Tuesday, July 20

Saya matang,mahu mencari future husband

doo roo roo
doo roop dooo
doo roo roo
dup doo
.....
.....
can I get your number
I will be your
shelter

through the rain and thunder
break your heart I'll never
take it slow ll estrella

Saya sudah meningkat 21 tahun Julai ini.Ouh sudah mencapai peringkat umur yg matang!Okek mari daftar SPR,mari membanci,mari tukar IC baru,mari cari husband,mari berkahwin. (enough di situ!!) Lirik di atas membuktikan saya sudah matang-dibenarkan utk lebih menggatal-dalam proses mencari future husband!Pheww future husband terus kau! Bukannya pikir nak belajar sungguh-sungguh tolong ibubapa pada masa kelak.Errr,,Tidak,tidak saya bukannya menggatal tapi perubahan hormon 21 tahun yang memaksa diri utk menjadi extravaganza menggatal (Hormon,kau yg salah!)

Cakap pasal future husband,petang semalam lepak-ing mapley dgn officemates.Tajuk sembang-sembang tin kosong adalah 'first night'.Saya dah matang okek,makanya dibenarkan utk berbual isu ni!Sorang senior kat office tu,Abg Kewel bukak cerita first night pulak.Eh dia cerita lite-lite je,tak detail tau.(rahsia suami isteri mana boleh bocor.ye dakk?) Kalau nak detail try sendirilah! 18SX 18SX 18SX!Beliau story first night kat budak hingusan mcm saya begini "malam tu mesti kau takut-takut punya,pastu bila husband kau masuk bilik kau menggeletar habis ah,pastu bila husband kau bg salam lagi kau menggeletar,pastu husband kau terus terkam mcm harimau Ngauumm!Ngauum!...blah blah blah 18SX".Macam ni ke first night??Tidak tidak saya tak sanggup future husband harimau,ish x dapat nak imagine lah macam ni.??terpingu-pingu 5 saat.


Err saya tak mau future husband Encik Harimau.Sebagai gadis muda remaja yang sudah meningkat 21 tahun saya mahu husband yang ..... Mari Mari saya mahu gebang sikit pasal FUTURE HUSBAND(gaya seperti Sheila Rusly dalam iklan Mayonis Lady's Choice gitu!Menyampah haku!)
  • Tak mau yang handsome gila-Tak best la kalau ada husband yg handsome gila bukan?Dah la handsome,gila pulak tu.Simpang malaikat 44.NO NO ini bukan future husband saya.Kalau handsome gila nanti ramai gadis/wanita/nenek terpikat,justeru menggoda husband saya.Cannot cannot perkara ini tak boleh dibiarkan berleluasa berlaku!Oleh itu,pilihan hati mestilah mempunyai rupa paras suam-suam kuku (sedap mata memandanglah!)Bak kata orang ada NUR pada wajahnya gitu!Eceh!
Husband handsome mcm Ashton Kutcher,mmg ada harapan melalui detik makan ice-cream sambil melihat gadis-gadis kejar husband di Tasik Perdana.sob sob
  • Muka mesti ada jerawat-Ciri husband ni boleh menghilangkan keboringan sang isteri ketika waktu-waktu romantik.haha.Misalnya, ketika kami sedang date di Taman Tasik Titwangsa sambil duduk di bangku hadapan tasik ,tiba-tiba saya rasa sungguh boring melihat tasik yg hijau berlumut tambahan dgn bau tasik yg sungguh 'harum' itu.Oleh itu, bolehlah saya berkata kpd sang husband "Sayang Sayang boring lah.Meh muka you jap, i nak kira jerawat you!1,2,3,4,5....100!"(ok tipu jerawat sampai 100!).Aktiviti ni bagus kerana daripada menatap tasik yg tak best baik menatap muka husband tersayang sambil mengkira jerawat.ye dak ye dak??Tapi tak maulah berjerawat penuh satu muka sampai tak nampak wajah sebenar.Org kata jerawat manis gitu.haha
Jerawat tahap Ally Iskandar ni pun dah cukup.Ni jeragat bukan jerawat!Mcm mana nak kira??(matilah haku kalau Ally jumpa blog ni)
  • Mencari husband berkaca mata-Ini ciri paling tak tahu sebab dia.Sejak kecik lagi mmg suka tgk jejaka berkaca mata.Pada mata saya lelaki yg tak handsome tapi bila berkaca mata ting! ting! dia bertukar jadi handsome pulak.Pelik ah saya ni tapi bukanlah lelaki berkaca mata muka selenge gila sampai air liur dgn hingus pun meleleh-leleh tak reti nak lap.Tidak tidak beliau out of list okek!
Tua berkaca mata mcm ni tak mau ah.Nak freshie la bhai!
  • Mesti kaya dan mampu dari segi kewangan-Sapa tak nak laki kaya!Saya mahu saya mahu ting $$$$$.Tahu kenapa saya mahu yg kaya?Sebab saya mahu membantu ibubapa dan adik beradik kelak sekiranya dapat lelaki yg ada simpanan akaun melimpah ruak,,sob sob sob.Mana tidak tumpah duitnya kalau tidak kepada isteri tersayang.Sambil membantu family, bolehlah membantu memenuhi koleksi pakaian dalam almari bukan????Okek ini tak penting sgt.Cukup sekadar kaya dengan iman dan budi bahasa.boleh?(Nangis 6 baldi baca statement diri sendiri!)
  • Beliau mesti tinggi lampai dari saya-Orang kata kalau husband rendah dari kita,murah rezeki!Tapi cuba fikirkan takkan nak cari husband yg lagi rendah dari saya yg berketinggian 15*cm (Mana taknya satu office panggil saya AR PEN aka ARkitek PENdek kau tahu??sampai bos pun panggil AR PEN dow.Mmg nak kena watchaa betul!.)Kang tak pasal-pasal bawak jumpa sedara mara dorang ingat adik lelaki pulak bukannya husband!Mintak simpang lagi sekali .Kalau mahu anak tinggi-tinggi baka ibubapanya mesti ah tinggi ye dak?Verangan mahu anak-anak tinggi dari emaknya boleh?haha
Jadi isteri kedua mamat ni,mmg ada harapan anak-anak tinggi pokok kelapa!
  • Sifat kelakar seharusnya ada-Saya bukanlah gadis yg kelakar,oleh itu mau mendapat husband yg mampu menggeletek bulu ketiak ouh silap menggeletek hati, mahupun memecah kotak ketawa!Ini supaya rumahtangga tidak begitu hambar dan suram-suram kuku?Apakah??Sang suami membuat lawak jenaka, sang isteri ketawa macam pontianak.Barulah rumah dalam keadaan seram bila saya gelak mcm potianak!Meriah sungguh dalam rumah dgn hilaian tawa pontianak harum sundal malam.haha
Kalau lawak romantik mcm ni saya NAK!**malu tersipu-sipu mak,Noks


Ala semua ciri-ciri di atas tak berapa penting pun,kalau dapat husband macam di atas mmg bonus bagi saya.Apa yg penting,KERJASAMA!Okek bukan okek, apa yg penting future husband mesti ah mampu bimbing saya dari segi agama-menghormati family saya-kaya budi bahasa-mampu menyara hidup saya dan sekeluarga-mempunyai kecerdasan otak lebih daripada saya-berjiwa pensabar-YG PENTING HAKU NAK YANG BERJERAWAT!TAK KIRA,TAK KIRA!haha

Tu dia side effect perubahan hormon matang yang berlaku apabila mencapai 21 tahun.Punya ah fikir jauh sampai ke United Kingdom pilihan future husband kau!Enough di sini sahaja!Stop kau AR PEN !


Rasa-rasa ada tak future husband nak future wife perangai mcm ni??


P/S : Sangat terharu kepada yang wish dan mengingati birthday menghantar sms,wish kat mukabuku/facebook,skype,ym,kena tepung dgn officemates dan terima kasih family belanja hadiah birthday.bluurp kenyang gila 9 july lepas! ('',)

2 comments:

Adian said...

OMG OMG OMG TEPAT SEPERTI DIGAMBARKAN! OMG OMG OMG HAHAHAHAHHA

elly suehaily said...

tepat seperti yg digambarkan??apakah??