Saturday, September 4

Sugar Daddy Mr. J vs Sugar Daddy Mr. P

Memandangkan 6 hari lagi Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, saya mewakili duli-duli yang maha mulia mahu mengucapkan selamat mengawal nafsu sebelum Ramadhan akan berakhir kelak.Ini adalah kerana nafsu buas yang pasti terjadi kepada para-para ibu,wanita dan gadis yang terlalu obses nak raya,semuanya nak beli barang baru!Langsir baru,baju baru,heels baru,gelang baru,katil baru,anak baru,suami baru segala-galanya barulah.Haishh kawal sikit nafsu okek termasuk si pentulis blog ini jugak!HAHA

Semua kaum wanita berpusu-pusu pergi Jalan Tar nak cari tudung+kain baju raya!Si teruna tukang menteman si kekasih

Memandangkan raya menjelang tiba ni mesti banyak benda nak pakai duit,secara konklusinya duit mesti dicari untuk tambah koleksi kewangan!Yada yadaa!Saya ada dua orang sugar daddy ouh, yang boleh mentolong dana kewangan raya ni,Mr J dan Mr P.Hambek kau tamak haloba sampai dua orang sugar daddy!Dua sugar daddy nilah yang banyak mentolong saya untuk persiapan raya,ye ke??


seronok ada 2 sugar daddy Mr J dan Mr P!

Saya lagi sayang Mr J dari Mr P sebabnya kalau Mr J ni beliau baik hati sikit nak menyalurkan dana kewangan tanpa sebarang pemulangan kembali semua yang diberi dengan curahan penuh kasih sayang.Mr P pulak memang hampeh,saya kena bayar kat dia balik semua wang yang dia bagi,tak romantik gila Mr P.I Hate You,Baby!Both Mr. Sugar Daddy ni bukan dari Anak Pangeran mahupun Tan Sri mahupun Datuk yang miang macam dalam drama TV tu, no no.Meraka adalah Mr. JPA dan Mr.PTPTipu yang dah mengsponsor pembelajaran saya as architecture student selama di UKM ini.Wah bukan main tamak kau sampai hambek 2 sponsor!Nak buat macam mana semua berebut memilih Suehaily Mohd Jiwa,apa boleh buat.

Haih macam mana boleh dapat dua sugar daddy ni?Penat nak layan ouh.Tak mau lah cerita,kisah dia sangat panjang mau 3 pages kalau nak taip.Tapi syukur Alhamdulillah lah rezeki Allah dah bagi tak boleh nak tolak ye dak?After grad nanti kena bayar Ptptipu tanpa sebarang bayaran secara ansur-ansuran,saya terpaksa akur dan luhur!Mana nak cari duit ni,RM** 000 kena ganti balik kat Mr P without ansuran.Hayommaa!

Secara konklusinya,saya tak boleh nak membeli segala pekakas baru raya tahun ini demi saving duit untuk Mr. P yang tersayang!Final year ni terpaksa sedikit kemut kepada diri sendiri dan bijak berbelanja!Kawan-kawan tolong bantu Elly Suehaily untuk mengawal nafsu buas dari berjimba,bershopping sakan,bermakan sakan.Tolong tolong demi memulangkan wang Mr P!Mungkin dengan tindakan menclick iklan Nuffnang di sebelah ni mampu menambah kewangan Elly Suehaily yang tinggal berapa kerat je.So Do Click rakan-rakan.tsk tsk (-_-").Serious memang buat muka tembok merayu orang click.Sigh!


Selamat Menjalani Ibadah dalam bulan Ramadhan yang hampir berakhir ini!


p/s:Wah betapa poyo nye nak berjimat kannn.Padahal semalam baru usha handbag dengan nur afieza,verangan hari selasa ni mau sambar!Hampeh fieza kau pengaruhi aku!!hampeh!hampeh!

4 comments:

fiezafz said...

bukan selasa ni dah. it will be today. harem nak jimat konon. lepuk mau ka? HAHA

Suehaily Mohd Jiwa said...

HAHA.macam haremmm.kau ah ni pengaruh aku!pergh mendidih je wey

Hairil Rizal said...

Sheronotnya ada sugar daddy tu.. HEHE!

Saya kem roti bom sekeping dua boleh? Setidak-tidaknya boleh jimat belanja berbuka tu ek?

Suehaily Mohd Jiwa said...

abg hairil:wah ape yg seronok nye.kena byr balik kot kat sugar daddy mr p abes grad nanti.
haha kirim roti bom?tauke roti bom ape?