Wednesday, September 8

Gumbiranya Suasana Di Lebaran Raya Tahun Ini

Fuh fuh fuh!Kerjaan mempresent Project Case Study Architect and Design Renzo Piano serta assignment working drawing selesai sudey!Yehoo,saya sudah berada di rumah kecintaan dengan gumbiranya.Sangat gumbira tak terkata tahun ni dapat beraya dengan tenang setenang air di muara.
  • Tak perlu fening pikir design secara maksimum ketika makan kuih raya di rumah sanak saudara.
  • Tak perlu bawak balik drawing ke kampung halaman yang semestinya menyedihkan hati
  • Tak perlu duduk dalam bilik buat drawing masa sanak saudara mensibukkan diri bermain mercun bagai
  • Tak perlu mendesak ibubapa pulang dengan segera ke KL sebab nak mensiapkan drawing


board presentation kami yang second di atas

group member renzo piano yang juling tak hengat dunia

group member pengalih bahasa english ke bahasa melayu paling terhebat alam semesta ini

salah seorang group member renzo piano yang poyo lagi bergaya

ini pulak cubical penulis di studio yang tidak begitu eksklusif (gambar tak berapa penting sangat)


Semalam perut agak bermaharajalela berbuka puasa bersama ex-officemates MZJA Architects kat Vistana Hotel.Berbaloi-baloi RM45,paling mantop kambing bakar ouh tapi akibat perut tak dapat nak tampung beberapa hirisan daging ajo berjaya masuk ke perut!Sungguh menyedihkan.

ni bukan manusia yang melantak!ni alien namanya.HAHA

sila fokus ke senior office yang sempoi gila belakang si penulis

gambar wajib keluarga untuk di frame kan di office


Di kesempatan ini juga,saya mewakili penulis blog,Suehaily Mohd Jiwa ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Eidulfitri kepada semua sahabat handai yang berada di perkarangan Malaysia mahupun di seberang laut sana.Semoga eidulfitri tahun ini membawa pengertian yang bermakna.Forgive me for all my wrongdoings,Maaf Zahir dan Batin.Yang balik kampung hari ini sila berhati-hati di jalan raya,ingatlah orang tersayang.



Kad raya sustainable telah dicipta pada hari ni.
Eid Mubarak friends!




p/s:Apasal ramai sangat balik penang tahun ni??Status kat facebook mostly nak gerak balik penang.Saya pun balik penang tahun ni!Rakan-rakan yang beraya kat penang jemput datang rumah atuk okek!

1 comment: