Monday, August 16

Anak Lala's Day Out On Fasting-Fasting Day


Sejak akhir-akhir ni ramai pulak macam dah addict iklan keropok mony yang agak TAH APA-APA punya kualiti tu!Sebagai bukti ramai la pulak kan search lagu keropok mony,lirik keropok mony kat blog yang serba naif ni!Sila click gambarajah di atas untuk tumbesaran berganda.Ni semua angkara entry bulan lepas yang ada terselit sikit lirik keropok mony (padahal lirik tu dah ah salah.BAHAHA!).Meh tengok lirik iklan keropok mony yang macam babeng punya tahap cipan kualiti iklan dia paling tepat dan sahih.

rasa yang menawan
KEROPOK MONY
untuk keluarga dan kawan
KEROPOK MONY


Apalah payah sangat lirik keropok mony ni,sampai nak google tak paham den???Lepas ni kalau ada yang nak search kat youtube jenis apakah ciri iklan keropok mony ni,sila batalkan niat suci murni tu.Tak ada okek!Tapi antara keyword yang manusia sejagat ni cari,ada sorang singaporean (nasib bukan malaysian) ni boleh pulak search keyword yang agak blue kat blog naif ni.Kuang asam!(sila lihat pada arrow di atas).Ya Allah panjang lebar pulak explain perihal keropok mony ni!(out of stotry daa)

Sunday weekend telah mengadakan parti liar hari berjimba even puasa pun bersama anak-anak lala JSB;Kak Aida,Kak Farah,
Kak Yin,Kak Arue Putat Matam,Kak Dayah!Di samping mengcelebrate birthday girl Nur Hidayah Abd Rahman (wah siap full name bagai!).Sila cepat cari calon saya tak sabar mau makan nasi minyak akak!TEHEE.Parti liaran Jimbaan kami ni bercirikan mensihatkan badan,baru badan menjadi sihat dan kuat (tone ayat macam iklan MILO gitu!).Patutnya pukul 9 pagi jumpa mengikut perancangan Kak Aida tapi apakan daya bulan-bulan puasa ni keterlajakan tidur pagi dah sebati dengan diri,tehee..

Nasib Kak Dayah call tengah hari tu ajak berjimba main bowling,kalau tak mesti menikmati hari ahad tak berkualiti melepak di rumah.Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak ayah dan keluarga Kak Dayah.
Dengan itu,hari ahad adalah hari yang menyihatkan tubuh badan.Kami pergi menyihatkan badan di Bangi Superbowl,Warta.Lets go baby baby baby baby ohhhh,talk you always be mine yaw justin bieber.

Bowling warta kosong babe,dengan gembiranya kami main macam tempat bowling tu ana yang punya!Cheers paling cannot go telah terpatri di sanubari Kak Aida time main bowling tu KEROPOK MONY lagi sekali KEROPOK MONY.(sambil buat gaya makan Keropok Mony rasa macam budus betul pengaruh kak aida iklan tu bahaha).Baru main 2 game dah penat tahap orang angkat dumbell wa cakap lu effect puasa punya pasal.


Jenis gaya potrait family yang begitu menawan.accuuunya!

Peserta pertama untuk competition bowling padang Bangi,Birthday Girl!(ada pulak orang nama birthday girl kat dunia ni kannn)

Peserta kedua yang merupakan atlet futsal,tuan tanah punya blog ini!(tengok gaya dah ada ciri-ciri pemain terhandal futsal bahaha)

Peserta ketiga,akak Sabah bah!(rupa parasnya terpaksa dikaburkan untuk tidak menjejaskan profile diri padahal handfon sendiri tak berkualiti nak capture scene ni haha)

Peserta keempat menggayakan aksi pemain terhandal,Arue Putat Matam

Peserta keenam merupakan cheerleader tegar keropok mony.haha

Peserta ketujuh merupakan ajk 'tertinggi' di kalangan kami anak lala.pheewit

Juara bertahan untuk 2 game,sendiri mengaku "sayalah juara terhandal tu",Zianaliza Akhrin Hamdan; 23 tahun;sudah berpunya.

Gambar family wajib sebelum meninggalkan tempat kejadian.Buat frame besar kat studio (ketinggian pentulis adalah tidak benar di atas,saya saja rendahkan diri okek)

Akibat hujan melanda di luar niat suchi nak ke bazaar dibatalkan,makanya terpaksalah menuju ke KFCik.Terbang duet den makan KFCik.sobsobsob.Plan mau menterkejutkan birthday girl beli kek birthday,memang terkejut habis!sampai dah 20minit berlalu kek tu atas meja baru nak perasan,adoiila.

Terkejut tak terkejut tak?Kek acai berry(kata kak aida), bak kak adian kek ni macam rasa tapai.bahaha

Mata kak yin cannot go,terkejut sangat paparazi curik gambar.haha

Mereka berdua bukan ciri anak lala,yang ni perlu dipanggil ABG LALA,Abg Adian dan Abg Syeffiq

Semalam berbuka puasa bersama Kak Aida (cheerleader tegar keropok mony) dan Abg Nabil dan sorang officemate mereka di NZ,Wangsa Maju.Terima kasih Abg Nabil belanja otak-otak (nanti aku bayar balik ae,3 otak-otak aku makan=RM1.80.haha).Akibat hujan turun dengan indahnya selepas habis bukak puasa,terpaksa berlegar-legar di Wangsa Walk yang berdekatan di NZ sementara tunggu hujan stop.Dengan itu,duli-duli yang maha mulia mengumumkan SAYA TELAH MENCEMARKAN DIRI MENONTON THE EXPANDABLE PADA WAKTU ORANG SEDANG BERTERAWIKH!Astagfirullah,segera bertaubat!

Akhir kata dari pengarang: "Majulah sukan ketika bulan Ramadhan dan segeralah insaf selepas membuat pendosaan!"


p/s:Adooiii ulser tumbuh kat mulut.Adian pinjam krim ulser mu!Sila post laju di alamat ************* Kuala Lumpur.

No comments: