Wednesday, August 18

Typical Room Produce Typical Makeover,Over Tauuu

Hari ini kita akan deco deco deco bilik sapa?
Apa bilik adik Datuk yang berbinikan Siti Nurhaliza tu?
Datuk mana?Datuk mana?Datuk Kkkkkk!
Ye penonton sekalian kita akan deco-deco bilik.....
adik Datuk Khalid Jiwa,Presenting Elly Suehaily!
DECO DECO DECO!


Tak payah nak over!Gedik okek di situ.Progress kerja hari ni di office tak berapa nak cemerlang dan terbilang sikit memandangkan lagi 3 hari akan meninggalkan tanah air MZJA Architects (padahal hari-hari pun tak berapa nak cemerlang,sigh!).Report banyak lagi tak siap bhaiii,ni lah akibat kerap melakukan aktiviti largho'
.Bermulanya jam 1 tengah hari idea telah datang, tingtingting!

Buah pikiran tetiba mau deco-deco kamar tidur (ewah kamar bagai kannn) bersama anak Mat Jiwa!
Memikirkan kamar tidur anak Mat Jiwa ni dah bersepah teruk macam sampah dan rupa seakan tongkang pecah apatah,apa kata membuat sedikit amalan berbakti kepada diri sendiri pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk produce bilik macam Anak Pangeran Negeri Indera Kayangan Eceh.(mentaip dengan 1 haraakat,pheew)

Sebagai buruh kerja architecture yang tegar,(ewah buruh sangat,padahal masih student architecture lagi) sikap riak lebih tak boleh dielak ni,telah gegeh siap buat 3D layout bilik bagai.Bajet nak challenge Eric Leong juga Rizalman lah kononnya.Haktuii!Dengan itu pekerja-yang-tinggal-lagi-tiga-hari-ini-untuk-bertugas telah pun melakukan kerja tidak produktif sepetang di office dengan produce typical design untuk typical room sweet room.Ewahh!


Deco deco deco 1.Tu dia menyerlah merah jambu Mak Long!

Deco deco deco 2.Tu dia kipas angin meja abad ke-10 wujud lagi!

Deco deco deco 3.Tu dia effect picture frame belah kanan gedabak gila!

Deco deco deco 4.Tu dia lupa nak add on curtain,naked window jadinya.puftt!

Hambek kau bilik Pinky habis!Dulu punya ah menci menci semencinya color pink ni.Tapi bila cuba jaya formula penggunaan color pink untuk deco-deco ni rasa semacam sebati pulak dengan jiwa gadis 20-an ni.Eceh,menggelababun je lebih.Oleh itu,pink dan gadis memang tak boleh dipisahkan antara dua darjat jangan pisahkaaaan akuuu dan merah jambuuuuu.So gadis-gadis di luar sana yang rasa macam tak suka pink,jangan mengaku kat orang cakap "Aku benci gilaa pink!".Jangan jangan,kelak pasti akan suka punya.Percayalah!!!

Dan percayalah 50% je design di atas akan exactly dengan real punya deco-deco bilik nanti.Frame fancy-fancy tu for sure tak kan ada.Sigh!Memang akan kalah dengan Eric Leong dan Rizalman!sobsob



p/s:Malam ni telah bermulanya operasi penyikiran pelajar akademi fantasia barangan tongkang pecah serta furniture yang boleh di label abad ke-15 punya ke dalam ah tong sampah!Sila gigih bekerja untuk dunia sejagat.Kemudiannya meneruskan kerjaan report yang lagi 5 minggu tak siap!Sekian.

No comments: