Thursday, August 26

Minggu Ini Dapat Boyfriend Kacak


Hari ni dah masuk 17 Ramadhan, Alhamdulillah.Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada muslimin dan muslimah!Kalau ada sapa-sapa perasan malam 15 Ramadhan lepas bulan mengambang penuh sangat then bulan tu nampak sangat besar tak macam selalu yang nampak setiap malam.Subhanallah!Lepas balik bukak puasa kat NIM's nampak kejadian ni bersama rakan-rakan sekongkol yang lain.Ingat masuk berita ke hape,sekali sangkaan meleset 100 percent!

Eh cakap pasal NIM's kat Sg.Ramal dorang dah produce group facebook tau,dah maju sejengkal sikit dorang.Tahun depan mungkin maju sedepa dengan memproduce blog pulak.Nak buat sikit promotion tak bertauliah sebab jatuh cinta dengan air soda ceria dorang.Lepas ni nak claim kat Nim's atas kebaikan hati mempromosi dorang,seratus ringgit pun jadi ah nak buat belanja bukak puasa (banyak chantek kau nak dapat 100!haha)

Facebook
kalau malas nak tunggu lama-lama dorang masak call terus
019-3345008

Sikit punya klasik gambar promote Nim's.Konteks setempat cafe ni dikelilingi banglo orang kaya Bangi, sambil makan boleh usha Dato Datin Bangi

Soda ceria jadi kegilaan setiap kali makan sini ceria sangat macam suasana hari raya.Bukan feel ceria je minum sini,nak feel soda sedih,soda sukaduka,soda gembira pun ada.Nak tau apa rasa dia,segeralah bukak puasa malam ni kat Nim's

Tammat sesi mempromosi Nim's,untung-untung dapat 100 ringgit angkara promosi tak bertauliah.Blerghhh!

......................................................

Mari masuk ke tajuk sebenar entry!Masuk Sem 05 ni saya dapat boyfriend kacak lagi tampan.Yeay!Eh beliau bukan calon husband tapi calon architect untuk reserach first project design,Ideologi dan Pendekatan Tokoh Seni Bina.

.Renzo Piano.
Bermain piano untuk lebih feel sambil buat research pasal design beliau.pfftt

Total project design sem ni 4,so first project in grouping bersama rakan tauliah Nur Afieza Azmi (si pipi gebu) dan Shafiq Jafarullah (si tokey budu).

Design concept Renzo Piano more to hightech architecture.Kesemua design beliau related to philosophy (setiap kali nak sebut word ni mesti tersalah sebut phsychology,macam hareem je!) lighting,transparency and environmental issue.So that,most of his design using glass and steel material to express the philosophy.Most famous design Piano are Centre Georges Pompidou,Menil Collection,Tjibou Culture Centre and latest California Academy of Science.Four of Piano's design ni akan kitorang buat research untuk relate aspek dan idea dalam next design PRIMARY SCHOOL!


Centre Georges Pompidou,France

Menil Collection,Texas

Tjibou Culture Centre,Noumea

California Academy of Science,San Francisco

Okek nak buat ayat explaination design panjang melebar memang hampeh tapi kalau gossip mengossip memang hebat buat kat butter paper boleh habis 1 naskah butter paper tu.Tindakan seterusnya explore Renzo Piano Building Workshop secara habis-habisan.Selamat berjaya!


Buku ni besar dari kelebaran badan si penulis blog.Mau naik lelah bawak naik bilik buku ni.pffttt


p/s:Tengah hari ni bergegas balik rumah then mau pergi ke MZJA Architects menglangsaikan kerja-kerja report yang tertinggal then balik ukm balik mau siapkan assignment hari ni jugak.Kalau bawak balik assignment kat rumah akan menproduce assignment tidur bhai!pffftt

Wednesday, August 18

Typical Room Produce Typical Makeover,Over Tauuu

Hari ini kita akan deco deco deco bilik sapa?
Apa bilik adik Datuk yang berbinikan Siti Nurhaliza tu?
Datuk mana?Datuk mana?Datuk Kkkkkk!
Ye penonton sekalian kita akan deco-deco bilik.....
adik Datuk Khalid Jiwa,Presenting Elly Suehaily!
DECO DECO DECO!


Tak payah nak over!Gedik okek di situ.Progress kerja hari ni di office tak berapa nak cemerlang dan terbilang sikit memandangkan lagi 3 hari akan meninggalkan tanah air MZJA Architects (padahal hari-hari pun tak berapa nak cemerlang,sigh!).Report banyak lagi tak siap bhaiii,ni lah akibat kerap melakukan aktiviti largho'
.Bermulanya jam 1 tengah hari idea telah datang, tingtingting!

Buah pikiran tetiba mau deco-deco kamar tidur (ewah kamar bagai kannn) bersama anak Mat Jiwa!
Memikirkan kamar tidur anak Mat Jiwa ni dah bersepah teruk macam sampah dan rupa seakan tongkang pecah apatah,apa kata membuat sedikit amalan berbakti kepada diri sendiri pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk produce bilik macam Anak Pangeran Negeri Indera Kayangan Eceh.(mentaip dengan 1 haraakat,pheew)

Sebagai buruh kerja architecture yang tegar,(ewah buruh sangat,padahal masih student architecture lagi) sikap riak lebih tak boleh dielak ni,telah gegeh siap buat 3D layout bilik bagai.Bajet nak challenge Eric Leong juga Rizalman lah kononnya.Haktuii!Dengan itu pekerja-yang-tinggal-lagi-tiga-hari-ini-untuk-bertugas telah pun melakukan kerja tidak produktif sepetang di office dengan produce typical design untuk typical room sweet room.Ewahh!


Deco deco deco 1.Tu dia menyerlah merah jambu Mak Long!

Deco deco deco 2.Tu dia kipas angin meja abad ke-10 wujud lagi!

Deco deco deco 3.Tu dia effect picture frame belah kanan gedabak gila!

Deco deco deco 4.Tu dia lupa nak add on curtain,naked window jadinya.puftt!

Hambek kau bilik Pinky habis!Dulu punya ah menci menci semencinya color pink ni.Tapi bila cuba jaya formula penggunaan color pink untuk deco-deco ni rasa semacam sebati pulak dengan jiwa gadis 20-an ni.Eceh,menggelababun je lebih.Oleh itu,pink dan gadis memang tak boleh dipisahkan antara dua darjat jangan pisahkaaaan akuuu dan merah jambuuuuu.So gadis-gadis di luar sana yang rasa macam tak suka pink,jangan mengaku kat orang cakap "Aku benci gilaa pink!".Jangan jangan,kelak pasti akan suka punya.Percayalah!!!

Dan percayalah 50% je design di atas akan exactly dengan real punya deco-deco bilik nanti.Frame fancy-fancy tu for sure tak kan ada.Sigh!Memang akan kalah dengan Eric Leong dan Rizalman!sobsob



p/s:Malam ni telah bermulanya operasi penyikiran pelajar akademi fantasia barangan tongkang pecah serta furniture yang boleh di label abad ke-15 punya ke dalam ah tong sampah!Sila gigih bekerja untuk dunia sejagat.Kemudiannya meneruskan kerjaan report yang lagi 5 minggu tak siap!Sekian.

Monday, August 16

Anak Lala's Day Out On Fasting-Fasting Day


Sejak akhir-akhir ni ramai pulak macam dah addict iklan keropok mony yang agak TAH APA-APA punya kualiti tu!Sebagai bukti ramai la pulak kan search lagu keropok mony,lirik keropok mony kat blog yang serba naif ni!Sila click gambarajah di atas untuk tumbesaran berganda.Ni semua angkara entry bulan lepas yang ada terselit sikit lirik keropok mony (padahal lirik tu dah ah salah.BAHAHA!).Meh tengok lirik iklan keropok mony yang macam babeng punya tahap cipan kualiti iklan dia paling tepat dan sahih.

rasa yang menawan
KEROPOK MONY
untuk keluarga dan kawan
KEROPOK MONY


Apalah payah sangat lirik keropok mony ni,sampai nak google tak paham den???Lepas ni kalau ada yang nak search kat youtube jenis apakah ciri iklan keropok mony ni,sila batalkan niat suci murni tu.Tak ada okek!Tapi antara keyword yang manusia sejagat ni cari,ada sorang singaporean (nasib bukan malaysian) ni boleh pulak search keyword yang agak blue kat blog naif ni.Kuang asam!(sila lihat pada arrow di atas).Ya Allah panjang lebar pulak explain perihal keropok mony ni!(out of stotry daa)

Sunday weekend telah mengadakan parti liar hari berjimba even puasa pun bersama anak-anak lala JSB;Kak Aida,Kak Farah,
Kak Yin,Kak Arue Putat Matam,Kak Dayah!Di samping mengcelebrate birthday girl Nur Hidayah Abd Rahman (wah siap full name bagai!).Sila cepat cari calon saya tak sabar mau makan nasi minyak akak!TEHEE.Parti liaran Jimbaan kami ni bercirikan mensihatkan badan,baru badan menjadi sihat dan kuat (tone ayat macam iklan MILO gitu!).Patutnya pukul 9 pagi jumpa mengikut perancangan Kak Aida tapi apakan daya bulan-bulan puasa ni keterlajakan tidur pagi dah sebati dengan diri,tehee..

Nasib Kak Dayah call tengah hari tu ajak berjimba main bowling,kalau tak mesti menikmati hari ahad tak berkualiti melepak di rumah.Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak ayah dan keluarga Kak Dayah.
Dengan itu,hari ahad adalah hari yang menyihatkan tubuh badan.Kami pergi menyihatkan badan di Bangi Superbowl,Warta.Lets go baby baby baby baby ohhhh,talk you always be mine yaw justin bieber.

Bowling warta kosong babe,dengan gembiranya kami main macam tempat bowling tu ana yang punya!Cheers paling cannot go telah terpatri di sanubari Kak Aida time main bowling tu KEROPOK MONY lagi sekali KEROPOK MONY.(sambil buat gaya makan Keropok Mony rasa macam budus betul pengaruh kak aida iklan tu bahaha).Baru main 2 game dah penat tahap orang angkat dumbell wa cakap lu effect puasa punya pasal.


Jenis gaya potrait family yang begitu menawan.accuuunya!

Peserta pertama untuk competition bowling padang Bangi,Birthday Girl!(ada pulak orang nama birthday girl kat dunia ni kannn)

Peserta kedua yang merupakan atlet futsal,tuan tanah punya blog ini!(tengok gaya dah ada ciri-ciri pemain terhandal futsal bahaha)

Peserta ketiga,akak Sabah bah!(rupa parasnya terpaksa dikaburkan untuk tidak menjejaskan profile diri padahal handfon sendiri tak berkualiti nak capture scene ni haha)

Peserta keempat menggayakan aksi pemain terhandal,Arue Putat Matam

Peserta keenam merupakan cheerleader tegar keropok mony.haha

Peserta ketujuh merupakan ajk 'tertinggi' di kalangan kami anak lala.pheewit

Juara bertahan untuk 2 game,sendiri mengaku "sayalah juara terhandal tu",Zianaliza Akhrin Hamdan; 23 tahun;sudah berpunya.

Gambar family wajib sebelum meninggalkan tempat kejadian.Buat frame besar kat studio (ketinggian pentulis adalah tidak benar di atas,saya saja rendahkan diri okek)

Akibat hujan melanda di luar niat suchi nak ke bazaar dibatalkan,makanya terpaksalah menuju ke KFCik.Terbang duet den makan KFCik.sobsobsob.Plan mau menterkejutkan birthday girl beli kek birthday,memang terkejut habis!sampai dah 20minit berlalu kek tu atas meja baru nak perasan,adoiila.

Terkejut tak terkejut tak?Kek acai berry(kata kak aida), bak kak adian kek ni macam rasa tapai.bahaha

Mata kak yin cannot go,terkejut sangat paparazi curik gambar.haha

Mereka berdua bukan ciri anak lala,yang ni perlu dipanggil ABG LALA,Abg Adian dan Abg Syeffiq

Semalam berbuka puasa bersama Kak Aida (cheerleader tegar keropok mony) dan Abg Nabil dan sorang officemate mereka di NZ,Wangsa Maju.Terima kasih Abg Nabil belanja otak-otak (nanti aku bayar balik ae,3 otak-otak aku makan=RM1.80.haha).Akibat hujan turun dengan indahnya selepas habis bukak puasa,terpaksa berlegar-legar di Wangsa Walk yang berdekatan di NZ sementara tunggu hujan stop.Dengan itu,duli-duli yang maha mulia mengumumkan SAYA TELAH MENCEMARKAN DIRI MENONTON THE EXPANDABLE PADA WAKTU ORANG SEDANG BERTERAWIKH!Astagfirullah,segera bertaubat!

Akhir kata dari pengarang: "Majulah sukan ketika bulan Ramadhan dan segeralah insaf selepas membuat pendosaan!"


p/s:Adooiii ulser tumbuh kat mulut.Adian pinjam krim ulser mu!Sila post laju di alamat ************* Kuala Lumpur.

Saturday, August 14

Berkaraoke Di Pagi Hari,Lets Go People

Ewah tajuk entry macam tak hengat dunia, tak hengat apa bulan-bulan puasa sekarang kannn.Boleh pulak nak karaoke.Karaoke kat dalam jamban rumah mahupun office tak pe,jangan terjebak dengan karaoke di Alamanda atau pun Red Box kurang pahala puasa kak.TEHEE

Akibat pengaruh dari rakan sebaya Nor Farani,Nadiah Mambang,Zaharah Kepeng,Yoyo Yuhanis,Deeba adik kecik molek ni (adik la sangat kann!) dah addict dengar lagu Lets Just Fall In Love bhaiii!Ini tak bermakna saya pun sama-sama dah jatuh cinta semula macam mereka yang gewwwdik chantek lagi perkasa di atas.No no no!haha.Let's sing along babeh fa,mambang,zara,yoyo,diba.hehe.Rakan-rakan taulan yang lain juga boleh turut melalak sama.Lepas melalak segera bertaubat,bulan puasa tak baik melalak mende-mende tak elok.Baik melalak lagu nasyid.Ye dak Ye dak??




Ni pasangan baru mewawarkan hubungan cinta tersembunyi.Sembunyi sangat kan fa,blah lah!haha

Diorang ni bakal berkahwin minggu depan,apasal tak jemput aku!!(matilamak buat spekulasi palsu gila!)

Diorang pulak bakal bertunang esuk tau!(matilamak buat spekulasi palsu gila!)

Mereka pasangan paling ideal,Zara tahniah nooo sampai hati kau rahsiakan hubungan cinta kau haha

Amboi Diba kau main kayu tiga!(padahal aku tak dapat cari gambar kau dgn bf kau.haha)

Korang tengok aku berphotomania sorang-sorang okek.Tiada pasangan macam korang (muka educated sangat.ceh perasan lebih!hampeh)

Terasa diri ini bangga single.Sebarang pertanyaan untuk tips single dan bujang sila hubungi saya di talian 017-2****** pandai-pandai search sendiri di address fonbook anda okek!hahaha.Babe cepat carikan aku muka iras-iras Ashraf Sinclair,kalau tak dapat pun Ciri-ciri Lelaki Idaman Aku macam entry ni pun dah memadai.KAHKAH


p/s:wey korng bila nak buka puasa sesame.Aku ingat lagi dulu time form 3 kita raramai bukak puasa kat metrojaya.Kecoh gila macam kat pasar foodcourt tu.haha.Next week ku dah balik UKM,so marilah ramai-ramai datang bangi bukak puasa dengan aku!haha.Kejadahnya!Kalau nak aku belanja korang sila click kat DO CLICK tu,for sure aku belanja korang nanti.

Usaha Tangga Kejayaan,Ayuh Menyiapkan Report

Tunggu punya tunggu tinggal seminggu je lagi nak habis practical.Next week sudah pulang ke tanah air UKM.Wah rasa kejap gila jah.Rasa macam baru semalam je masuk practical.Alangkah tidak gemarnya diri ini akibat report dari minggu ke-13 sampai minggu ke-19 tak siap lagi.Sigh!Teruk bebenor ah.7 minggu bhai tak siap report,ni ah akibat bekerja tidak produktif di dalam office.Padam muka kat diri sendiri.Malu mak aiihh!

19 minggu dah practical ni, design 'terbesar' di bawah ajo mampu dibagi kepada MZJA Architects.Saya tarak hebat sangat,design cikai-cikai je mampu buat.Malu aihhh.First day masuk office bos terus bagi task buat proposal design renovation Surau Kg. Baru.Culture shock gila kot first time kerja.Malas nak membebel,tengok gambar dah memadai.Jangan nak mengkritik belakang-belakang design saya,tak baik bulan puasa ni kurang pahala.Sedar diri design tak berapa hebat macam ABG Adian mahupun AKAK Farah Diana mahupun AKAK Alyaa Najwa mahupun abg Eric Leong dan abg Rizalman..TEHEE..


Matilamak design minaret yang tah hape-hape tu.Kalau Dr XXXX tau mati mak kena kritik habis-habisan.sobsob

Ni proposal kindergarten untuk sekolah Johor.Colorful gila ah,sakit mata pulak mentengok.AMK!


Malam ni mau marathon drama Nur Kasih report yang dah seratus tahun 7 minggu tak siap tu.Nilah effect dia pekerja yang tak produktif selalu mengonline facebook dan blogwalking.Sila jangan ulangi tabiat ni lagi kak,kelak malu kat anak-anak serta cucu cicit aihhh.Okek mari mulakan kerjaan mereport!

Sebelum mengakhiri karangan 150 patah perkatan ni mau mengpost gambar menu bukak puasa.Ah AMK nak letak gambar lauk pauk hari-hari pun.Hari ni pun makan banyak lagi Asam pedas masak ikan tenggiri,Serunding ikan bilis,Bubur lambuk,Roti bom,Bubur durian,Kuih teping pelita,ayaq bandung.Lepas ni balik UKM bukak puasa roti dengan ayaq soya lerr.Menangis 12 baldi mak!Boleh bergerak ke sofa sekarang mentengok telebesyen.




p/s:Nak mentengok cerekamara dah start dah!Tak sabar mak nak mentengok Fasha Sendat berlakon.Yippi!(Ini ayat mensindir,tarak minta pun sama dia.)

Friday, August 13

Mission Complete Babeh!

Habis ah 7 hari puasa akan mendatang ni semua entry lauk berbuka puasa jah,tak ada modal lain dah.TEHEE.Sabtu depan dah balik UKM,arghh sobsob.Hidup untuk berjimba terhenti seketika karana projek dan assignment bakal bergondol-gondolan akan menganggu kehidupan sejati yang harmoni.HAIYAA wa tarak mauuuuu!Tapi tak apa masuk sem ni dah final year pastu grad.Yeah!(wah macam confirm jah tak extend kan??haha)

As promises hari khamis hari tu (eceh bajet macam hape tah!) nak beraksi tung tang tung tang kat dapur ke atas diri sendiri untuk berbuka puasa.
Kali ini mission berjaya bebeh.Bangga dengan diri sendiri yang sudah meningkat umoq 21 tahun ni PHEEWIT!Umoq 21 tahun baru tergedek-gedek nak belajar masak-masak.Gila hampeh.Anak-anak gadis lain umuq 13 tahun dah teror masak.Malu aihh dengan mak bapak!

Puasa ke-3 ni berazam tekad mau buat sotong sambal petai.Phewwiit berjaya seh!Anak sapa gadis ni?(bapak poyo baru masak 1 lauk jah pun).Berikut adalah lauk pauk yang disediakan oleh anak dara 21 tahun Mat Jiwa.Scroll Scroll Scroll


Sotong sambal petai ni.Vah vah vah (nafsu berlagak membuak-buak)


Ni ibu yang masak,tipu ah kalau saya masak an!Minyak banyak gilalah pulak,berkolestrol sungguh.


Ulam raja dengan tomato ni disediakan oleh anak gadis 21 tahun Mat Jiwa.Yang ni budak 3 tahun pun boleh buat!ceh


Agak poyo sikit.Gambar anggur pun nak letak ka?Aihhh AMK (ada mak kisah!)


Photo-photo buat masa ni sangatlah tidak berkualiti angkara menggunakan handfon cikai 5 Megapixel je.Orang lain semua pakai handfon 12 Megapixel sekarang bhaiii.Saya bukan anak pangeran nak beli handfon mahal (nangis 12 baldi teresak-esak).Okek lauk berbuka di atas tidak cukup lagi,ditambah pulak dengan nasi ayam 4 bungkus!Ayah bawak balik dari masjid,hari-hari pun mesti ada menu dari masjid sebab si ayah AJK tertinggi masjid.Bajet berlagak gila la tuuuu.Bapak orang lain AJK tertinggi persatuan bulan sabit merah tak heboh pun macam kau.haha.Menu masjid esuk bubur lambuk bhaii!I loikkeeeeeeeee.& hari akan mendatang ni memang tak ada chance lah nak mentuju ke Bazaar Ramadhan.sigh





Untuk tontotan umun sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarakat!Mari bergelak tawa di subuh hari!


p/s:Malam ni mau tonton cerekarama dengan berhemahnya.Fasha Sendat berlakon pakai tudung sey!Wa tarak percaya!!

Thursday, August 12

Cubaan Beraksi Di Dapur Hari Ini Gagal!

Siang tadi terjah blog Kak Tijah,entry dia alamak mengiurkan pulak.Kejam gila kak Tijah post entry lauk sambal tumis udang siang-siang, buat tahan air liuq jah!Akibat mentengok resipi Kak Tjiah tu bertekad mau beraksi tung tang tung tang kat dapur masak sambal tumis udang untuk berbuka.Habis je office hour terus mentuju ke Ong Tai Kim mau beli udang segala bahan bagai.Tengah nak kaut udang kat market tu call ibu dulu.Ibu cakap dah siap masak udang masak lemak dah pun!Argghhh cubaan mau beraksi kat dapur gagal!Cisdell,Ciskek,Nancis!

Patah lah hati,patahlah hati menanggung derita (dendangan lagu berkumandang di corong telinga).Okek tak apa hari esuk masih ada,jangan patah hati jangan patah hati (bermonolog dalam hati sobsobsob).Azam beraksi di dapur tak mungkin akan hilang dek zaman!Tak dapek nak beli udang,saya dapat beli telur plus nugget jah.Puas hati buat melantak sahur ni!

Sampai rumah tengok lauk ibu masak.Pergghh terpaksa tahan air liuq lagi,ibu masak udang galah masak lemak nenas.Lomah jantung den mentengok!Bukan tu je bhai,gulai ikan kembong,tempe plus ikan bilis goreng,sambal tempoyak,ulam petai,ayaq sirap selisih!Ya tuhan tahan ayaq liuq tahan ayaq liuq.Puasa ke-2 ni agak galak sikit lauk berbuka.Saya balik rumah sempat buat sirap selasih dengan sambal tumis tempe.Tu je yang mampu untuk gadis umoq 21 tahun ni,TEEHEE.


Hambek kau makan tak hengat dunia berbuka tadi,perut pun dah buncit tahap orang pregnant 6 bulan.HAHA


Lauk di atas dimasak oleh Puan Norzaimah serta anak sulungnya.Orang kata muka saya photostet muka ibu.Adik-adik lain langsung tak photostet.Bermakna saya ah anak Mat Jiwa & Zaimah paling ideal, HAHA

Mentonton Buletin TV3 hari ni sangat sedih plus piluuu piluu sepilu-pilunya (ewah macam lagu Kumplulan Spoon pulak!).Apa daa orang Malaysia sekarang ni,suka sangat membunuh sana sini.Best sangat ke membunuh ni macam makan udang masak lemak nenas ibu??Dari berita pertama sampai berita kelima semua kes bunuh orang.Gila apa manusia kat Malaysia ni,pahala dah banyak sangat kot tu yang nak test buat dosa kan!Sigh!Dua tiga hari lepas ni bakal banyaklah berita budak putus jarilah, hilang anggota badanlah pulak!Semestinya ada.Padan muka,main mercun best kan sampai jadi cacat!


p/s:Baru dua hari puasa asyik terlajak tidur sampai 8.30 pagi.Dem menggelababun ah nak siap-siap pergi office.Esuk mintak-mintak tak terlajak lagi.TEEHEEE

Tuesday, August 10

Mari Kumpul Perkara Baik Bergunung

Alhamdulillah,Ramadhan Mubarak telah tiba.Yeay!Selalu orang kalau Raya baru yeay,so kena ubah konsep sikit ah,nak masuk Ramadhan kita patut YEAY! sebab masa puasalah nak collect pahala banyak-banyak macam collect duit raya masa zaman kanak-kanak ribena dulu.Ye dak ye dak??

Malam Ramadhan,terawikh berimamkan dua orang imam muda!Phewwitt suara bacaan surah dia merdu yang amat (sah tak khusyuk terawikh.ish ish).Nasib imam muda tu baca ayat surah tak berapa nak panjang,khusyuk sikit terawikh.Kalau dapat imam baca surah panjang berjela-jela?Alamat saya terawikh goyang kepala lah gelek punya gerek (for sure ngantuk plus tah apa-apa ayat yang dibaca masa sembayang).Tak baik betul ma'mum sorang ni.


Barakah of Ramadhan

<>Kaum kerabat syaitan dan seluar jeans yang ganas lagi derhaka sudah diikat
<>Kita manusia yang tak diikat ni perlulah mempergunakan peluang keemasan ini untuk perbanyakkan ibadah supaya amalan puasa lebih diberkati.Amin
<>Memperbanyakkan sedekah amal jariah.Contoh paling mudah:belanja Elly Suehaily berbuka puasa selama 15 hari berturut-turut.Besar pahalanya tu.haha
<>Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.Misalannya :jauhkan diri daripada karaoke Alamanda ketika bulan puasa.Kelak menyesal kalau termasuk itu karaoke.Lebih baik 'berkaraoke' di dalam masjid,dapat pahala berlipat ganda.



Anyway Ramadhan ini marilah bersama kumpul
pahala bergondol-gondol!

Happy Ramadhan!


Hambek kau!Poster puasa siap ada bangunan bagai.Penangan arsitekturnya cannot go!haha



p/s:Ahad lepas mentengok teater CUCI THE MUSICAL, penggunaan short form sangat menjadi-jadi akibat pengaruh dari dialog Awie,Nabil,Afdlin,pelakon CTM.KKN (kelas kau nyah),MOJ (mak okay je),AMK (ada mak kisah?),HH (haha) plus ciptaan tersendiri mengikut idea kesengalan yang tercipta
ketika itu.Thumbs up CUCI THE MUSICAL.Perut terburai-burai gelak tak tahan dorang punya lakonan.AWESOME babe!

Tuesday, August 3

Terasa Diri Ini Begitu Loser

Vah vah vah.Salam Ogos buat elly suehaily!Sebelum ellysuehailynakbebelbobo.blogspot.com,
anakanda muda remaja ni mau mengucapkan.

Selamat Ulang Tahun ke-22

pada 31 ogos 2010 lepas kepada:

Mohd Jiwa Khairi Norzaimah yeop

(eceh siap ada love love bagai ♥♥♥)

22 tahun dah menjalinkan hubungan cinta tidak terlarang ni kemudianya berjaya menghasilkan 6 orang anak.Pheewiit!Vah vah vah!

suehaily mohd jiwa

suria adilah mohd jiwa

rusyaidy mohd jiwa

rusdan fitri mohd jiwa

rusdin fitri mohd jiwa

raziq rahime mohd jiwa

dato khalid mohd jiwa


Pasangan Romeo and Juliet paling terideal tahun ni!Eceh

Hamboi banyaknya anak-anak.Perancangan keluarga sangat-sangat berjaya ni (ada makna tu haha) Semoga ayah dengan ibu berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin..

Permulaan bulan Ogos ni sangat memberi kecerahan dalam alam pekerjaan,eceh!Maksudnya kerja begitu produktif (tapi sambil buat 3D SURAU boleh pulak bukak video So Hot-Wonder Girls kannnn!) Start hari isnin semalam melakukan kerja begitu produktif,tak online facebook,mahupun blogwalking mahupun youtube (tapi hari selasa dah tak produktif,pergi buat blogwalking kejap,hehe).Mata menonong je tengok laptop buat 3D.Kembang setaman perubahan dalam alam pekerjaan, untuk hari isnin jah pun.

Sedang melakukan kerjaan di ofis, belek-belek ah booklets material yang kutip kat ARCHIDEX (Architecture,Interior Design & Building Exhibition) bulan lepas nak buat report punya pasal.Sapa cakap Archidex tak ada apa-apa, dia memang LOSER!(termasuk tuan tanah blog ni jugak haha!)Wey dalam booklets tu boleh dapat banyak info untuk design ah!Next year wajibulghunah pergi Archidex kawan-kawanku tau.

Kenapa saya cakap LOSER sapa tak pergi Archidex?Memang ah kat sana si supplier sibuk edar booklet lah,ceramah ilmiah pasal material lah,bagi goodies bag lah (okek ni part best,buat collection bhai!).Boring bukan?Jadi sila pandang dari sudut ilmiah dia.Bila balik rumah tunggu sebulan dah habis Archidex baru terhegeh-hegeh usha koleksi booklet Archidex (ni perangai diri sendiri,tak boleh nak elak).Saya belek punya gelek sekali terjumpa satu design gila gempak guna material Fairon Composite (okek bukti berlagak dah usha booklet ah ni)!Tak pernah terlintas pun nak google design building tu.See terima kasih Archidex,dengan adanya Archidex diri anda lebih berharga,eceh!Tambah ilmu design bulan ni.

Dengan itu saya diishytiharkan LOSER sebab pernah mengatakan Archidex tak ada apa-apa.Sapa yang pernah cakap Archidex tak ada apa-apa sila diamkan diri, kelak akan malu.Bertambah LOSER lagi bila tak tahu ada DESIGN HEBAT THEME PARK FERRARI,ABU DHABI.Sapa yang tak pernah tau building ni kita adalah terdiri dari golongan loser okek.Give me five sikit!Sapa yang tau duduk diam-diam tak payah nak berlagak kat satu kampung.

Untuk maklumat lanjut sila click:

Ferrari World Abu Dhabi

Archithings

Tataplah building ni sepuas-puas hati,kelak bila dah kaya raya boleh buat family holiday kat theme park,Dubai.Tak main dah Genting Highland!Damn gleh gempak design building ni.Baru sadar!This year katanya akan officially open.

Rasa-rasa kalau ada pekerja tak berapa produktif macam saya berapa ribu tahun nak siap construct

Site plan of the theme park

Elevations of the theme park

Perspective of the theme park

Time under construction lagi

Macam ni la view dia untuk theme park ni

Ni part paling saya suka.Nice okek night view dia

Dengar katanya Formula One this year nak buat kat sini.Mengikut informasi dari F1 website 12,13,14 November kat Yas Marina Circuit,Abu Dhabi.Hurmm tak tau lah oden.Maklumat lanjut click link di atas.Jangan tengok gambar je lebih,baca sikit info dia baru berguna pastu boleh berlagak kat kawan-kawan yang tak tau building ni wujud.haha

p/s:Baju raya dah siap!Boleh riak kat rakan studio baju raya saya dah siap.Diorang dah siap ke?haha.Theme raya family:purple color bhai!