Wednesday, September 1

Apy Beday Fo Yo Biby

Ewahhhh!Gedik sungguh spelling happy birthday to you di atas kann.Tersebut merupakan sebutan adik paling tersayang punya.Hari ni beliau dah genap umoq 3 tahun.Umoq saya dengan beliau beza 18 tahun oo.Dah kira macam pangkat mak dengan anak dah okek.Satu family memang sayang gilos kat Raziq ni, sampai kalau sehari kitorang tak nampak batang hidung Raziq ni macam tak complete je life.Ecehh!

Untuk pengetahuan umum tak bertauliah,Raziq lahir masa saya kat Matrik Perak.Time tu bulan puasa kot,tah tak ingat dah.Memang excited kot nak dapat adik baru,eceeeeeh!Ada ke patut sebelum Raziq ni wujud,si adik kembar punya desperate nak baby mensuruh ibu beli baby kat hospital!!Wadeyaaa wadeyaa!Akibat tak dapat mentunaikan hasrat nak beli baby kat hospital si ibubapa terpaksa lah melakukan projek kemahiran hidup terancang.

Serius sangat daku tak percaya dapat tau ibu mengandung lagi time tu.wadeya wadeyaaa!Dalam hati tuhan je lah tau,AKU NAK DAPAT ADIK LAGIII??Tak percaya.Sebelum kewujudan Raziq ni serius saya tak berapa sangat nak layan budak-budak kecik,memang tahap menyampahlah kat diorang.Kalau nampak budak kecik dulu-dulu,mesti nak cubit sembunyik-sembunyik belakang mak bapak dorang (gila evil!) haha

Al-kisah nak jadi cerita penglipur lara masa due date ibu nak lahirkan Raziq tu tepat 31 Ogos!Wah gila verangan nak dapat adik kelahiran hari merdeka.Excited kot masa tu kat matrik mentunggu ketibaan baby nak keluar dari perut ibu.Call pagi petang siang malam masa tu punya excited nak dapat adik baru.Ceh cannot go punya ayah,time tu ada ke patut nak letak nama adik Nur Merdeka!Pengsan 5 minit dengar nak letak nama Nur Merdeka.

At last,pagi 1 September tu terkeluarlah baby yang ditunggu-tunggu.haha.Excited weh dapat adik!Kalau dalam family saya anak perempuan nama starting huruf S,anak lelaki pulak starting huruf R.Maka terciptalah nama RAZIQ RAHIME 1 September 2008!Okek cerita penglipur lara tammat!


Sejak kewujudan raziq dalam family ni,hidup kitorang memang happening sangat.Phewwit!Secara tak sengaja saya dah suka budak kecik sekarang,dah tak ada adegan cubit mencubit budak kecik belakang mak bapak dah.Insaf weh!!haha


Along nak wish
Happy 3rd Birthday Raziq Rahime!

Keropok Mony!haha,kitorang adik beradik suka nyanyi sama-sama keropok mony dengan Raziq.Best oooh!Tak aci hari ni satu family makan besar-besaran tanpa Alonggg!!Menyampah!


p/s:Anything you do,think family first!

No comments: