Thursday, September 30

Ada Apa Dengan Cinta?

Ada apa dengan cinta?Ye ada apa dengan cinta yang dimaksudkan bukan bercirikan cinta antara arjuna dan si pari-pari mahupun adam dan hawa.Eh bukan bukan tu.Cinta yang nak cakap sekarang adalah cinta berkaitan fotografi.Diulangi lagi CINTA DENGAN FOTOGRAFI!Sila faham ye di situ!(tetiba nak emo.KAHKAHKAH)

Saya ni nama je pakai SLR tapi semua gambar macam sampah,tak ada kualiti langsung!Baik pakai camera compaq je kan kalau gambar-gambar macam sampah!Emo betul kalau tengok gambar budak archi pakai SLR yang power nak abis ni!

Apasal diri sendiri tak ada talent nak produce gambar yang berkualiti gilaa macam budak archi lain??Damn emo emo!KAHKAHKAH (kalau emo apasal gelak ??)
Nampak tak berapa banyak tanda seru perenggan ke-2 ni.Tu tanda dia bengang dengan ketiadaan talent menshoot photo dalam diri sendiri.Ayat macam hareem!@#$%^&...

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang betul-betul rasa gila sampah dihasilkan oleh mak cik Elly Suehaily,,Sila tutup muka guna plastik sampah kaler hitam sekarang.



Gambar ni actually nak capture tunjuk la One Malaysia gituu,Chinese pun datang beraya masa Aidilfitri.Tapi hasilnya?Non Ado,sampah gila

Gambar 2 ni pulak lokasi dekat dataran Kuala Kangsar,macam tak tau apa subjek sebenar nak capture.Sampah lagi.Sigh

Gambar 3 ni masa kat kampung Kuala Kangsar,bajet-bajet nak buat ala-ala heritage gituu la kan.Sekali hasilnya macam sampah lagi

Ni pulak gambar adik kepada seorang kakak yang kacak lagi menawan rupanya ala-ala Lisa Surihani gituu.Gambar ni paling TAK SAMPAH saya berjaya hasilkan.Gambar adik kesayangan sendiri mesti ah bercirikan kualiti antarabangsa.Ye dakk??HAHA


Setelah menonton beberapa keping gambar tak berkualiti mari lihat pulak beberapa keping gambar yang berkualiti daripada beberapa budak archi yang dikenali.Saya impress gila tengok photo yang diorang capture.Marvelloussss mak cakap u!Tak boleh nak challenge talent diorang.Bravo bravo,clap clap clap!

Tengok kualiti photo dia.Memang meleleh mak cakap you.Bak ni budak archi UTM Skudai.Semua photo yang dia shoot memang simple habis dan photo dia semuanya soft.Memang nak produce kualiti gambar macam ni tapi tak penah jadi.KAHKAHKAH.Bak ni pakai polaroid camera,so hasil gambar dia memang soft!Kalau nak tengok lagi hasil yang lagi berkualiti sila click nama beliau di atas.Bak buat part time photography.So boleh hire dia untuk photoshoot wedding kelak.HAHA


Hanis ni pulak budak archi UIA yang merangkap abang Hatim-blog fevret maribergebang.Photo yang dia shoot pun boleh cakap ada kualiti gila!Mak cair kejap tengok gambar dia.Dia pun penguna SLR so memang talent photoshoot dia mak cakap marvellous u!Dia pun ada buat buat part time photographer,rasa-rasa nak hire dia sila click nama dia di atas!



Ain ni kenal dia sebab dia group member time Archustic-Architectural Workshop dulu,budak UIA jugak.Merangkap adik Kak Huda jugak bakal adik ipar seniorku,Jawz.HAHA.Kecik betul dunia ni.Apa yang buat mak impress ain ni gambar dia pun kualiti macam Bak,memang soft gila.Lagi-lagi dia perempuan,bukan senang nak cari perempuan ada talent shoot photo yang produce cantik gila!Boleh click jugak nama beliau nak tengok lagi banyak gambar best.


Selain itu,tak dilupakan juga sahabat sestudio saya pun talent shoot photo dia hebat jugak.Bangga kejap dia budak sestudio.HAHA

Shafiq Jaffarullah

Shafiq ni suka shoot gambar perempuan.Memang gatal!KAHKAH.Kalau tengok photo album dia mesti banyak gambar perempuan.Tak percaya sila view facebook dia Tokey Budu,88% gambar amoi chantek.Mak tak tipu!HAHA.Tapi gambar last kat atas ni bukan perempuan la,dia Abang Nabil merangkap senior archi saya yang dah tua.HAHA


Actually buat entry cinta fotografi ni nak menyatakan betapa kuat perasaan iri hati kat kengkawan archi yang produce gambar gila marvellous!Rasa nak tumbuk-tumbuk every single of diorang punya photoshoot!Jealous punya pasal sampai nak tumbuk kann..Dan satu lagi nak cakap mak nak beli lens baru,yang ada appeture punya sebab lens SLR saya dah rosak teruk sangat!Bila nak capture gambar mesti lari habis framing dia seperti ini,,


Ada rasa nak kena tampar tak kalau gambar begini terhasil!Setting punya bagai,sekali kepala terpotong habis.Sepak kang!


p/s:Mentang-mentang duit claim dah dapat semalam,cita-cita nak tukar lens pun telah berhasrat di hati,selain itu cita-cita mau mengganti balik caps lens Arif Baharum yang telah dihilangkan juga perlu dilaksanakan.HAHA

2 comments:

Hairil Rizal said...

Dun wori.. byk time lagi bleh blaja tu.

Yang penting dlm satu satu gambar tu ialah 'jiwanya'...

Suehaily Mohd Jiwa said...

hahaha..memang betul penting jiwa nya
tapi kalau gmbar pun mcm xde subjek mmg x berjiwa jadi die.haha