Friday, July 30

Seorang pelajar univeristi yang pintar lagi bijaksana

Pagi-pagi dapat alarm clock terbaik dari adik."Along bangun-bangun cepat dah lambat dah ni!!!"Pagi ni adik kembar saya ada Hari Sukan sebagai kakak yang baik lagi murah hati kena ah bangun pagi menghantar adik-adik pergi sekolah.Hari Sukan adik saya dekat SK Taman Melati,sekolah diorang tak ada padang sebesar Bukit Jalil.So sekolah diorang pergi ah buat kat Sk Taman Melati (mungkin ni list padang sekolah rendah paling terbesar kot,mungkin!)

Pagi ni telah tercipta cerita macam mana tindakan kakak yang dah masuk universiti lagi pintar dan bijak bestari.Al-kisah bila dah sampai area Taman Melati tu dah lost jalan tak tau direction nak pergi SK Taman Melati tu.Sebagai rakyat 1 Malaysia yang bersikap peramah, berhentilah kat gerai nasi lemak tepi jalan nak tanya kat mana sekolah tu.Si kakak mengarahkan adik tanya dekat mak cik jual nasi lemak tu.Mak cik tu gaya macam indonesia je,dia tau ke area sini??Berpikir sejenak.

Rasa was-was gila follow direction mak cik Indo tu,drive punya drive masuk highway terus!Damn punya mak cik Indo!Salah masuk jalan!Dem dem dem!Dah lah adik-adik dah lambat boleh lagi sesat jalan, lagi tambah lambat!.Terpaksa ah menghabiskan kuantiti minyak kereta yang tinggal ciput tu pusing ikut jalan UIA.Jauh tau jauh tau!Tambahlah kelewatan adik-adik nak sampai ke padang hari sukan.haha.padan muka korang!

Saya dah gelebah tahap macam cipan melompat-lompat atas pokok.Tindakan yang bijak kakak sulung ni pergi ah mengcall rakan sebaya yang duduk area Taman Melati (awal-awal tadi tak nak call pulak kan,padan muka sesat)Tetiba tinggg tinggg nama Sherry je yang teringat kat kepala otak ni.Call Sherry dengan kadar yang segera!haha.Angkat call je dengar suara lemak berkrim orang baru bangun tidur, padan muka Sherry pagi-pagi dah kena kacau!Al-kisah Sherry telah menjadi savior untuk pagi yang indah lagi permai.Thanks Sherry direct jalan,muah muah!!Sebagai balasan savior Sherry terjanji pulak dia nak belanja air mekdi.Golongan pelajar macam saya tak mampu nak belanja besar-besaran.haha


Nilah dia rakan sebaya yang dah jadi savior (kononnya) Sherry comel.Dia cute sangat tau!Sapa nak kenal dengan dia pergi jumpa bapak dia,Bapak dia polis tau,polis tau!(padahal sherry ni dah nak kawin ada boyfriend pun boleh lagi nak promote kannn.haha)

Time nak sampai sekolah tu, ting ting ting tiba-tiba adik saya yang besar dari gajah saya tu keluar kan surat sekolah yang ada direction pergi SK Taman Melati tu!!!Bengang bengang bengang!Rasa nak pelakangkung kepala dorang!Apasal awal-awal tadi tak bagitau ada peta direction!!!@#$%^&*..Dua-dua adik cakap kat along dia ni "Orang dah bagi tau dah tadi tengok peta malaysia ni,kau tak dengar ke??"..Ouh maap adik-adik along dah lama tak korek telinga!Damn macam mana boleh tak dengar ni!Bertuah betul dapat kakak sorang ni.Ayat killer paling menbunuh daripada adik-adik."Kau ni nama je dah masuk Universiti,tapi ******** gila.Dah la kitorang lambat ni!!!"Muka dua-dua adik bengang tahap babun terbakar buntut,haha dalam saya hati padan muka korang!

Beginilah tindakan seorang mahasiswi universiti yang pinta lagi bijaksana kan!Dah terbiasa bhaii belajar benda complicated sampai terapply dalam kehidupan seharian!Damn tu la orang kata semut kat seberang sungai nampak,gajah yang besar gedabak menari-nari kat sebelah punnn tak nampak!Tindakan untuk megubah sikap pergi daftar balik tadika,belajar sungguh-sungguh sampai masuk univerisiti supaya kelak tak terkena tempias yang panas oleh adik-adik!(alamatnya tak kawin sampai ke tua ah)


p/s:Mau daftar mengundi (dekat area rumah ni ada kempen mendaftar mengundi)yeeeaaah!Boleh berlagak kat rakan-rakan sebaya yang tak mencapai usia 21 tahun lagi.Ayat berlagak: 'Aku dah daftar mengundi, korang dah ke??'.Gila menyampah kalau dengar!hehe

Thursday, July 29

Wedding dalam hati ada taman

Awak tak boleh buat saya macam ni tau
Muka saya ganas wak
saya ni rempit

TAPI DALAM HATI ADA TAMAN!


Tetiba jah teringat dialog Adnan Sempit!Ni dialog paling tak tahan dengar,menangis air mata berdarah gelak tengok Adnan Sempit.Gam kuat-kuat dalam hati diolog ni,"dalam hati ada taman" ye.Ayat ni yang nak di highlight kan.Bukan jalan cerita merempit tersepit tu okek!

Semalam terjah page group photographer yang agak professional jugak ah kat facebook,gambar-gambar dia memang nice sangat!View semua photo album,serius begitu jatuh hati dengan semua photoshoot diorang.Group Photographer yang dimaksudkan ialah KUDEGRAPHY,fyi diorang ni photographer professional untuk wedding and apa-apa event pun.


Eceh siap promote lagi Kudegraphy ni!Sila belanja saya ayam masak lemak cili api ye crew Kudegraphy!hehe.Kalau nak tengok photo Kudegraphy yang superb lagi hebat pergi selongkar page diorang okek!Dalam banyak photo album Kudergraphy ni saya terjatuh cinta dengan album wedding 'aainaa & yasir
.Memang WEDDING YANG DALAM HATI ADA TAMAN betul!Wedding concept diorang like garden and simple.Sweet gle pun ada concept wedding ni.Scroll jom tengok wedding ni,,


Signage ceremony diorang macam dalam story telling punya!



Menu kenduri tak payah cakap lah,Western betul.Kenduri saya kelak mesti ada udang galah goreng plus masak lemak ikan patin!(fevret ni,verangan gleh!haha)

simple je pelamin tapi nice!


meja makan bride and groom.oklah


Yang ni part paling suka!siap ada sign board happily ever after.Betul-betul macam love story

The groom,okek dia comel daripada penyanyi Siti Sarah.haha


Kempen mari membaca pun ada!Memang government suka ni kalau tau.haha


Ni apasal saya ni asyik pikir pasal kawin-kawin je.Hormon gatal terlebih sangat ni!!Tapi sweet tak sweet tak wedding concept diorang!Nak tengok banyak lagi pergi klik kat page Kudegrahpy tu.Thumbs up to kudegraphy for nice photoshoot!Verangan jap nak buat concept wedding sustainable kelak!Matilamak Ar. Serina Hijjas mintak jadi adik angkat kalau buat concept ala-ala architecture!haha.Time tengok semua photo ni tetiba lagu Kru & Elite dengan kakak iparku Siti Nurhaliza berlegar-legar menari tengo dalam kepala.Memang sesuai lagu tu dengan wedding ni.Okek nak karok jap sampai pitam!!









credits to: KUDEGRAPHY
AND
THE COUPLES 'AAINAA AND YASIR



p/s:Baru dapat elaun tadi.Yehoo!okek mau beli hadiah anniversary ayah ibu.Mari terjah Wangsa Walk adik-adikku!

Wednesday, July 28

Selamat hari menjadi-jadi saviorku!

hepi bepdey to you
hepi bepdey to you
hepi bepdey ngah
hepi bepdey to you
amat ari adi
amat ari adi
amat ari adi ngah
amat ari adi


ciri nyanyian gedik di atas adalah hasil
ciptaan lirik :raziq
komposer :raziq
penyanyi :raziq
save bajet punya lagu,semua dia buat!


Selamat hari kejadian saviorku!Eh eh saviorku tu bukan bermaksud prince charming dari negara inderakayangan.Itu silap!Savior yg dimaksudkan ialah adik perempuan saya yang kedualah,Suria Adilah aka Angah.Dia adik perempuan saya yg banyak tolong saya semasa ketiadaan saya atau semasa kemalasan saya di rumah.Dia yang tolong basuh berak raziq,mandi raziq,jaga raziq,pakai baju raziq,bedakkan raziq pendek kata semuanya raziq!Along dah penat dulu buat semua ni kat 4 orang adik yg lain!Sekarang turn kau pulak eh!Sekaranglah fungsi anak yang sulung sesuai dipraktikkan,dah boleh mengarah sikit adik-adik.haha.So buat masa sekarang angah memang savior saya di rumah!Kelak mungkin akan bertukar posisi kepada adik-adik yg lain, mungkin!

Hari ni birthday angah yang ke-19,28 Julai 2010.Adik perempuan saya muda remaja sapa mau buat bakal bini isi borang ka
t kakak dia dulu!Boleh pulak kan nak promote adik kan...haha.Err tak tak saya bukan kakak begitu,sapa mau angah dia mesti poket penuh sebab wajibulghunah belanja akak ipar dia kelak.

Okek semalam lepas habis office hour,terus cabut keluar dengan sepantas kilatnya sebab nak cari hadiah punya pasal.Nasib shopping complex bertaraf 3 bintang berdekatan dengan office,boleh ah cari hadiah untuk angah.Saya akan bagi hadiah dekat seseorang mesti bercirikan :bendaan yg boleh dipakai/makan dan bukan bendaan yg letak dekat meja bilik tidur esuk pagi bangun tengok bendaan tu dah pecah/hilang/rosak.Saya akan satisfied bila sesuatu hadiah yg saya bagi tu dia pakai atau menggunakan ia sebaik mungkin!Barulah namanya DIHARGAI,sejuk perut ibu mengandung.Okek setelah menapakkan diri di shopping complex bertarafkan 3 bintang tu,idea nak bagi hadiah apa lagi pakaian wanita la.Pakaian wanita yang bercirikan seperti blous,cardigan,tshirt bukan bikini merah cameron diaz.

Cari punya cari tinggg! dah nampak blous idamanku!Eceh padahal nak bagi kat angah patut ikut citarasa kesukaan dia la bukan?Tingg tingg ini dinamakan taktik bajumu,bajuku jua tu.Nanti bila-bila masa boleh pinjam kejap.haha.Lepas tarik sehelai blous tarik lagi sehelai legging,eh bukan tu ciri pakaian tidak sopan okek saya tarik seluar yang bercirikan islamiah sikit,eceh!Nak beli jeans kewangan tidak mencukupi.Sudah beli sangat satisfied gleh!

Balik rumah benda pertama kena buat ingatkan ayah birthday angah!Ini adalah taktik terbaik untuk makan besar pada malam hari.haha."Eh lupa birthday angah hari ni.Ok along pergi beli KFC cepat,malam ni sambut birthday angah!" dialog oleh bapakku!Okay mission sangat-sangat berjaya!Pergi beli 40 ketul ayam hot and spicy sorang makan 8 ketul ayam,raziq tak payah makan ayam dia makan cheezy wedges je.Sedih dapat kakak yg kejam macam ni!(ayam 40 ketul tu sangat mentipu).Lepas makan besar-besaran baru ah bagi hadiah kat angah.Terharu tak dapat kakak yg sungguh baik hati ni.Kalau along jadi jutawanita kelak nanti BMW 5 series along bagi kat kau angah (Angan-angan menggunung sangat!)


Selamat hari jadi Angah!Semoga menjadi perempuan idaman lelaki terkaya di malaysia.(taktik tu taktik!haha)


Saviorku angah!Terserlah gigi kapakmu yg mana alongmu pun ada jugak!Dah nama pun adik beradik ye dakk??

gambar di atas berlatar belakangkan
sungai hutan lipur bukan di rumah!




p/s:31 Julai ni anniversary ayah dengan ibu.HOHOHO merry mekan besar legy!(baca dalam dialect mat salih celup)

Tuesday, July 27

Kertas dinding


Penat dah jari jari mak klik sana klik sini,taip sana taip sini nyah.Sampai terhasil macam jari di atas tau siap ada cincin lagi,kononya!Demi kertas dinding pojaan hatiko!Sampai berkedut dah jari jemari mulus ni.Orang tak hebat nak edit mengedit mesti ah sampai penat jari.Kalau yg pandai mesti diorang 10 minit pun dah siap edit kertas dinding ni.Tunggu bulan mengambang baru nak siap edit kertas dinding.Aiyooma skema gila kertas dinding,ok sila alih bahasa - wallpaper!wallpaper ah!

Duration masa nak mengedit punya ah lama sebabnya kesilapan teknikal yg amt budus dan bengap gleh!. Sedang sang puteri mengedit wallpaper bagai dah siap save template semua,then view blog tinggg!! dengan kuasa bulan menjelmalah ia!Habis semua friends list dengan bloggers list hilang!Edit lain keluar lain.DAMN!Nasib baik tak keluar gamba wallpaper bikini merah meletop Cameron Diaz,Knight And Day tu.Kalau tak mengelip mata bukak blog asyik nak tengok bikini!Bengang tahap cipan gleh.Orang semangat mengedit dia bagi bonus hilang list bloggers pulak!

Okek kerana kesabaran pada hari Nifsu Syabaan membara-bara pergilah mengedit kembali dengan semangat waja wirawati negara.Selongkar ah blog nur,my life as a me,upside down,kakak iparku Siti Nurhaliza,Cameron Diaz bikini merah nak cari link blog terdahulu!Setelah itewwww (dem terkeluar pulak bahasa pwincess.haha) HASILNYA INILAH!tinggg!Berbunga-bunga bagai pastu tertempek pulak koleksi gambar muka mintak sedekah tepi tu.haha.Untuk tahun ni,dah tak mau edit background dah.Mungkin akan meneruskan editan bila dah dapat 6 orang anak kelak.Eceh!


p/s:Hari Nifsu Syabaan dapat hidayah mendengar koleksi lagu nasyid.Melalak la sesedap rasa dalam ofis sambil teringat masa kat Sekolah Aminuddin Baki dulu time nyanyi nasyid atas pentas tersungkur terlanggar wayar mikropon.Bapak malu gila budak sekolah gelakkan!Damn korang, aku ingat sapa yg gelak tu!Siap ah!Siap ah!

Monday, July 26

Impak maksima zaman sekarang

Rangup dan lazat,
KEROPOK MONY!
Enak setiap hari,
KEROPOK MONY!



Dem gila!Sejak kebelakangan ni saya sangat terpengaruh dgn iklan tahap tak best babeng cipan!Iklan berciri begini pun masih wujud lagi ke zaman sekarang bhai?Ni iklan taraf iklan Axion masa zaman kecik-kecik dulu.Siap ada lagu dengan promote barangan jualan bagai,tapi saya rasa iklan Axion ni masih boleh terima lagi sebab lagu dia riang ria sikit.Keropok Mony?Dah macam lagu campuran dikir barat dgn boria bukan?!DEM!(tapi kat rumah, saya dengan adik beradik syok pulak nyanyi sama-sama lagu keropok Mony tu.Apa kes kak??Abaikan,tak perlu cerita kpd anak-anak kelak buat malu jah!)

Era zaman sekarang banyak bagi efek yg betul-betul impak maksima punya dalam masyarakat sejajat termasuk saya yg comel lagi cute(okek tak payah nak riak kat situ!).Ye ah zaman abad 21 banyak perubahan dari segi amalan,sosial,lifestyle dan sekutu waktu dengannya.Efek dia kita boleh nampak ada yg baik dan ada yg buruk bukan?Saya kupas isu-isu zaman kini yg hangat sehangat Mas Idayu dangdut aduh aduh aduh aduh robek hatiku!

  • Facebook-Adik saya yg kembar tu tanya ape best ada facebook?Dia cerita masa Report Card Day kat sekolah dia ramai ah mak bapak datang amek report card,pastu ramai mak-mak kawan dia asyik mintak cikgu punya facaebook lepas tgk report card anak diorang."Cikgu ada facebook tak?Add lah saya.Apa facebook cikgu?".Beginilah ciri-ciri bualan si emak-emak tu.Impak facebook zaman sekarang amat-amat berleluasa.Kalau dulu emak-emak/bapak-bapak jumpa cikgu mintak rotankan anak-anak sebab result tak berapa nak hebat mcm Albert Einstain.Tapi sekarang diorang mintak facebook pulak walaupun result anak-anak cam hampeh.Ok tak pe kita berpikiran positive,mungkin emak-emak ni nak tau perkembangan anak-anak secara online facebook,balik rumah boleh bantai anak secara lemak berkrim disukai ramai mungkin!(Kalau bab mengomen facebook mmg pantas dari mengerjakan solat bukan?)Tak payah komen yg ni.
  • Ngorat-mengorat-Budak perempuan zaman sekarang mmg power-power gleh!Tadi stalk Myspace adik saya,Eddy yg agk muda remaja sikit tu.(Biasa ah budak remaja sekarang Myspace mmg jadi satu addict.Mcm saya muda-muda dulu.Eceh!) Saya stalk comment-comment dia,mmg kakak kaki stalker.DIE sekejap baca comment dia!Budak perempuan belasan tahun sekarang bukan main mengorat adik laki saya bhai!Ada ke comment "Hai,nak berkenalan boleh?U dah berpunya ke single lagi.Kalo dah berpunya tak pe lah."DEEEEMM gleh!Saya yg perempuan sejati ni malu dik ooii.Ini ayat budak laki bagi masa saya muda remaja dulu, tapi kini dah jadi ayat remaja perempuan sekarang.Malu lah Dik Non.Zaman dah berubah,apa kisah perempuan ngorat lelaki bukan?Ni mungkin kata mereka tapi saya tidak okek!Pastu stalk lagi handfon si Eddy ni (apalah nasib kau dpt kakak kaki stalk!) Mak aih tgk kwn perempuan dia bukan main send mms pakai tube bagai.Tindakan kakak yg sejati ni terus mendelete gamba-gamba tidak bermanfaat tu dgn phone number sekali!Hambek kau!Nak adik laki haku langkah mayat kakak segarang Ifa Raziah ni dolu!Wey ni ayt mcm abang-abang pulak!
  • Mainan budak-budak-Okek kalau dulu budak perempuan mcm saya main masak-masak,kawen-kawen.Yang budak laki main baling selipar,rounders.Tapi sekarang zaman hampir kiamat (bak kata opah saya),budak-budak tak main dah mcm dulu-dulu.Main Restoran City la besh,Farm Ville pun best!Masa balik kampung aritu anak sedara perempuan semua sebuk menonong mengadap pc main Restoran City bhai!Diorang ajak main sekali.Dem, malu gila kakak sedara tak reti main semua taraf game tu even ada facebook.Alasan terbaik nak cover tak reti main ciptalah ayat begini:"Mana main game budak-budak ni!Orang main paintball,futsal lah!" Padahal dua-dua pun tak reti main bhai!**Malu lari nyorok bawah ketiak mak..
  • Kamera-Budak sekolah rendah sekarang pun dah pakai kamera SLR dek non!Gle terasa kuno masa kecik dulu.Dulu kalau pergi lawatan sambil belajar ke taman rama-rama pinjam kamera ayah yang ada filem punya sebab nanti dah balik lawatan, cuci gambar boleh jual kat kawan-kawan $$$$.Okek bangga gile masa tu bawak kamera.Masa tu berlagak seyh ada kamera filem "Kita bawak kamera.Jom lah tangkap gambar." Ayat pancing sebab nak jual gambar kat dia!Blerghh otak geliga sejak kecik lagi!haha.Sekarang budak sekolah rendah bukan main lagi saya tengok bila pergi lawatan sambil belajar (belajar la konon kan!) ke zoo negara, kamera SLR kau diorang pegang!Klik sana Klik sini.Bajet dialah paling terhebat snap gambar babi hutan?Akak lg hebat ah dik,kau tak tengok lagi!Yang adik kembar saya tu pun sama jah!Nak tangkap gambar pemandangan rumput pun nak pinjam SLR aku!"Along pinjam SLR kau,nak tangkap gambar letak dalam buku skrap!" Nak berlagak kat kawan-kawan ah tu.Tak pe akak kau paham,tapi mmg tak dapat!Pinjam kamera digital ayah sudah,kau kecik lagi,Tak Payah SLR!Tangkap gambar rumput je pun..
Zaman semakin maju,lifestyle pun mesti ah maju bukan!Dah tak macam masa saya kecik-kecik dulu.Semaju manapun kita, agama jangan nak buat-buat lupa!Agama tetap sama tak berubah pun okek.Renung-renungkan selamat beramal!



Ingat tu!Agama jangan buat-buat tak ingat!Kalau lupa mau gigit seminit?(raziq ada aura cakra mengigit terhebat okek)



p/s: Nifsu Syabaan ini semoga amalan kita selama tahun ini diberkati olehNya.Semoga kita dipanjangkan umur dgn kebaikan yg dilakukan,dimurahkan rezeki yg halal dan mempunyai ketetapan iman sehingga mati kelak!Amin...


Tuesday, July 20

Saya matang,mahu mencari future husband

doo roo roo
doo roop dooo
doo roo roo
dup doo
.....
.....
can I get your number
I will be your
shelter

through the rain and thunder
break your heart I'll never
take it slow ll estrella

Saya sudah meningkat 21 tahun Julai ini.Ouh sudah mencapai peringkat umur yg matang!Okek mari daftar SPR,mari membanci,mari tukar IC baru,mari cari husband,mari berkahwin. (enough di situ!!) Lirik di atas membuktikan saya sudah matang-dibenarkan utk lebih menggatal-dalam proses mencari future husband!Pheww future husband terus kau! Bukannya pikir nak belajar sungguh-sungguh tolong ibubapa pada masa kelak.Errr,,Tidak,tidak saya bukannya menggatal tapi perubahan hormon 21 tahun yang memaksa diri utk menjadi extravaganza menggatal (Hormon,kau yg salah!)

Cakap pasal future husband,petang semalam lepak-ing mapley dgn officemates.Tajuk sembang-sembang tin kosong adalah 'first night'.Saya dah matang okek,makanya dibenarkan utk berbual isu ni!Sorang senior kat office tu,Abg Kewel bukak cerita first night pulak.Eh dia cerita lite-lite je,tak detail tau.(rahsia suami isteri mana boleh bocor.ye dakk?) Kalau nak detail try sendirilah! 18SX 18SX 18SX!Beliau story first night kat budak hingusan mcm saya begini "malam tu mesti kau takut-takut punya,pastu bila husband kau masuk bilik kau menggeletar habis ah,pastu bila husband kau bg salam lagi kau menggeletar,pastu husband kau terus terkam mcm harimau Ngauumm!Ngauum!...blah blah blah 18SX".Macam ni ke first night??Tidak tidak saya tak sanggup future husband harimau,ish x dapat nak imagine lah macam ni.??terpingu-pingu 5 saat.


Err saya tak mau future husband Encik Harimau.Sebagai gadis muda remaja yang sudah meningkat 21 tahun saya mahu husband yang ..... Mari Mari saya mahu gebang sikit pasal FUTURE HUSBAND(gaya seperti Sheila Rusly dalam iklan Mayonis Lady's Choice gitu!Menyampah haku!)
  • Tak mau yang handsome gila-Tak best la kalau ada husband yg handsome gila bukan?Dah la handsome,gila pulak tu.Simpang malaikat 44.NO NO ini bukan future husband saya.Kalau handsome gila nanti ramai gadis/wanita/nenek terpikat,justeru menggoda husband saya.Cannot cannot perkara ini tak boleh dibiarkan berleluasa berlaku!Oleh itu,pilihan hati mestilah mempunyai rupa paras suam-suam kuku (sedap mata memandanglah!)Bak kata orang ada NUR pada wajahnya gitu!Eceh!
Husband handsome mcm Ashton Kutcher,mmg ada harapan melalui detik makan ice-cream sambil melihat gadis-gadis kejar husband di Tasik Perdana.sob sob
  • Muka mesti ada jerawat-Ciri husband ni boleh menghilangkan keboringan sang isteri ketika waktu-waktu romantik.haha.Misalnya, ketika kami sedang date di Taman Tasik Titwangsa sambil duduk di bangku hadapan tasik ,tiba-tiba saya rasa sungguh boring melihat tasik yg hijau berlumut tambahan dgn bau tasik yg sungguh 'harum' itu.Oleh itu, bolehlah saya berkata kpd sang husband "Sayang Sayang boring lah.Meh muka you jap, i nak kira jerawat you!1,2,3,4,5....100!"(ok tipu jerawat sampai 100!).Aktiviti ni bagus kerana daripada menatap tasik yg tak best baik menatap muka husband tersayang sambil mengkira jerawat.ye dak ye dak??Tapi tak maulah berjerawat penuh satu muka sampai tak nampak wajah sebenar.Org kata jerawat manis gitu.haha
Jerawat tahap Ally Iskandar ni pun dah cukup.Ni jeragat bukan jerawat!Mcm mana nak kira??(matilah haku kalau Ally jumpa blog ni)
  • Mencari husband berkaca mata-Ini ciri paling tak tahu sebab dia.Sejak kecik lagi mmg suka tgk jejaka berkaca mata.Pada mata saya lelaki yg tak handsome tapi bila berkaca mata ting! ting! dia bertukar jadi handsome pulak.Pelik ah saya ni tapi bukanlah lelaki berkaca mata muka selenge gila sampai air liur dgn hingus pun meleleh-leleh tak reti nak lap.Tidak tidak beliau out of list okek!
Tua berkaca mata mcm ni tak mau ah.Nak freshie la bhai!
  • Mesti kaya dan mampu dari segi kewangan-Sapa tak nak laki kaya!Saya mahu saya mahu ting $$$$$.Tahu kenapa saya mahu yg kaya?Sebab saya mahu membantu ibubapa dan adik beradik kelak sekiranya dapat lelaki yg ada simpanan akaun melimpah ruak,,sob sob sob.Mana tidak tumpah duitnya kalau tidak kepada isteri tersayang.Sambil membantu family, bolehlah membantu memenuhi koleksi pakaian dalam almari bukan????Okek ini tak penting sgt.Cukup sekadar kaya dengan iman dan budi bahasa.boleh?(Nangis 6 baldi baca statement diri sendiri!)
  • Beliau mesti tinggi lampai dari saya-Orang kata kalau husband rendah dari kita,murah rezeki!Tapi cuba fikirkan takkan nak cari husband yg lagi rendah dari saya yg berketinggian 15*cm (Mana taknya satu office panggil saya AR PEN aka ARkitek PENdek kau tahu??sampai bos pun panggil AR PEN dow.Mmg nak kena watchaa betul!.)Kang tak pasal-pasal bawak jumpa sedara mara dorang ingat adik lelaki pulak bukannya husband!Mintak simpang lagi sekali .Kalau mahu anak tinggi-tinggi baka ibubapanya mesti ah tinggi ye dak?Verangan mahu anak-anak tinggi dari emaknya boleh?haha
Jadi isteri kedua mamat ni,mmg ada harapan anak-anak tinggi pokok kelapa!
  • Sifat kelakar seharusnya ada-Saya bukanlah gadis yg kelakar,oleh itu mau mendapat husband yg mampu menggeletek bulu ketiak ouh silap menggeletek hati, mahupun memecah kotak ketawa!Ini supaya rumahtangga tidak begitu hambar dan suram-suram kuku?Apakah??Sang suami membuat lawak jenaka, sang isteri ketawa macam pontianak.Barulah rumah dalam keadaan seram bila saya gelak mcm potianak!Meriah sungguh dalam rumah dgn hilaian tawa pontianak harum sundal malam.haha
Kalau lawak romantik mcm ni saya NAK!**malu tersipu-sipu mak,Noks


Ala semua ciri-ciri di atas tak berapa penting pun,kalau dapat husband macam di atas mmg bonus bagi saya.Apa yg penting,KERJASAMA!Okek bukan okek, apa yg penting future husband mesti ah mampu bimbing saya dari segi agama-menghormati family saya-kaya budi bahasa-mampu menyara hidup saya dan sekeluarga-mempunyai kecerdasan otak lebih daripada saya-berjiwa pensabar-YG PENTING HAKU NAK YANG BERJERAWAT!TAK KIRA,TAK KIRA!haha

Tu dia side effect perubahan hormon matang yang berlaku apabila mencapai 21 tahun.Punya ah fikir jauh sampai ke United Kingdom pilihan future husband kau!Enough di sini sahaja!Stop kau AR PEN !


Rasa-rasa ada tak future husband nak future wife perangai mcm ni??


P/S : Sangat terharu kepada yang wish dan mengingati birthday menghantar sms,wish kat mukabuku/facebook,skype,ym,kena tepung dgn officemates dan terima kasih family belanja hadiah birthday.bluurp kenyang gila 9 july lepas! ('',)

Sunday, July 4

Progress Life

blerrrghh
blerrrghh
blerrrghh
blerrrghh


Archustic done!
Second Year done!
Internship not yet!
World Cup not yet!


Phewww!Baru ada masa nak update!


Archustic dah 2 minggu lebih tammat,okay worth it jugak segala kerja keras HOST ARCHITECTURAL WORKSHOP XXII ARCHUSTIC:UKM,TWINTECH,TAYLORS!Semua update pasal archustic lepas ada kat page archustic facebook , kau click lah older posts kat bawah page tu sampai termuntah kalau nak tahu dari awal sampai akhir pasal archustic.Oden tak larat nak cerita.Okay sajian beberapa santapan photo di bawah (Credit kepada semua photographer masa archustic,menculik segala photo di facebook)



posing crew admin kat bilik gerakan (baju kuning tukang mensibuk!)


sebahagian crew archustic after Opening Ceremony!(makanan kat banquet sodapp!)


malam penghabisan Archustic!Buat video cannot go!


group module saya:esterell !!


upacara pembakaran Archustic! Burn ! Burn!





MZJA ARCHITECTS (internship)

Dah 3 bulan practical di MZJA.Pheww!Banyak jugak kerja tapi masih sempat facebooking.miahaha.Geng practical (icak dgn uzir) semua dah tammat tempoh practical dengan sorng staff yg sebaya dgn aku (faris)!Diorang sudah balik campus, tinggal ah aku sorang budak practical dlm office.Gleh sedih,tak ada geng nak gossip!haha.Sekarang geng aku nak borak Cheyah ah (yg pakai tudung labuh dlm gambar bawah ni!haha, Cayalah ckp aku!)


paling suka bila ada meeting.makanan mmg kena sapu habis time tu!bluurp!


aisyah ex-practical paling aku syg!


geng outing malam-malam


member nak gossip sebelah2 dlm office.haha



Urbanscape KL:Berjimba!


Futsal:Berjimba!


Masa pergi Urbanscape hari paling habis berjimba!Lepas outing Urbanscape makan char keuw teuw Mali's Corner area Danau Kota,then bermania movie pula kat Wangsa Walk!Seterusnya berjimba futsal dengan rakan-rakan SAB!Whoooo weekend yang gumbira!


Season:World Cup
,Waka Waka Eh Eh!
Saya bukan peminat bola yg setia,sekadar tahu perkembangan World Cup sudey,tengok dorang match mmg semangat gleh!Saya sokong Argentina sebab color jersey dia biru-color Archustic!haha.Memandangkan Argentina dah balik kampung,makanya menjadi lalang pula, sokong Germany dgn Holland pulak eh!haha

Juniorita sudah masuk minggu nih!Ni bukan ura-ura lagi,juniorita ku ramai utk intake kali ni, hampir 40 lebih orang katanya!Pheeww~Penat akak senior ni nak melayan jejaka junior yg macho kang!Saya akan pulang ke tanah air studio pada 23 Ogos,tak sabar nak tengok jejaka junior yg kacak!I loikkee!hahaha

Anyway WELCOME TO ARCHITECTURE UKM JUNIORITA!