Sunday, September 26

Aktiviti Raya Di Hujung Minggu

Mood sebelum ni penuh dengan perasaan berduka dan suram kerinduan.Kali ini kesuraman tu semua dah berjaya dibuang.Yeay!Kerinduan terhadap ex-housemates No 14 Bangi Darul Ehsan terubat weekend ni.Mayday,Mayday,tak gheti-gheti choooiii!HAHA.

  • sabtu beraya open house lecturer, En Azimin (dan kemudiannya aktiviti tak berfaedah!)
  • ahad beraya open house rakan taulan, En. Syeffiq (dan kemudiannya aktiviti tak berfaedah!)


Beberapa tin ice lemon tea dan kotak milo dikebas bawa pulang ke rumah sebagai cenderahati daripada tuan rumah.HAHA

Balik dari rumah beraya En Azimin,operasi berkarok di lokasi rahsia bersama ex-housemate tercinta dan rakan-rakan taulan dijalankan.Zasssss!Hambek kau karok tak hengat dunia sampai lirik terpampang dekat skrin pun tersalah nyanyi.

"nak ku mimpi, tapi enggan terlena. ku dan sepi nan terintim. ku disaksi, oleh jelapang PADI, nan terbentang kekeringan" -Elly Suehaily . Muhamad Adian, Alyaa Najwa dan Izuan Mafti, sila nangis!

Enggan,Fauziah Latiff


copy paste dari status kak Farah Diana


Jelapang kasih bertukar menjadi jelapang PADI!Kau ada nyanyi macam ni??HAHA.Lantak leerrr (dialog oleh Zarina AF,Ibu Mee Segera)

Ini aksi makanan round ke-19 setelah 2 jam setengah menapak di rumah En.Syeffiq (okek tipu!)

Tak gheti-gheti lagi nak balik,2 jam setengah dah korang menapak!

Sebelum pulang sedikit gambar kenangan kepada tuan rumah daripada kami.HAHA

Gambar ini akibat senak perut aksi photographer si anuar yang overrrrr dari model

Tetiba lokasi berubah.Lokasinya seperti di pawagam Alamanda.KAHKAH

Tak tau malu kah main basketball pakai baju kurung di rumah orang??Tolong bersopan sikit

Ok baiklah,saya bersikap sopan di bulan Syawal ini,mak mentua suka!(haha,bengong tak bengong buat photoshoot tepi kaki lima pawagam Alamanda chooii!)



Hamboi-hamboi nyah kau beraya tak hengat dunia!Kerja sekolah menunggu di beg sekolah tak ingat kaaa.Ok pagi ni bangun baru teringat kerja-kerja sekolah satu hape pun tak sentuh lagi.Habislah kau makkkk merana ke kelas karang!




p/s:Raya ni kalau pergi tengok wayang pakai baju kurung bukan perkara pelik, sebab rakyat jelata Malaysia musim raya sekarang lepas balik open house mesti menapak di pawagam.Tak percaya pergi next weekend menapak kat pawagam yang berhampiran, pasti ramai berbaju kurung dan berbaju melayu


No comments: