Friday, August 13

Mission Complete Babeh!

Habis ah 7 hari puasa akan mendatang ni semua entry lauk berbuka puasa jah,tak ada modal lain dah.TEHEE.Sabtu depan dah balik UKM,arghh sobsob.Hidup untuk berjimba terhenti seketika karana projek dan assignment bakal bergondol-gondolan akan menganggu kehidupan sejati yang harmoni.HAIYAA wa tarak mauuuuu!Tapi tak apa masuk sem ni dah final year pastu grad.Yeah!(wah macam confirm jah tak extend kan??haha)

As promises hari khamis hari tu (eceh bajet macam hape tah!) nak beraksi tung tang tung tang kat dapur ke atas diri sendiri untuk berbuka puasa.
Kali ini mission berjaya bebeh.Bangga dengan diri sendiri yang sudah meningkat umoq 21 tahun ni PHEEWIT!Umoq 21 tahun baru tergedek-gedek nak belajar masak-masak.Gila hampeh.Anak-anak gadis lain umuq 13 tahun dah teror masak.Malu aihh dengan mak bapak!

Puasa ke-3 ni berazam tekad mau buat sotong sambal petai.Phewwiit berjaya seh!Anak sapa gadis ni?(bapak poyo baru masak 1 lauk jah pun).Berikut adalah lauk pauk yang disediakan oleh anak dara 21 tahun Mat Jiwa.Scroll Scroll Scroll


Sotong sambal petai ni.Vah vah vah (nafsu berlagak membuak-buak)


Ni ibu yang masak,tipu ah kalau saya masak an!Minyak banyak gilalah pulak,berkolestrol sungguh.


Ulam raja dengan tomato ni disediakan oleh anak gadis 21 tahun Mat Jiwa.Yang ni budak 3 tahun pun boleh buat!ceh


Agak poyo sikit.Gambar anggur pun nak letak ka?Aihhh AMK (ada mak kisah!)


Photo-photo buat masa ni sangatlah tidak berkualiti angkara menggunakan handfon cikai 5 Megapixel je.Orang lain semua pakai handfon 12 Megapixel sekarang bhaiii.Saya bukan anak pangeran nak beli handfon mahal (nangis 12 baldi teresak-esak).Okek lauk berbuka di atas tidak cukup lagi,ditambah pulak dengan nasi ayam 4 bungkus!Ayah bawak balik dari masjid,hari-hari pun mesti ada menu dari masjid sebab si ayah AJK tertinggi masjid.Bajet berlagak gila la tuuuu.Bapak orang lain AJK tertinggi persatuan bulan sabit merah tak heboh pun macam kau.haha.Menu masjid esuk bubur lambuk bhaii!I loikkeeeeeeeee.& hari akan mendatang ni memang tak ada chance lah nak mentuju ke Bazaar Ramadhan.sigh





Untuk tontotan umun sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarakat!Mari bergelak tawa di subuh hari!


p/s:Malam ni mau tonton cerekarama dengan berhemahnya.Fasha Sendat berlakon pakai tudung sey!Wa tarak percaya!!

No comments: