Thursday, August 12

Cubaan Beraksi Di Dapur Hari Ini Gagal!

Siang tadi terjah blog Kak Tijah,entry dia alamak mengiurkan pulak.Kejam gila kak Tijah post entry lauk sambal tumis udang siang-siang, buat tahan air liuq jah!Akibat mentengok resipi Kak Tjiah tu bertekad mau beraksi tung tang tung tang kat dapur masak sambal tumis udang untuk berbuka.Habis je office hour terus mentuju ke Ong Tai Kim mau beli udang segala bahan bagai.Tengah nak kaut udang kat market tu call ibu dulu.Ibu cakap dah siap masak udang masak lemak dah pun!Argghhh cubaan mau beraksi kat dapur gagal!Cisdell,Ciskek,Nancis!

Patah lah hati,patahlah hati menanggung derita (dendangan lagu berkumandang di corong telinga).Okek tak apa hari esuk masih ada,jangan patah hati jangan patah hati (bermonolog dalam hati sobsobsob).Azam beraksi di dapur tak mungkin akan hilang dek zaman!Tak dapek nak beli udang,saya dapat beli telur plus nugget jah.Puas hati buat melantak sahur ni!

Sampai rumah tengok lauk ibu masak.Pergghh terpaksa tahan air liuq lagi,ibu masak udang galah masak lemak nenas.Lomah jantung den mentengok!Bukan tu je bhai,gulai ikan kembong,tempe plus ikan bilis goreng,sambal tempoyak,ulam petai,ayaq sirap selisih!Ya tuhan tahan ayaq liuq tahan ayaq liuq.Puasa ke-2 ni agak galak sikit lauk berbuka.Saya balik rumah sempat buat sirap selasih dengan sambal tumis tempe.Tu je yang mampu untuk gadis umoq 21 tahun ni,TEEHEE.


Hambek kau makan tak hengat dunia berbuka tadi,perut pun dah buncit tahap orang pregnant 6 bulan.HAHA


Lauk di atas dimasak oleh Puan Norzaimah serta anak sulungnya.Orang kata muka saya photostet muka ibu.Adik-adik lain langsung tak photostet.Bermakna saya ah anak Mat Jiwa & Zaimah paling ideal, HAHA

Mentonton Buletin TV3 hari ni sangat sedih plus piluuu piluu sepilu-pilunya (ewah macam lagu Kumplulan Spoon pulak!).Apa daa orang Malaysia sekarang ni,suka sangat membunuh sana sini.Best sangat ke membunuh ni macam makan udang masak lemak nenas ibu??Dari berita pertama sampai berita kelima semua kes bunuh orang.Gila apa manusia kat Malaysia ni,pahala dah banyak sangat kot tu yang nak test buat dosa kan!Sigh!Dua tiga hari lepas ni bakal banyaklah berita budak putus jarilah, hilang anggota badanlah pulak!Semestinya ada.Padan muka,main mercun best kan sampai jadi cacat!


p/s:Baru dua hari puasa asyik terlajak tidur sampai 8.30 pagi.Dem menggelababun ah nak siap-siap pergi office.Esuk mintak-mintak tak terlajak lagi.TEEHEEE

No comments: