang dah berlaku dan penyebab saya nak balik terus kat UKM.

sepanjang on the way balik ke UKM air mata memang tak henti-henti mengalir.memang sedih.time bawak motor tu hati cam dapat agak ayah follow kat belakang.bila sampai kat UKM je terus call ayah nak cakap dah sampai UKM.pastu ayah cakap ayah nak sampai kat UKM da.memang dah agak ayah akan follow.hati ibu bapa memang tak dapat disangkal.mana ada bapa yang tak risaukan anak.masa tu saya lagi naik nangis bila tau ayah follow saya balik UKM.

bila ayah sampai kat kolej ayah ajak pegi makan.saya tahu ayah sangat risau.saya tahu ayah nak slow talk dengan saya bukan nak ajak makan tujuan sebenarnya.hati saya sangat nak meraung masa tu.saya tak tahu kenapa hari tu diri berserabut sangat.ayah cakap slow talk dengan saya.

ayah cakap

walauapapun yang terjadi jangan tunjuk perasaan marah kita depan ibu
biar benda tu tersimpan dalam hati
along kena tunjuk teladan yang baik depan adik-adik
along sekarang dah makin membesar
mature kan diri
jangan sampai ibu kecil hati dengan kita
walauapapun yang ibu cakap diam saja
biar perkara tu terpendam
ibu marah bukan sebab tak suka
ibu marah sebab rasa sayang dekat anak dia
ingat seorang ibu takkan menangis depan anak
.....................................
......................................
ayah cakap call ibu lepas maghrib.ibu tu marah sekejap je.
dia marah sebab sayang.
ambil hati ibu balik.30 hb 5 ni balik kampung.
adik ibu nak kahwin.
ibu sedih kalau along tak balik tengok adik ibu nak kahwin.
.....................................

Justify Full
masa ayah slow talk dengan saya rasa nak meraung depan ayah.nak jumpa ibu jugak masa tu.saya tahan masa tu.mata dah merah tapi tak sampai hati nak nangis depan ayah.saya tahu apa yang saya buat sangat salah kat ibu.saya tahu saya tak patut merajuk kat ibu.saya tahu ibu sangat kecil hati dengan saya.tapi masa tu kepala tak dapat fungsi secara baik sangat.tak tahu kenapa saya berfikir nak balik terus UKM.saya tahu ibu sangat marah kat saya tapi saya tahu juga ibu marah sebab dia sayang saya.

lepas maghrib fieza dah balik UKM.saya ambil dia kat bus stop.then fieza macam-macam cerita kat saya time tu.sorry fieza time tu kau cerita tapi aku tak concern sangat.kepala aku sangat pening time tu.tak dapat nak bagi respon betul-betul kat cerita kau.sorry.kepala saya ingat nak call ibu je time tu.saya cek credit.tinggal berapa sen je.saya carilah topup kat sekeliling kolej tu.then dapat gak topup.

saya kuatkan hati call ibu

ibu angkat
saya bagi salam dan tanya ibu tengah buat apa
saya tak tahu nak start cakap apa
pastu saya minta maaf kat ibu
suara ibu sangat biasa
tak ada pun suara nak marah kat saya
saya tahu ibu sayang kat anak dia
saya cakap saya tak sengaja nak merajuk
saya tak patut cakap benda yang ibu kecil hati
saya tension kat UKM ibu
maaf ibu

ibu cakap

ibu tak marah kat along.
ibu tahu along tension
lain kali jangan buat perangai cam tu lagi
kalau along tension tukar la cos tu
apa-apa pun 30 hb 5 ni balik lah kampung
adik ibu nak kahwin
takkan along tak balik adik ibu kahwin
nanti wan cakap apa pulak kalau cucu dia tak balik
ibu marah along bukan sebab ibu tak suka
tapi ibu cakap sebab kebaikan

saya menangis masa ibu cakap macam tu.walaupun ibu marah dengan saya tapi marah dia sekejap je.tu la kuasa kasih sayang seorang ibu kepada anak dia.saya rasa sangat salah perbuatan saya merajuk kuat ibu.saya tahu saya takp patut buat cam tu.

kasih sayang seorang ibubapa tak da tolok tandingnya
walaupun mereka marah kita
mereka tetap sayang kita sebagai anak mereka
jangan tunjuk kemarahan kita kepada ibu bapa
jangan bagi mereka kecil hati
pendamkan je kemarahan kita dalam hati
biar kita je yang tahu

mata dah sangat tak stabil.hati dah tak keruan.biarlah orang nak judge saya ni macam mana.saya tak kisah.asalkan saya tahu saya sayang ibu dengan ayah.saya sayang family saya.jadikan perkara ni satu teladan.walaupun cerita saya ni tak lah nak buat orang nak menangis ke pe.tapi saya just nak remind sayang ibu bapa tu tak de tolok tandingnya dengan sayang kat boyfriend or kawan ke pe.---------------


sayang mereka lebih dar segala-galanya T__________________T....

1 comment:

Adian said...

huhu sedih sungguh... time first year dulu pun penah jadi camni... tapi terbalik la. kat ayah. hahaha macam2