Sunday, January 10

new year-new life-new vision-new hope

suka photo ni ye.midnight photo shoot.

"ouh sudah hari ke sebelas tahun 2010!bersamaan 2 bulan 11 hari baru nak baru nak update blog.WORLD RECORD ELLY SUEHAILY.THUMBS UP!KAHKAHKAH"

wishlist new year

tahun ni azam baru nak teror masak memasak.acece.sebab tahun lepas habis kena kutuk sebab failed masak telur dadar oleh muhammad akram,nur afieza,muhammad adian,syafiz,farah diana, dan lain-lain.sungguh memalukan!(saya bukan tak reti masak ye.tapi akibat mengelamun tak tentu pasal time masak so effectnya hangus telur tu.anak sapa tah ni?!huh!)

ini adalah quote kak adzlin yang telah dipaparkan dalam akhbar berita harian:

Adzlin Dimyati, 24 “MELAKSANAKAN azam ini bergantung kepada sikap seseorang, sama ada mereka dari kalangan ‘cakap tidak serupa bikin’ atau tidak, baik lelaki atau wanita. “Ia juga bergantung kepada kemahuan seseorang. Jika azam membabitkan sesuatu yang benar-benar diinginkan, pasti mereka akan berusaha mencapainya. “Segelintir yang tidak berusaha mencapai azam mungkin sebenarnya tidak mahu melaksanakannya. Kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”

Oleh yang demikian saya bakal tidak akan cakap serupa bikin dan hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih!berusaha elly suehaily!


Selain daripada itu,saya juga mahu berazam menambah ketinggian diri yang sememangnya takkan tercapai lah angan-angan tu bukan!(harapanlah kau elly nak tinggi.haha).Tak pe,tak pe angan-angan tu saya transferr kat anak-anak saya boleh?haha.(grad pun belum lagi ada hati nak pikir keperihalan kahwin-kahwin,anak-anak!gedik di situ!)

Lagi-lagi azam tahun baru nak dapat design A kangkang boleh?Besar sangat harapan tu.cannot cannot.tapi confident tu perlu ye.(eh plagiat ayat sapa tah ni?haha).Tahun ni harus bodek lebih studio master ye.Buat board 30 keping nak beat kak A'ai yang berjaya menghasilkan 28 board!pergghhhh!.Oh lagi besar sangat harapan tu,dush dush!keluar kau elly dari kancah angan-angan ini.haha.

cukuplah tu tiga wishlist sudah!tak payah nak lebih-lebih.hope tercapai ye angan-angan tahun baru 2010.(tapi wishlist no 2 harapan je lah!)hendak seribu daya,tak hendak tak payah nak berdalih-dalih.haha.



tahun 2010 sangat happy!terima kasih kamu.saya sangat menghargai kamu.saya berharap pada kamu.thank a lot memahami ye.we make it slow ok.dan juga thanks lagi sekali banyak-banyak teman saya sepanjang permulaan 2010 ni.menangis satu baldi.



1 comment:

finasafa said...

lagi satu jangan lupa ye elly...wish list awak tu mesti ada..

'saya xkan lupa lagi men-switch-off' suis iron di bilik,kalau tidak,kakak-kakak dirumah akan mengamuk sakan'

hahahah.