Wednesday, July 28

Selamat hari menjadi-jadi saviorku!

hepi bepdey to you
hepi bepdey to you
hepi bepdey ngah
hepi bepdey to you
amat ari adi
amat ari adi
amat ari adi ngah
amat ari adi


ciri nyanyian gedik di atas adalah hasil
ciptaan lirik :raziq
komposer :raziq
penyanyi :raziq
save bajet punya lagu,semua dia buat!


Selamat hari kejadian saviorku!Eh eh saviorku tu bukan bermaksud prince charming dari negara inderakayangan.Itu silap!Savior yg dimaksudkan ialah adik perempuan saya yang kedualah,Suria Adilah aka Angah.Dia adik perempuan saya yg banyak tolong saya semasa ketiadaan saya atau semasa kemalasan saya di rumah.Dia yang tolong basuh berak raziq,mandi raziq,jaga raziq,pakai baju raziq,bedakkan raziq pendek kata semuanya raziq!Along dah penat dulu buat semua ni kat 4 orang adik yg lain!Sekarang turn kau pulak eh!Sekaranglah fungsi anak yang sulung sesuai dipraktikkan,dah boleh mengarah sikit adik-adik.haha.So buat masa sekarang angah memang savior saya di rumah!Kelak mungkin akan bertukar posisi kepada adik-adik yg lain, mungkin!

Hari ni birthday angah yang ke-19,28 Julai 2010.Adik perempuan saya muda remaja sapa mau buat bakal bini isi borang ka
t kakak dia dulu!Boleh pulak kan nak promote adik kan...haha.Err tak tak saya bukan kakak begitu,sapa mau angah dia mesti poket penuh sebab wajibulghunah belanja akak ipar dia kelak.

Okek semalam lepas habis office hour,terus cabut keluar dengan sepantas kilatnya sebab nak cari hadiah punya pasal.Nasib shopping complex bertaraf 3 bintang berdekatan dengan office,boleh ah cari hadiah untuk angah.Saya akan bagi hadiah dekat seseorang mesti bercirikan :bendaan yg boleh dipakai/makan dan bukan bendaan yg letak dekat meja bilik tidur esuk pagi bangun tengok bendaan tu dah pecah/hilang/rosak.Saya akan satisfied bila sesuatu hadiah yg saya bagi tu dia pakai atau menggunakan ia sebaik mungkin!Barulah namanya DIHARGAI,sejuk perut ibu mengandung.Okek setelah menapakkan diri di shopping complex bertarafkan 3 bintang tu,idea nak bagi hadiah apa lagi pakaian wanita la.Pakaian wanita yang bercirikan seperti blous,cardigan,tshirt bukan bikini merah cameron diaz.

Cari punya cari tinggg! dah nampak blous idamanku!Eceh padahal nak bagi kat angah patut ikut citarasa kesukaan dia la bukan?Tingg tingg ini dinamakan taktik bajumu,bajuku jua tu.Nanti bila-bila masa boleh pinjam kejap.haha.Lepas tarik sehelai blous tarik lagi sehelai legging,eh bukan tu ciri pakaian tidak sopan okek saya tarik seluar yang bercirikan islamiah sikit,eceh!Nak beli jeans kewangan tidak mencukupi.Sudah beli sangat satisfied gleh!

Balik rumah benda pertama kena buat ingatkan ayah birthday angah!Ini adalah taktik terbaik untuk makan besar pada malam hari.haha."Eh lupa birthday angah hari ni.Ok along pergi beli KFC cepat,malam ni sambut birthday angah!" dialog oleh bapakku!Okay mission sangat-sangat berjaya!Pergi beli 40 ketul ayam hot and spicy sorang makan 8 ketul ayam,raziq tak payah makan ayam dia makan cheezy wedges je.Sedih dapat kakak yg kejam macam ni!(ayam 40 ketul tu sangat mentipu).Lepas makan besar-besaran baru ah bagi hadiah kat angah.Terharu tak dapat kakak yg sungguh baik hati ni.Kalau along jadi jutawanita kelak nanti BMW 5 series along bagi kat kau angah (Angan-angan menggunung sangat!)


Selamat hari jadi Angah!Semoga menjadi perempuan idaman lelaki terkaya di malaysia.(taktik tu taktik!haha)


Saviorku angah!Terserlah gigi kapakmu yg mana alongmu pun ada jugak!Dah nama pun adik beradik ye dakk??

gambar di atas berlatar belakangkan
sungai hutan lipur bukan di rumah!




p/s:31 Julai ni anniversary ayah dengan ibu.HOHOHO merry mekan besar legy!(baca dalam dialect mat salih celup)

No comments: