Friday, July 30

Seorang pelajar univeristi yang pintar lagi bijaksana

Pagi-pagi dapat alarm clock terbaik dari adik."Along bangun-bangun cepat dah lambat dah ni!!!"Pagi ni adik kembar saya ada Hari Sukan sebagai kakak yang baik lagi murah hati kena ah bangun pagi menghantar adik-adik pergi sekolah.Hari Sukan adik saya dekat SK Taman Melati,sekolah diorang tak ada padang sebesar Bukit Jalil.So sekolah diorang pergi ah buat kat Sk Taman Melati (mungkin ni list padang sekolah rendah paling terbesar kot,mungkin!)

Pagi ni telah tercipta cerita macam mana tindakan kakak yang dah masuk universiti lagi pintar dan bijak bestari.Al-kisah bila dah sampai area Taman Melati tu dah lost jalan tak tau direction nak pergi SK Taman Melati tu.Sebagai rakyat 1 Malaysia yang bersikap peramah, berhentilah kat gerai nasi lemak tepi jalan nak tanya kat mana sekolah tu.Si kakak mengarahkan adik tanya dekat mak cik jual nasi lemak tu.Mak cik tu gaya macam indonesia je,dia tau ke area sini??Berpikir sejenak.

Rasa was-was gila follow direction mak cik Indo tu,drive punya drive masuk highway terus!Damn punya mak cik Indo!Salah masuk jalan!Dem dem dem!Dah lah adik-adik dah lambat boleh lagi sesat jalan, lagi tambah lambat!.Terpaksa ah menghabiskan kuantiti minyak kereta yang tinggal ciput tu pusing ikut jalan UIA.Jauh tau jauh tau!Tambahlah kelewatan adik-adik nak sampai ke padang hari sukan.haha.padan muka korang!

Saya dah gelebah tahap macam cipan melompat-lompat atas pokok.Tindakan yang bijak kakak sulung ni pergi ah mengcall rakan sebaya yang duduk area Taman Melati (awal-awal tadi tak nak call pulak kan,padan muka sesat)Tetiba tinggg tinggg nama Sherry je yang teringat kat kepala otak ni.Call Sherry dengan kadar yang segera!haha.Angkat call je dengar suara lemak berkrim orang baru bangun tidur, padan muka Sherry pagi-pagi dah kena kacau!Al-kisah Sherry telah menjadi savior untuk pagi yang indah lagi permai.Thanks Sherry direct jalan,muah muah!!Sebagai balasan savior Sherry terjanji pulak dia nak belanja air mekdi.Golongan pelajar macam saya tak mampu nak belanja besar-besaran.haha


Nilah dia rakan sebaya yang dah jadi savior (kononnya) Sherry comel.Dia cute sangat tau!Sapa nak kenal dengan dia pergi jumpa bapak dia,Bapak dia polis tau,polis tau!(padahal sherry ni dah nak kawin ada boyfriend pun boleh lagi nak promote kannn.haha)

Time nak sampai sekolah tu, ting ting ting tiba-tiba adik saya yang besar dari gajah saya tu keluar kan surat sekolah yang ada direction pergi SK Taman Melati tu!!!Bengang bengang bengang!Rasa nak pelakangkung kepala dorang!Apasal awal-awal tadi tak bagitau ada peta direction!!!@#$%^&*..Dua-dua adik cakap kat along dia ni "Orang dah bagi tau dah tadi tengok peta malaysia ni,kau tak dengar ke??"..Ouh maap adik-adik along dah lama tak korek telinga!Damn macam mana boleh tak dengar ni!Bertuah betul dapat kakak sorang ni.Ayat killer paling menbunuh daripada adik-adik."Kau ni nama je dah masuk Universiti,tapi ******** gila.Dah la kitorang lambat ni!!!"Muka dua-dua adik bengang tahap babun terbakar buntut,haha dalam saya hati padan muka korang!

Beginilah tindakan seorang mahasiswi universiti yang pinta lagi bijaksana kan!Dah terbiasa bhaii belajar benda complicated sampai terapply dalam kehidupan seharian!Damn tu la orang kata semut kat seberang sungai nampak,gajah yang besar gedabak menari-nari kat sebelah punnn tak nampak!Tindakan untuk megubah sikap pergi daftar balik tadika,belajar sungguh-sungguh sampai masuk univerisiti supaya kelak tak terkena tempias yang panas oleh adik-adik!(alamatnya tak kawin sampai ke tua ah)


p/s:Mau daftar mengundi (dekat area rumah ni ada kempen mendaftar mengundi)yeeeaaah!Boleh berlagak kat rakan-rakan sebaya yang tak mencapai usia 21 tahun lagi.Ayat berlagak: 'Aku dah daftar mengundi, korang dah ke??'.Gila menyampah kalau dengar!hehe

No comments: