Tuesday, August 3

Terasa Diri Ini Begitu Loser

Vah vah vah.Salam Ogos buat elly suehaily!Sebelum ellysuehailynakbebelbobo.blogspot.com,
anakanda muda remaja ni mau mengucapkan.

Selamat Ulang Tahun ke-22

pada 31 ogos 2010 lepas kepada:

Mohd Jiwa Khairi Norzaimah yeop

(eceh siap ada love love bagai ♥♥♥)

22 tahun dah menjalinkan hubungan cinta tidak terlarang ni kemudianya berjaya menghasilkan 6 orang anak.Pheewiit!Vah vah vah!

suehaily mohd jiwa

suria adilah mohd jiwa

rusyaidy mohd jiwa

rusdan fitri mohd jiwa

rusdin fitri mohd jiwa

raziq rahime mohd jiwa

dato khalid mohd jiwa


Pasangan Romeo and Juliet paling terideal tahun ni!Eceh

Hamboi banyaknya anak-anak.Perancangan keluarga sangat-sangat berjaya ni (ada makna tu haha) Semoga ayah dengan ibu berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin..

Permulaan bulan Ogos ni sangat memberi kecerahan dalam alam pekerjaan,eceh!Maksudnya kerja begitu produktif (tapi sambil buat 3D SURAU boleh pulak bukak video So Hot-Wonder Girls kannnn!) Start hari isnin semalam melakukan kerja begitu produktif,tak online facebook,mahupun blogwalking mahupun youtube (tapi hari selasa dah tak produktif,pergi buat blogwalking kejap,hehe).Mata menonong je tengok laptop buat 3D.Kembang setaman perubahan dalam alam pekerjaan, untuk hari isnin jah pun.

Sedang melakukan kerjaan di ofis, belek-belek ah booklets material yang kutip kat ARCHIDEX (Architecture,Interior Design & Building Exhibition) bulan lepas nak buat report punya pasal.Sapa cakap Archidex tak ada apa-apa, dia memang LOSER!(termasuk tuan tanah blog ni jugak haha!)Wey dalam booklets tu boleh dapat banyak info untuk design ah!Next year wajibulghunah pergi Archidex kawan-kawanku tau.

Kenapa saya cakap LOSER sapa tak pergi Archidex?Memang ah kat sana si supplier sibuk edar booklet lah,ceramah ilmiah pasal material lah,bagi goodies bag lah (okek ni part best,buat collection bhai!).Boring bukan?Jadi sila pandang dari sudut ilmiah dia.Bila balik rumah tunggu sebulan dah habis Archidex baru terhegeh-hegeh usha koleksi booklet Archidex (ni perangai diri sendiri,tak boleh nak elak).Saya belek punya gelek sekali terjumpa satu design gila gempak guna material Fairon Composite (okek bukti berlagak dah usha booklet ah ni)!Tak pernah terlintas pun nak google design building tu.See terima kasih Archidex,dengan adanya Archidex diri anda lebih berharga,eceh!Tambah ilmu design bulan ni.

Dengan itu saya diishytiharkan LOSER sebab pernah mengatakan Archidex tak ada apa-apa.Sapa yang pernah cakap Archidex tak ada apa-apa sila diamkan diri, kelak akan malu.Bertambah LOSER lagi bila tak tahu ada DESIGN HEBAT THEME PARK FERRARI,ABU DHABI.Sapa yang tak pernah tau building ni kita adalah terdiri dari golongan loser okek.Give me five sikit!Sapa yang tau duduk diam-diam tak payah nak berlagak kat satu kampung.

Untuk maklumat lanjut sila click:

Ferrari World Abu Dhabi

Archithings

Tataplah building ni sepuas-puas hati,kelak bila dah kaya raya boleh buat family holiday kat theme park,Dubai.Tak main dah Genting Highland!Damn gleh gempak design building ni.Baru sadar!This year katanya akan officially open.

Rasa-rasa kalau ada pekerja tak berapa produktif macam saya berapa ribu tahun nak siap construct

Site plan of the theme park

Elevations of the theme park

Perspective of the theme park

Time under construction lagi

Macam ni la view dia untuk theme park ni

Ni part paling saya suka.Nice okek night view dia

Dengar katanya Formula One this year nak buat kat sini.Mengikut informasi dari F1 website 12,13,14 November kat Yas Marina Circuit,Abu Dhabi.Hurmm tak tau lah oden.Maklumat lanjut click link di atas.Jangan tengok gambar je lebih,baca sikit info dia baru berguna pastu boleh berlagak kat kawan-kawan yang tak tau building ni wujud.haha

p/s:Baju raya dah siap!Boleh riak kat rakan studio baju raya saya dah siap.Diorang dah siap ke?haha.Theme raya family:purple color bhai!

No comments: