Thursday, September 30

Ada Apa Dengan Cinta?

Ada apa dengan cinta?Ye ada apa dengan cinta yang dimaksudkan bukan bercirikan cinta antara arjuna dan si pari-pari mahupun adam dan hawa.Eh bukan bukan tu.Cinta yang nak cakap sekarang adalah cinta berkaitan fotografi.Diulangi lagi CINTA DENGAN FOTOGRAFI!Sila faham ye di situ!(tetiba nak emo.KAHKAHKAH)

Saya ni nama je pakai SLR tapi semua gambar macam sampah,tak ada kualiti langsung!Baik pakai camera compaq je kan kalau gambar-gambar macam sampah!Emo betul kalau tengok gambar budak archi pakai SLR yang power nak abis ni!

Apasal diri sendiri tak ada talent nak produce gambar yang berkualiti gilaa macam budak archi lain??Damn emo emo!KAHKAHKAH (kalau emo apasal gelak ??)
Nampak tak berapa banyak tanda seru perenggan ke-2 ni.Tu tanda dia bengang dengan ketiadaan talent menshoot photo dalam diri sendiri.Ayat macam hareem!@#$%^&...

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang betul-betul rasa gila sampah dihasilkan oleh mak cik Elly Suehaily,,Sila tutup muka guna plastik sampah kaler hitam sekarang.



Gambar ni actually nak capture tunjuk la One Malaysia gituu,Chinese pun datang beraya masa Aidilfitri.Tapi hasilnya?Non Ado,sampah gila

Gambar 2 ni pulak lokasi dekat dataran Kuala Kangsar,macam tak tau apa subjek sebenar nak capture.Sampah lagi.Sigh

Gambar 3 ni masa kat kampung Kuala Kangsar,bajet-bajet nak buat ala-ala heritage gituu la kan.Sekali hasilnya macam sampah lagi

Ni pulak gambar adik kepada seorang kakak yang kacak lagi menawan rupanya ala-ala Lisa Surihani gituu.Gambar ni paling TAK SAMPAH saya berjaya hasilkan.Gambar adik kesayangan sendiri mesti ah bercirikan kualiti antarabangsa.Ye dakk??HAHA


Setelah menonton beberapa keping gambar tak berkualiti mari lihat pulak beberapa keping gambar yang berkualiti daripada beberapa budak archi yang dikenali.Saya impress gila tengok photo yang diorang capture.Marvelloussss mak cakap u!Tak boleh nak challenge talent diorang.Bravo bravo,clap clap clap!

Tengok kualiti photo dia.Memang meleleh mak cakap you.Bak ni budak archi UTM Skudai.Semua photo yang dia shoot memang simple habis dan photo dia semuanya soft.Memang nak produce kualiti gambar macam ni tapi tak penah jadi.KAHKAHKAH.Bak ni pakai polaroid camera,so hasil gambar dia memang soft!Kalau nak tengok lagi hasil yang lagi berkualiti sila click nama beliau di atas.Bak buat part time photography.So boleh hire dia untuk photoshoot wedding kelak.HAHA


Hanis ni pulak budak archi UIA yang merangkap abang Hatim-blog fevret maribergebang.Photo yang dia shoot pun boleh cakap ada kualiti gila!Mak cair kejap tengok gambar dia.Dia pun penguna SLR so memang talent photoshoot dia mak cakap marvellous u!Dia pun ada buat buat part time photographer,rasa-rasa nak hire dia sila click nama dia di atas!



Ain ni kenal dia sebab dia group member time Archustic-Architectural Workshop dulu,budak UIA jugak.Merangkap adik Kak Huda jugak bakal adik ipar seniorku,Jawz.HAHA.Kecik betul dunia ni.Apa yang buat mak impress ain ni gambar dia pun kualiti macam Bak,memang soft gila.Lagi-lagi dia perempuan,bukan senang nak cari perempuan ada talent shoot photo yang produce cantik gila!Boleh click jugak nama beliau nak tengok lagi banyak gambar best.


Selain itu,tak dilupakan juga sahabat sestudio saya pun talent shoot photo dia hebat jugak.Bangga kejap dia budak sestudio.HAHA

Shafiq Jaffarullah

Shafiq ni suka shoot gambar perempuan.Memang gatal!KAHKAH.Kalau tengok photo album dia mesti banyak gambar perempuan.Tak percaya sila view facebook dia Tokey Budu,88% gambar amoi chantek.Mak tak tipu!HAHA.Tapi gambar last kat atas ni bukan perempuan la,dia Abang Nabil merangkap senior archi saya yang dah tua.HAHA


Actually buat entry cinta fotografi ni nak menyatakan betapa kuat perasaan iri hati kat kengkawan archi yang produce gambar gila marvellous!Rasa nak tumbuk-tumbuk every single of diorang punya photoshoot!Jealous punya pasal sampai nak tumbuk kann..Dan satu lagi nak cakap mak nak beli lens baru,yang ada appeture punya sebab lens SLR saya dah rosak teruk sangat!Bila nak capture gambar mesti lari habis framing dia seperti ini,,


Ada rasa nak kena tampar tak kalau gambar begini terhasil!Setting punya bagai,sekali kepala terpotong habis.Sepak kang!


p/s:Mentang-mentang duit claim dah dapat semalam,cita-cita nak tukar lens pun telah berhasrat di hati,selain itu cita-cita mau mengganti balik caps lens Arif Baharum yang telah dihilangkan juga perlu dilaksanakan.HAHA

Wednesday, September 29

Proposed Site Dipenuhi Kambing Handsome

Proposed site kali ini untuk 2nd Project Design Community Library terletak di tanah air di Bandar Sri Putra,Bangi Darul Makmur.Vah vah vah nasib dekat boleh pergi ulang alik site if ada info lupa nak ambil.Kalau site dekat Hong Kong??Lupa nak mintak dekat Majlis Daerah Hong Kong site plan mau menangis air mata berdarah kau,propa sangat!

Entry sebenar bertujuan nak gebang site kali ini ada banyak kambing handsome.Kau ada??KAHKAHKAH.Proposed site bukan di kandang kambing mahu pun di Gurun Sahara.Kali ini site di padang rumput kambing
dekat housing Bungalow,Semi-D dan Terrace.Memang high class punya area.Sila zoom in sikit site

Tengok tengok sana kaum kambing handsome sedang gumbira berpool party di padang

Zoom in sikit,okek tak handsome sebenarnya sebab dorang bau 'harum dan menawan' gituu


Okek itu saja cerita tak berkualiti hari ni oleh mak,propa sangat.Nak kata jantan tak jantan,perempuan tak perempuan tengok macam mak ni sempurna gituu.Ahhh tetiba terkeluar dialog Ibu Mee Segera tak ada kaitan langsung.Lantak leerrr.HAHA


p/s:Wahhhh sempat lagi update 1 entry board site analysis dengan konsep design perpustakaan kau tak siap lagi.Esuk pagi ada presentation mak cik.Okek mak nak umumkan selamat tinggal dunia pondan blog.Mak nak buat design!

Sunday, September 26

Aktiviti Raya Di Hujung Minggu

Mood sebelum ni penuh dengan perasaan berduka dan suram kerinduan.Kali ini kesuraman tu semua dah berjaya dibuang.Yeay!Kerinduan terhadap ex-housemates No 14 Bangi Darul Ehsan terubat weekend ni.Mayday,Mayday,tak gheti-gheti choooiii!HAHA.

  • sabtu beraya open house lecturer, En Azimin (dan kemudiannya aktiviti tak berfaedah!)
  • ahad beraya open house rakan taulan, En. Syeffiq (dan kemudiannya aktiviti tak berfaedah!)


Beberapa tin ice lemon tea dan kotak milo dikebas bawa pulang ke rumah sebagai cenderahati daripada tuan rumah.HAHA

Balik dari rumah beraya En Azimin,operasi berkarok di lokasi rahsia bersama ex-housemate tercinta dan rakan-rakan taulan dijalankan.Zasssss!Hambek kau karok tak hengat dunia sampai lirik terpampang dekat skrin pun tersalah nyanyi.

"nak ku mimpi, tapi enggan terlena. ku dan sepi nan terintim. ku disaksi, oleh jelapang PADI, nan terbentang kekeringan" -Elly Suehaily . Muhamad Adian, Alyaa Najwa dan Izuan Mafti, sila nangis!

Enggan,Fauziah Latiff


copy paste dari status kak Farah Diana


Jelapang kasih bertukar menjadi jelapang PADI!Kau ada nyanyi macam ni??HAHA.Lantak leerrr (dialog oleh Zarina AF,Ibu Mee Segera)

Ini aksi makanan round ke-19 setelah 2 jam setengah menapak di rumah En.Syeffiq (okek tipu!)

Tak gheti-gheti lagi nak balik,2 jam setengah dah korang menapak!

Sebelum pulang sedikit gambar kenangan kepada tuan rumah daripada kami.HAHA

Gambar ini akibat senak perut aksi photographer si anuar yang overrrrr dari model

Tetiba lokasi berubah.Lokasinya seperti di pawagam Alamanda.KAHKAH

Tak tau malu kah main basketball pakai baju kurung di rumah orang??Tolong bersopan sikit

Ok baiklah,saya bersikap sopan di bulan Syawal ini,mak mentua suka!(haha,bengong tak bengong buat photoshoot tepi kaki lima pawagam Alamanda chooii!)



Hamboi-hamboi nyah kau beraya tak hengat dunia!Kerja sekolah menunggu di beg sekolah tak ingat kaaa.Ok pagi ni bangun baru teringat kerja-kerja sekolah satu hape pun tak sentuh lagi.Habislah kau makkkk merana ke kelas karang!




p/s:Raya ni kalau pergi tengok wayang pakai baju kurung bukan perkara pelik, sebab rakyat jelata Malaysia musim raya sekarang lepas balik open house mesti menapak di pawagam.Tak percaya pergi next weekend menapak kat pawagam yang berhampiran, pasti ramai berbaju kurung dan berbaju melayu


Friday, September 24

Kangen Bangat Waktu Dahulu Kala

Wadeya wadeya,apasal 3rd year ni begitu gloomy.Adakah sebab environment sekarang tak berapa nak menseronokkan sebab orang yang disayangi dah tak ada di sisi.Oh i mean orang disayangi adalah rakan-rakan sekongkol dan senior-senior sekongkol.Serious,duduk studio hari-hari di waktu ni sangat membosankan.Nak buat design dan assignment pun tak ada mood.Oleh itu,aktiviti berfacebook,menonton movie dan mengupdate blog kerjaan wajib mengisi hari-hari yang sangat tak produktif.Cisdell!Time final year ni la pulak nak study tak berapa nak semangat!

Oleh itu saya mohor-mohor besar tetiba sangat kangen bangat moment hectic sebelum terciptanya dunia 3rd year yang gloomy ni!Miss,miss,miss,miss damn much!I miss my ex-housemates No 14 (Kak Farah,Kak Finas,Kak Alyaa,
Kak Iman tak perlu sebab sentiasa ada kat UKM haha),moment 2nd year yang hectic gila,Padang field trip,konvoi raya,archustic yang best best best dan semua-semualah moment yang menjadikan saya hyperactive tah ingat dunia!Damn damn!

Terbukti sekarang sangat gloomy sebab update blog,update facebook bukan main rajin lagi sebab life sangat tak berapa produkti.Kalau dulu nak update blog sekali sebulan bukan main payah nak mati,sekarang punya ah rajin gila nak mati update.Sigh!


Part last day archustic saat paling hyperctive tak boleh nak ingat.Kalau ingat balik perangai hyperactive time ni rasa nak masukkan muka dalam tasik kejut je.HAHA

Tengok ni,punya ah tak ingat dunia nak lompat,sekarang usia makin meningkat,kalau buat aksi ni boleh patah pinggang mak cakap!HAHA.Perghh rindu kot masa trip kat Padang dulu!


Konvoi raya rumah Puan Akmal.Chooii this year tak berkesempatan nak join dorang serang rumah puan!

Serang rumah Jay time Deepaavali dulu,mak Jay masak sedap tak ingat dunia okek!One Malaysia!

Serang raya rumah En. Irfan!Makan tak banyak mana,posing tak ingat dunia je lebih.Rindu ouh

2nd year waktu remaja dulu kala dengan aksi tak matang bersama lecturer yang dipaksa buat aksi tak matang teeet.matilamak!

Berpesta posing maut bagai masa senior konvo.Lepas ni turn saya pulak ouh,,vah vah vah

Moment photoshoot ni pun rindu jugak!


Apepun kebosanan yang melanda life sekarang mesti dilenyapkan, life must go on babeh!Final year dah ni so kena semangat ah sikit.No no no berjimba tahap melampaui batas tak ingat dunia.Focus okek ingat tuhan,ingat mak bapak insyallah mood gloomy tu hilang dan bertukar mood semangat nak buat kerja.Hopefully.


p/s:Design untuk Booth Exhibition kat One Utama tak start lagi ni.Apsal la sekarang mood malas kuat menguasai diri.Damn ooo.Okek sekrang sila mulakan kerjaan dengan berhemah.



Tuesday, September 21

Glommy 3rd Year








Choiii!Sejak akhir-akhir ni asyik termenung jauh.Perangai lama dah kembali ke segenap diri ;(
Lagi-lagi masa dalam 'bilik termenung' sangat lama tak boleh nak cakap.Hopefully habit ni hilang esok harinya...

Raya 2010 Dikelilingi Kanak-kanak Comel

Update entry raya di saat-saat genting menyiapkan Presentation Teori keesokan harinya. Beginilah ciri-ciri pelajar tak produktif HAHAHA!Raya tahun ni tak begitu meriah sebab sedara sepapat yang sebaya ramai tak balik,semua pun dah ada arah tuju masing-masing.Kerja jauh-jauh,belajaq jauh-jauh.Fine korang raya ni turn korang,next next raya turn aku pulak okek!Cisdell!

Disebabkan saya cucu sulung belah bapak dengan mak,makanya cousin semuanya kecik-kecik belaka.Pergghhh tahun ni mak-mak sedara semuanya subur belaka.teeet..Memang raya ni kampung di kelilingi baby dengan budak-budak kecik je ah.Saya yang besar ni diabaikan oleh atuk dengan opah,sobsobsob,sesuatu yang menyedihkan di situ.









budak kecik yang last ni paling comel okek (adik sendiri kena ah bagi high raking bukan!HAHA)


yang ni pun kanak-kanak comel yang dah tua bangka.Penat ouh nak layan kengkawan yang sengal macam ni tapi best :)




p/s:sekarang berada di UKM terchinta,masa untuk menyerang rumah-rumah kengkawan UKM and rumah lecturers.zaazzzzsss!

Wednesday, September 8

Gumbiranya Suasana Di Lebaran Raya Tahun Ini

Fuh fuh fuh!Kerjaan mempresent Project Case Study Architect and Design Renzo Piano serta assignment working drawing selesai sudey!Yehoo,saya sudah berada di rumah kecintaan dengan gumbiranya.Sangat gumbira tak terkata tahun ni dapat beraya dengan tenang setenang air di muara.
  • Tak perlu fening pikir design secara maksimum ketika makan kuih raya di rumah sanak saudara.
  • Tak perlu bawak balik drawing ke kampung halaman yang semestinya menyedihkan hati
  • Tak perlu duduk dalam bilik buat drawing masa sanak saudara mensibukkan diri bermain mercun bagai
  • Tak perlu mendesak ibubapa pulang dengan segera ke KL sebab nak mensiapkan drawing


board presentation kami yang second di atas

group member renzo piano yang juling tak hengat dunia

group member pengalih bahasa english ke bahasa melayu paling terhebat alam semesta ini

salah seorang group member renzo piano yang poyo lagi bergaya

ini pulak cubical penulis di studio yang tidak begitu eksklusif (gambar tak berapa penting sangat)


Semalam perut agak bermaharajalela berbuka puasa bersama ex-officemates MZJA Architects kat Vistana Hotel.Berbaloi-baloi RM45,paling mantop kambing bakar ouh tapi akibat perut tak dapat nak tampung beberapa hirisan daging ajo berjaya masuk ke perut!Sungguh menyedihkan.

ni bukan manusia yang melantak!ni alien namanya.HAHA

sila fokus ke senior office yang sempoi gila belakang si penulis

gambar wajib keluarga untuk di frame kan di office


Di kesempatan ini juga,saya mewakili penulis blog,Suehaily Mohd Jiwa ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Eidulfitri kepada semua sahabat handai yang berada di perkarangan Malaysia mahupun di seberang laut sana.Semoga eidulfitri tahun ini membawa pengertian yang bermakna.Forgive me for all my wrongdoings,Maaf Zahir dan Batin.Yang balik kampung hari ini sila berhati-hati di jalan raya,ingatlah orang tersayang.



Kad raya sustainable telah dicipta pada hari ni.
Eid Mubarak friends!




p/s:Apasal ramai sangat balik penang tahun ni??Status kat facebook mostly nak gerak balik penang.Saya pun balik penang tahun ni!Rakan-rakan yang beraya kat penang jemput datang rumah atuk okek!