Tuesday, July 27

Kertas dinding


Penat dah jari jari mak klik sana klik sini,taip sana taip sini nyah.Sampai terhasil macam jari di atas tau siap ada cincin lagi,kononya!Demi kertas dinding pojaan hatiko!Sampai berkedut dah jari jemari mulus ni.Orang tak hebat nak edit mengedit mesti ah sampai penat jari.Kalau yg pandai mesti diorang 10 minit pun dah siap edit kertas dinding ni.Tunggu bulan mengambang baru nak siap edit kertas dinding.Aiyooma skema gila kertas dinding,ok sila alih bahasa - wallpaper!wallpaper ah!

Duration masa nak mengedit punya ah lama sebabnya kesilapan teknikal yg amt budus dan bengap gleh!. Sedang sang puteri mengedit wallpaper bagai dah siap save template semua,then view blog tinggg!! dengan kuasa bulan menjelmalah ia!Habis semua friends list dengan bloggers list hilang!Edit lain keluar lain.DAMN!Nasib baik tak keluar gamba wallpaper bikini merah meletop Cameron Diaz,Knight And Day tu.Kalau tak mengelip mata bukak blog asyik nak tengok bikini!Bengang tahap cipan gleh.Orang semangat mengedit dia bagi bonus hilang list bloggers pulak!

Okek kerana kesabaran pada hari Nifsu Syabaan membara-bara pergilah mengedit kembali dengan semangat waja wirawati negara.Selongkar ah blog nur,my life as a me,upside down,kakak iparku Siti Nurhaliza,Cameron Diaz bikini merah nak cari link blog terdahulu!Setelah itewwww (dem terkeluar pulak bahasa pwincess.haha) HASILNYA INILAH!tinggg!Berbunga-bunga bagai pastu tertempek pulak koleksi gambar muka mintak sedekah tepi tu.haha.Untuk tahun ni,dah tak mau edit background dah.Mungkin akan meneruskan editan bila dah dapat 6 orang anak kelak.Eceh!


p/s:Hari Nifsu Syabaan dapat hidayah mendengar koleksi lagu nasyid.Melalak la sesedap rasa dalam ofis sambil teringat masa kat Sekolah Aminuddin Baki dulu time nyanyi nasyid atas pentas tersungkur terlanggar wayar mikropon.Bapak malu gila budak sekolah gelakkan!Damn korang, aku ingat sapa yg gelak tu!Siap ah!Siap ah!

No comments: