Friday, October 29

He's Just Not That Into You

The unexpected declaration of love,
The exception of the rule.
But sometimes we're so focused on finding our happy ending,
We don't learn how to read the signs.
How to tell the ones who want us from the ones who don't,
The ones will stay from the ones who will leave.
And maybe this happy ending doesn't include a wonderful guy.
Maybe it's you!

On your own picking up the pieces and starting over.
Freeing yourself up for something better in the future.
Maybe the happy ending is just moving on.
Or maybe the happy ending is this.
Knowing that through all the unreturned
phone calls and broken hearts
Through all the blunders and misread signals,
Through all of the pain and embarrassment.
You never ever gave up hope!

-He's Just Not That Into You-


Fevret couples He's Just Not Into You

Having supper Mamee Kari Xtra Pedas and Nescafe Neslo!Memang mantap sangat ah makanan tengah malam yang SUNGGUH berkhasiat sebelum memulakan malam-malam indah dengan kerjaan yang BERtimbunan.Terbaik dari ladang!Satu dengan wax ingredient,satu lagi dengan caffeine ingredient!Boleh mati dengan laju-laju macam ni kalau makan hari-hari dan secara tak langsung mendapat hadiah percuma penyakit barah dan penyakit ginjal.Nak mampos!(intonasi drama Ibu Mee Segera) pfffft!

Akan tetapi bebelan di atas not my point,the point is aku sekarang semakin pemalas!Sem ni memang gila kental,semangat semakin kurang,cengeng semakin kuat,keghairahan untuk product butter paper mendesign pun semakin hampa.Crit design jugak semakin rajin untuk SKIP.OMG!Apa sudah jadi ni!Sila berubah ah Elly!


MESTI RAJIN,PERLU RAJIN,HARUS RAJIN,OUGHT TO HARD WORK,NEED TO HARD WORK,MUST HARD WORK,EVERYTHING HARDWORK!WATSOEVA!GEGEH OKAY ELLY,GEGEH!

Lihat progress 3D library masih bergerak macam si kura-kura dalam cherita Sang Arnab dan Kura-kura!pffft.Lepas tu lihat di sana gambarajah di atas,aku sudah addict mentonton He's Just Not That Into You.Terbang di awangan tonton ini felem!




pee/ess:Oh diucapkan takziah kepada Jabatan Seni Binaku (JSB) atas musibah penculikan semua CPU di office JSB!Dammit!Macam mana nak accredate part 1 weh habis maklumat,info watsoeva sana dorang curik.Pencurik kau memang kejam tak hengat dunia.Licin 1 office CPU kau kebas!Mari kita sama-sama doakan supaya pencurik itu tumpas,tak ingat Tuhan kau ye!Kejammmmm *emo**

Wednesday, October 27

Tiada Tajuk

Satu pembohonganlah kalau hari-hari cakap nak lupakan.Susah,susah.Bulan ni dah terlampau banyak sangat makan hati.Oh aku macam lupa solat hajat dan solat istiharah tu perlu dibuat untuk tenangkan hati yang selalu bercelaru ini.Aku perlu lakukan untuk kembali mentenangkan hati.

Ya Allah Ya Tuhanku,kau tabahkanlah hati hambamu ini,sesungguhnya lebih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan untuk masa kini dan hadapan.T____T.*nanges lagi*.Memang nak kena tampar hari-hari!Tolonglah someone tampar aku,biar sedar sikit dari celaru tak tentu pasal.

Tuesday, October 26

Lucky Laki Laki Lucky

Oh,tiba-tiba mahu memainkan lagu ini secara pukal dalam playlist lepas baca entry Schazwany Hameed.Okay tergelak kejap tengok video dia dengan adik dia!Hampeh je dorang.

Makanya,akibat terpengaruh dengan entry beliau,mahu nyanyi secara pukal tak hengat dunia sambil membuat slide presentation Latihan Industri untuk esuk pagi dan kerjaan yang tak lain tak bukan mendesign mendesign mendesign mendesign Perpustakaan Masyarakat Community Library.

Vah vah vah,esuk mau goreng sesedap rasa present Latihan Industri.Selamat Maju Jaya diucapkan kepada tuan empunya blog ini.


Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Monday, October 25

Speechless

Kenapa susah untuk melupakan?Its easy to forgive than forget.Im sorry I just cant stop forget about you.Im sorry crying because of you again.Best of luck for your final tomorrow.
Lately hati saya terlampau fragile sangat!Cepat patah hati dan cengeng.


Boleh pergi jauh-jauh tak FRAGILE itu!
Boleh tak engkau bertukar kepada sifat bertungkus lumus dalam pelajaran!

Boleh tak engkau bertukar kepada sifat rajin buat design!



Blog ini saya buat untuk luahan hati,cerita,pemberitahuan
kepada diri sendiri

Feel free for any comments
Either good or bad
Jika ada sesiapa yang terasa terpulanglah
Im very offensive right now
Again Im Offensive person from now on!
Pengalaman banyak mengajar!
Jangan buat perkara yang saya boleh jadikan kamu musuh
Talk to the hand!
Jika kamu terlebih over

Just watch out!
Kerana saya akan balas 5 kali lebih hebat dari kamu
Ohya lupa,saya ada hak untuk berkata-kata di blog ini
Tidak akan marah mana-mana comment yang
tidak membina di dalam blog ini

Tetapi sekiranya comment di luar blog
Omong sama tangan gue
Cuma satu peringatan!
Im offensive from now on!

Friday, October 22

Selamat Tinggal Template Kesayangan


Akibat tangan gatal tak hengat dunia terclick classic template.Makanya template ini sudah menjadi putih suci bersih murni secara magiknya.HAHAHATUII.

Okay mood malas nak edit template.Biarkan dia putih suci murni dulu.Lepas submission baru ada hati mau kembali kepada template lama.Sayonara!


Mahu kembali ke pangkuan keluarga hari ini!!Raziqqqqq adik kesayangan,come to Along!

Iklan Keropok Mony Kegilaan Rakyat Malaysia

video

Okay aku tipu!Cakap mau stop blogging kan,itu semua kata-kata pendusta belaka,tak pernah benar-benar belaka.Sekarang dah addict nak menghadap blog,dia sekarang boyfriend aku paling disayangi.HAHA.


Heran betul apasal semua orang suka nak search iklan keropok mony ni.'Eventhough iklan ni tak produktif langsung.From the other way motif iklan ni sangat suksess,suksess!' kata-kata dari rakan baik Loo Chern Wah.Maksud Chern,iklan ni memang tak produktif langsung tapi dari segi nak tarik minat rakyat Malaysia search dalam internet memang berjaya langsung!

Iklan tak berproduktif,rakyat produktif!
(Ada kaitan ke tagline ni??!)


Apa sebab orang Malaysia ni tak habis-habis nak google iklan keropok mony hah??!Every week keywords keropok mony mesti ada sekelumit umat datang dekat blog naif ni cari itu punya iklan.HAHAHAKTUII

Aku kutuk-kutuk pun,everytime call raziq mesti mau dengar dia nyanyi lagu keropok mony.Bahana lah kau iklan keropok mony!Aku pun turut addict lagu kau!HAHA


pee/ess:Nak dekat-dekat exam ni barulah fakulti jadi meriah kan sebab semua pun baru sibuk-sibuk nak buat study group.Okay yang nak menghadapi exam next week Best of Luck!Selamat study,saya bulan 12 baru exam.TEHEE ;)

Thursday, October 21

10 Days To Go!



10 days to go for final project submission date!
Lagi 10 days aku baru siap yang ni saja
Massing dan floor plan

Ouh kiranya,aku perlu stop sekejap selama 10 hari berblogging dan berfacebookingEh tapikan aku agak tak puas hati lah statement sorang studiomate ni.Dia ingat design dia hebat sangat ah?Bajet aku nak tiru design dia?

'Eh floor plan kau macam aku punya lah'.'Kau pun buat ramp jugak macam aku??'

Wat the hell are you freaking mother.Typical thinking!Aku tak ada nak tiru design kau,aku buat based on apa yang lecturer crit okay,puas hati??Ingat kau hebat sangat design.Kau kipas lecturer pun aku tak heran.Aku sabar sekarang.Kau tunggu lah aku ishytihar perang dekat kau.Kau tunggu,kau tunggu!

Wednesday, October 20

My Best Ever Friend

Saya ada kawan nama dia Loo Chern Wah.Chern kau gila tau dak!Saya cakap dia gila sebab dia banyak gila influence benda-benda negatif especially ayat-ayat yang macam hell tak ingat dunia, freaking mother F*****,kanilau C****,kau diam boleh tak! (ni cakap sambil menjerit kuat-kuat dalam studio).HAHA.Teruk gila.Bukan dia yang influence,saya sendiri yang TER influence,sendiri tak mau mengaku diri yang terinfluence kann.

Even dalam banyak-banyak benda negatif dia influence tapi lagi banyak benda positif yang dia bagi saya.Dia banyak ajar erti sebuah persahabatan,erti kasih sayang,erti tanggungjawab,erti buat design dengan matured sekali dan lain-lain yang boleh buat nanges kalau nak list down.Ecewah ayat nak touching je kann.T____T *nanges 5 minit*

Kronologi perubahan muka Loo Chern Wah (mau gelak tanpa henti setengah jam!)

Sem 01 Year 02

DSC06393Kau percaya yang sweater hitam tu cakap kanilau c****

Sem 01 Year 02

DSC07293Okay aku nak gelak secara pukal tak boleh berhenti!adoiii chern you ahh!

Sem 02 Year 02

DSC02963

Okay ni serious muka penyangak Geng Kapak 2010!

Latest Sem 01 Year 03

chern wah

Sekarang muka sudah natural setelah 1 tahun lebih mencari-cari identiti yang sesuai untuk diri sendiri

Ni ayat dia yang sentiasa tersemat dalam hati saya,Eceh ayat nak novela lagi kann.

YOU AHHHH!

copyright by Loo chern Wah geng kapak 2010

You are best ever friend i have.*nanges touching habis!*

Bicara Manis Kepada Sketch Up

Hai sayangku sketch up

Kau kenapa hari ni menjadi lembut semacam

Hormon kau dah bertukar pondan apa?

Janganlah macam ni sayang,saya merana okay!

Tinggal lagi 5 jam lagi mau crit design esuk sayang

Sila bertukar kejantananmu sayang

I love you so much!

bertukar okay kejantananmu

love love love!

with love

elly suehaily

Tuesday, October 19

Perut Berkonsert Poker Face Lady Gaga

Tetiba pagi-pagi buta ni tengah syok buat working drawing yang MANUAL ni, perut mahu makan ini pulak.Hai lempang kang perut baru tau!!Mengidam makanan Nimscafe dekat sungai Ramal sana!Haiyyooo

Testing Windows Live Writer

First time guna WLW just testing saja.Okay sekarang boleh buat entry secara pukal tak payah nak susah-susah sign in blogspot.com lagi.Easy macam makan ice cream cornetto!HAHA

For more information sila refer JomPHP dan follow tutorial dia.

elly suehaily

pee/ess:Makin rajin lah buat entry macam ni sambil buat 3D skecth up kannn!KAHKAHKAH..

Sunday, October 17

OU Architectural Exhibition Update Laju-Laju

Aku sudah gembira.Hari ini gelak secara pukal tak berkadar langsung,hebat bukan?Semalam cengeng,hari ni cangang??HAHA.Apakah punya ayat ni!

Currently at One Utama for Architectural Exhibition!At first niat tak mau join set up booth exhibition ni sebab FLOOR PLAN aku tak solve lagi,apa mau crit pagi isnin kan kalau join.At last perasaan membuak-buak nak join set up plus dihasut budak junior ni aku aku terjoin dalam kancah konvoi ramai-ramai set up!DAMN!TERjoin lah pulak kan,esuk pagi mau crit design apa???!Okay crit butter paper kosong boleh, mencabar bukan!KAHKAHKAYUUU!Matilamak crit floor plan tak habis-habis lagi..

Sila jamah dengan selera gambar upload secara laju-laju di The Coffee Bean sambil mentunggu carpet exhibition dipasang abang-abang technician.


Jejak kaki terus terphsyco dengan booth school lain,wadefakulti.
Tak pa tak pa kau tak tengok lagi UKM kan..haha

Ahaks semua kaum wanita kan,,UKM aka Universiti Kurang Male,katanyaa..

Okek ada jugak kaum male,yang itu junior first year,kitorang panggil nabil tapi nama dia fadli sebab muka dia potostet nabil raja lawak!HAHA

Ini promoter window 7 tersohor di JSB junior Onny,dia comel!Sebelah tu site model 2nd year yang bakal menyohorkan nama Universiti Kurang Male.HAHA

Tu tak lain tak bukan UTM KL yang saja buat aku terphysco tak tentu pasal design booth dorang.Mantop mak cakap lu!

Sampai sini saja santapan pagi-pagi buta dari beta.Sekian.Gambar booth tak boleh upload lagi sebab tak set up lagi sebab still tengah tunggu carpet dipasang.Lambat gila pulak tunggu,,!@#$%^&.Bosan!Dengan itu sila proceed floor plan anda dulu.Adios!


pee/ess:Aku suka quote Macham Iz punya blog:In my yeadd, "Tak guna sayang orang yang tak sayang kau sepertimana kau sayang dia"..Loikee!

Saturday, October 16

Hati Pecah Macam Kaca

Pagi-pagi buta ni aku menangis teruk sangat!Baru aku sedar yang sebelum ni aku sayang dia sesuatu yang tak berguna.Maaf untuk entry ni ayat akan menjadi sangat teruk sebab dah tak mampu lagi berlagak pura-pura untuk luahkan perasaan yang kononnya aku boleh bertahan dan luahan yang kononnya boleh lagi selit gelak HAHA,KAHKAHKAH,pftt dalam kata-kata yang aku luahkan.

Sejak akhir-akhir ni,blog yang aku buat untuk menggembirakan hati dah berubah menjadi mensedihkan hati.Happy go lucky person bertukar moody person.Aku benci perubahan yang ketara ni.

Bercakap pasal dia,hari-hari aku akan update baca tumblr dia dan kesemuanya quote luahan hati yang dia luahkan buat dalam tumblr tu aku tahu dia refer kepada siapa.Seorang perempuan yang memang dia sayang sebelum aku.Memang first love susah nak lupa aku mengaku hal itu,sebab aku pun sama.Tak boleh nak salahkan sesiapa pun.Tapi first love tu dah lama masa berlalu,aku ni tak pernah ke dia nak ingat sikit pun?*Sedih,menangis lagi.

Memang masa kami mengenali hati budi masing-masing terlalu singkat,tapi aku tak tahu kenapa dalam masa yang singkat tu impact dia sangat besar,maksudnya impact aku nak lupakan dia
susah sampai sekarang.Dia antara lelaki yang baik dalam banyak-banyak lelaki yang aku pernah sayang,aku tak boleh nak tipu.Walaupun dia lelaki yang ego tapi ego dia aku rasa selesa walaupun kadang-kadang rasa sakit hati.Ego dia bertempat aku mengaku hal tu.

Sekarang aku dah sedar dan terlampau sedar,sejak aku baca tumblr dia,masa kami mengenali hati budi masing-masing yang singkat tu sangat tak bermakna pada dia.Kesemua update tumblr dan status dia memang aku sedar satu pun tak ada langsung refer kepada aku.Yang buat aku rasa nak menangis sangat quote dia

I can make everyone believe that “I don’t love u anymore”. But deep inside me, i found it so difficult to convince myself that it’s true.

Ini memang quote yang bukan refer kepada aku,aku memang sedar diri sangat.How come semua quote yang dia buat satu pun tak ada refer kepada aku?Memang sia-sia aku sayang dia selama ni.Lagi buat aku nak menangis habis-habisan pagi ni bila dia buat quote

"Sometimes i realize that most of my status is referring to u."

Memang dah terbukti dia memang tak ingat langsung pada aku,MOST OF MY STATUS IS REFERRING TO YOU.Ini bermaksud status dia memang berkaitan dengan perempuan yang dia sayang itu yang juga merangkap kawan aku.Dia masih lagi sayang perempuan itu.Aku tak salahkan dia untuk mengingati perempuan tersebut,itu hak dia.Okay aku kena menyerah kalah,tak berguna aku sayang dia sedangkan dia terlalu sayang perempuan itu.Full stop elly!

Full stop from stalking and thinking of him,Facebook,Tumblr and anything about him.I'll throw out far away.Thinking about him something damn useless thing.Tengok betapa poyonya aku bila hati dah remuk ada hati mau speaking lagi.Cannot go!

Sebelum ni aku punya bertahan bila ternampak ATAU terserempak dia.Tapi kali ni aku dah tak boleh tahan dan berpura-pura lagi.Aku kena elakkan diri dari dia,cara ni aku rasa paling berkesan nak hilangkan perasaan yang useless tu.Useless useless useless!Memang nampak tak professional tindakan aku ni,tapi tu saja cara paling terbaik boleh aku buat.

Hati aku dah terlampau remuk sangat.Bila fikir balik,tak ada guna aku sayang dia sampai sekarang tapi hati dia pada orang lain.It's useless elly,it's useless!Damn,pagi ini aku menangis teruk sambil buat working drawing secara manual.MANUAL OKAY!Dah lah line drawing ni halus nak mati,nak measure dimension dia punyalah kena bukak mata besar-besar.Macam mana nak bukak mata besar-besar kalau air mata turun macam hujan tak henti-henti!Be strong lah elly.Buang perasaan tu!

Esuk pagi aku harap aku dah boleh lupa dia dengan baik-baik.Aku dah tak mau pergi cari nahas baca tumblr dia yang aku sendiri akan sakit hati tak tentu pasal yang tak berguna sangat nak rasa sakit hati tu.Seperti yang dia bagi tahu aku

Tak payahlah nak bazirkan air mata tu (menangis sebab dia)

Aku bazirkan air mata untuk dia for the last time.Paling banyak air mata aku bazirkan kali ni!Lepas ni aku produce entry yang happy happy saja.Tak ada dah gloomy gloomy yang boleh buat mood aku sendiri hilang.**Promise pada diri sendiri.


Thanks to Mas 'Aqilah bagi aku semangat untuk tabahkan hati aku yang remuk ni.
Hugs and kiss babe!T__T




*produce working drawing sambil menangis tak boleh henti*
Sekarang aku mahu sayang pada working drawing yang tak siap-siap lagi.
T_____T

Friday, October 15

I Love Design


Ini tiada kaitan dengan manusia yang hidup
mahupun yang sudah meninggal dunia
Ia berkaitan dengan design
Sila beri kerjasama dengan baik otakku!
Saya mahu bebas dari kancah mendesign di UKM dengan secepatnya
Tidak sabar!
Pray for me friends

Trying to fall in love with my Community Library
♥♥♥♥♥♥♥♥

Thursday, October 14

Wanita Paling Disayangi

Hari ini genap 42 tahun wanita kesayangan saya mencapai jangka umur yang ideal.14 Oktober 1968 tarikh keramat ibu kesayangan dilahirkan.Phewiit boleh tambah lagi bilangan anak lah ibu.TEHEE

Norzaimah Yeop atau lebih dikenali Kak Zai oleh kejiranan rukun tetangga sangat popular dengan kepakaran menjahit yang begitu handal.Ayat nak panas je kann.HAHA.Ibu saya teror menjahit!Mana pernah kami sekeluarga memakai baju raya yang bukan hasil jahitan beliau.Pure dari ladang gituu.
pee/ess:
Sekiranya mahu membuat tempahan di Zaiwa Fesyen sila contact secara direct melalui anakanda beliau Suehaily Mohd Jiwa.Kualiti dijamin berehh!(HAHA,beruntung dapat anak yang begini!)

Ibu juga wanita yang paling handal memasak sambal tumis kesukaan seisi keluarga.Tak dak sapa boleh challenge ibu kesayangan.Chef Wan pun boleh melutut mintak ilmu tunjuk ajar.Walaupun sambal tu lauk paling simple tapi rasa dia tidak sesimple shida namanya.Sekali makan boleh tambah 10 pinggan nasi.

Selain itu,ibu jugak ada kepakaran yang istimewa yang tertentu seperti:

Menjadi model sambilan mempromosi buah naga di ladang buah naga Tok Sham

Seorang atlet rock climbing kategori family Encik Jiwa paling terhebat abad ini

Hebat kan ibu saya.Ibu kau ada??HAHA
..Ibu ada macam-macam ilmu terhandal abad ni.Tak dak sapa boleh tandingi kehandalan ibu terutamanya kehandalan mengasihi anak-anak.Terima Kasih ibu,atas segala pengorbanan yang ibu dah lakukan selama Along hidup di dunia ni.tsktsk *kesat air mata*

Ibu,anakanda yang jauh di perantauan Bangi ini nak mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-42.

Semoga ibu maintain cantik dan berseri-seri
Semoga kedai jahit ZAIWA Fesyen berkembang dengan majunya
Semoga ibu menjadi emak paling terhebat di dunia ini

I love you so much,IBU


Pagi-pagi yang indah sudah call ucap selamat hari jadi kepada ibu.Permintaan mengejut ibu, "ibu nak gelang emas boleh?"HAHA.Macam-macam ibu ni,tak apa tahun ni tak ada rezeki mau bagi emas berlian bertakhtakan intan.Tahun akan datang ada rezeki mungkin boleh.Tahun ni hadiah lain sikitlah ibu.TEHEE

Sunday, October 10

Sebab Hati Tak Tenang

Saya semacam dah gila sekarang.Bukan gila cinta,gila mau laju-laju habis belajar.Mood nak belajar tak ada sangat sekarang.Kenapa kita perlu belajar sebab itu sunnah.Ya itu sunnah,tapi pembelajaran saya sekarang dalam keadaan tak tenang dan sentiasa gelisah tak tentu pasal.pffft!Saya benci kalau perasaan ni wujud.

Sekarang sangat tenang bila dengar lagu Maher Zain,serious sangat sangat tenang.Sejak akhir-akhir ni saya betul-betul down gila nak belajar macam terpaksa dan dipaksa saja.Hari-hari masuk kelas pun tak ada semangat mahu dengar lecture.Apasal apasal??

Mungkin saya dah lama tak baca ayat-ayat suci Al-Quran.Itu yang buat hati lagi tak tenang.Lepas solat Maghrib tadi,baca ayat Al-Quran.Alhamdulillah,sudah tenang sikit.Mood nak belajar,nak buat design,nak buat working drawing dah kembali.

Esok lepas habis crit design,niat mau pergi beli tafsir Al-Quran.Dah lama tak baca tafsir Al-Quran.Saya dah lama tak baca ayat-ayat Al-Quran.Kadang-kadang macam dah terbelit nak baca ayat Al-Quran.Ada hikmahnya kenapa sekarang ni asyik hati tak tenang saja.pffftt!

Sekarang perut sudah berkeroncong lagu dondang sayang remix lagu Poker Face.Adalah lebih baik saya berhenti daripada bebel sorang-sorang tak tentu hala dalam blog serba naif ini.Mahu makan tom yam Zaba.Okay dengan ini saya mahu bergerak ke kolej kesayangan pergi menyerang tom yam.LAPAR LAPAR!

Saturday, October 9

Sekarang Hati Boleh Tenang Sedikit



Buat pertama kali saya nak publish cerita mengenai beliau dalam ini kancah blog.Ada certain entry saya buat mentuju kepada beliau.Yes mungkin beliau perasan,mungkin tak.Sapalah saya kalau nak di bandingkan dengan CHERYL COLE yang chantek lagi sedap suara dia.Cheryl Cole putih,saya gelap.Cheryl Cole suara sedap,saya suara mendatar-mendatar.Cheryl Cole tinggi,saya rendang.Eh apa ni?Terkeluar dari kancah cherita.HAHA abaikan.


Behind the story

Selepas peristiwa pahit bulan Mei lepas,hidup saya sentiasa diselubungi misteri detik-detik sedih wooh.Hari-hari mesti nak teringat beliau.Ketawa dalam Sedih.Lepas peristiwa tu,kadang-kadang bila sms,berfacebooking,berskype dengan beliau saya tekad tak mau ada hati dengan dia,niat kawan je kawan je.Gigih gila tekad ni.

Kegigihan tu lama-lama runtuh.Hati jiwang karat ni cepat betul cair dengan beliau.Bila sms dengan dia,dia guna ayat baik-baik sikit aku dah cair.Hape ni cepat sangat melt macam ais krim.Sedih!Saya tau dia tak ada niat dah nak bagi harapan pada saya,tapi niat tu saya sendiri yang wujudkan kononnya dia macam bagi harapan sikit.Sorry saya suka pikir lebih-lebihkan?Tak dak niat pun nak pikir lebih-lebih.Perasaan jiwang ni ha yang merasuk hati bagi tau kamu semacam ada niat bagi harapan.Ishh tampar kang!

Walaupun jangka masa selepas bulan Mei tu pahit nak telan tapi kena telan jugak,saya cuba tak nak contact dia,tanam gila niat.Tak mau tak mau tak mau!Tapi tangan ni gatal sangat ke hape tah pergi juga contact dia.Pergi jugak sms,facebooking,skyping.Orang tua memang selalu begini,degil tak ingat dunia.Kawan baik cakap 'jangan contact dia,nanti kau mesti sedih lepas tu kau mengharap lagi kat dia.'

Tengok apa dah jadi sekarang,sampai sekarang saya mengharap dia lagi.Sedih sampai nak berkata-kata lidah pun dah kelu.Saya try lagi nak lupa dia.Tindakan nak lupakan pergi buat-buat kerja yang betul-betul sibuk dengan kata lain mensibukkan diri,pergi berjimba dengan rakan-rakan,pergi tengok television di rumah sampai nak muntah (waktu practical dulu),tidur sepuas-puas hati (waktu practical dulu),mensibukkan diri dengan bergembira bersama family (waktu practical dulu) dan segala macam aktiviti yang berfaedah dan tak berfaedah saya buat nak lupakan dia.Tapi hasilnya?Sia-sia saja.pffttt!Hapa ni?Dia pakai ilmu apa?HAHA.Masa ni pulak nak salahkan dia.Padahal diri sendiri salah tak nampak.


Silent Action Is Begin

Bila dah masuk sem ni,saya sangatlah cuak nak berdepan dengan dia.Dahlah satu fakulti,satu kolej lagi.OMG!Apa ni semua apa ni semua??Cobaan..Dugaan sangat kuat!Pertama kali jejak kaki sem ni di studio,saya nampak beliau.Pfffft!Jantung ni kalau masa tu boleh jatuh atas lantai memang dah jatuh wa cakap lu.Nampak dia,buat-buat cool habis,berlagak macam dia kawan biasa.Saya berjaya buat muka cool habis waktu tegur dia,tapi tak tau lah kan kalau beliau perasan muka cool aku ni buat-buat!Sendiri malu lah wa cakap lu.

Bulan puasa tahun ni memang dugaan besar sikit (pada sayalah,beliau mungkin tidak).Kami dah betul-betul renggang dah.Memang tak dak nak contact macam kawan dah masa practical dulu.Tak ada dah nak sms,facebooking,skyping seumpama tu.Saya pun semacam dah rasa dia macam tak mau bagi harapan pada saya lagi.Mungkin,ni memang saya assume secara macam tepatlah kalau nak cakap.

Hari-hari yang ku lalui penuh dengan onak dan duri.(Ini ayat novela sangat!Abaikan HAHA!).Pergi mengaktifkan diri setiap hari dengan buat kerja yang memang aku rasa tak dak guna sangat,kerja yang hari-hari lecturer architecture kesayangan selalu sindir-sindir dalam studio.Kerja mengonline kan diri di facebook dan update dengan rajinnya blog.Tapi kerja studio dan assignment siap jugak,tak dak pun tertinggal walaupun hari-hari buat kerjaan tak berfaedah ni.(siap pada last minute,memang adventure,aku suka gila rushing-rushing nak buat kerja.Tapi sendiri meranalah kan T___T)

Atas sebab saya dengan dia belajar dalam sebumbung fakulti kejuruteraan dan alam bina,memang tipu kalau dalam seminggu tu tak ada nampak muka dia.Adventure sangat detik-detik nampak dia.Buat-buat cool tak nampak dia.Saya pun tau dia semacam buat-buat cool jugak bila nampak saya (maaf diri ini terlebih perasan sampai ke planet Zuhal).Kami ada sekali-sekali jugak bertembung di fakulti,tau dak apa respon dua-dua umat ni?Dua-dua angkat kening saja macam iklan cadbury dalam tv tu,sama-sama nampak lepas tu buat tak tau sama-sama (tapi aku berlagak cool macam tak nampak dia),tegur dengan hanya dua-tiga kerat patah perkataan.Ini semua boleh dinamakan aksi dugaan orang berlagak cool tapi diri sendiri yang merana.
Macam baru kenal je semalam dua-dua umat ni.pffft!

Okay tipu sangat kalau waktu-waktu online saya facebooking tak ada pergi tengok page dia.Hah kau memang cari nahas je,pergi jenguk-jenguk page dia.pfft!Satu hari dia ada post ayat serupa begini,
It's sad to see that we don't recognize each other anymore. Not because we grew up but because we grew apart.Apa ni semua??!Nak perasan ini status menuju pada diri ni atau tak.Okay cool,cool.Status ni random saja,mana ada kena mengena dengan kau.Perasan saja kann.T____T

Ingat senang pendam perasaan macam ni.Saya jenis susah nak pendam lama-lama.Tindakan post email pada dia nak bagi tau perasaan pura-pura cool saja ni tak menjadi.Tak boleh tahan,pendam lama-lama nanti mungkin boleh masuk hospital tampoi sana.Mana berani mahu jumpa dia cakap depan-depan.KAHKAHKAH!Saya tak berharap pun dia reply email tu.Tak dak sedetik pun harapan tu.Ini betul bukan bohong belaka.Cuma berharap dia baca email tu dengan baik-baik sudah cukup pada saya.

Hari ni hati dah boleh tenang macam setenang buaya di muara sungai.Tak ada dah nak pendam-pendam hati berlagak cool jumpa dia dalam UKM kelak.Tapi satu jelah,rasa macam nak bawak plastik sampah kaler hitam tu setiap masa waktu berlegar-legar dalam UKM ni,lepas tu nampak dia terus cover muka dengan plastik sampah hitam tu.Pffftt ingat tak malu kah kalau-kalau terserempak dengan dia.Ayat dalam email tu saya rasa semacam nak muntah saja bila baca balik.Mungkin dia pun boleh pitam baca ayat macam karangan BM Sijil Pelajaran Malaysia hasil nukilan daripada saya yang serba naif ni.

Sudahlah,cukup sampai sini.Saya boleh tersenyum lebar-lebar sekarang sambil buat project studio dengan baik-baik.Baju longgokan pun dah mencapai tahap setinggi gunung Himalaya Jepun sana.Adalah lebih baik pergi memberus baju dengan segera sekarang.


mahu senyum lebar-lebar macam ni dengan mata sepet sebelah setiap hari sekarang.HAHA



You,sorry publish cerita ni
And I tak akan publish post entry ni dekat facebook
If you're not comfortable please let me know
Dont worry tak ramai pun baca blog naif I ni



pee/ess:Hari ni rakan sestudio melangsungkan majlis pertunangan.Mahu pergi sangat memeriahkan majlis tapi memikirkan baju berlonggok ni ditambah pula kerja yang banyak tertangguh terpaksa batalkan hasrat murni.Aku janji majlis kahwin kau nanti aku datang okek,insyallah.Semoga kau dengan bakal tunang kau berbahagia tempuhi dugaan pasangan tunang kelak.Cehhh ayat touching gila!!HAHA

Gadis Malaysia Paling Obses Artis Korea

Kalau buat analisa tentang keobsesan gadis di Malaysia kebanyakannya memang obses dengan artis korea dan Jepun.Boleh kerat jari 80% gadis Malaysia sekarang gila meroyan tengok lelaki jambu korea menari dalam youtube.Cuba tengok kumpulan newboyz menari break dance dalam youtube,ada tak gadis sekarang meroyan macam tengok artis lelaki korea??Non ado!

Ini tetiba buang tabiat buat entry artis korea apa ni semua??!Sebabnya tadi kawan roomate datang bilik nak tengok movie sesama roomate.Mak aih dia punya obses hafal semua nama group member artis korea lelaki boleh sampai tahap PhD.Siap boleh sebut satu-satu nama member group kumpulan korea dekat aku.Super Junior,DBSK,SNDS,
2PM,2AM,10PM,12PM,11PM tah apa-apa lagi tah artis korea tak ingat.Memang tabik spring dengan dia.Dah PhD nama-nama artis korea.

Ingat dia sorang je boleh gebang hebat.Bak mai sini aku nak gebang tunjuk hebat sikit.Masa zaman muda matrik dulu kengkawan ramai gila obses artis lelaki korea.Aku pun terjebak jugak dalam kancah gila meroyan artis korea ni.HAHA.Time tu classmate matrik,Farahin obses gila dengan group DBSK.Dia punya pengaruh aku nak minat DBSK ni bukan main hebat lagi!


DBSK ni boleh cakap semua jambu-jambu belaka!Dulu aku minat yang paling kanan tu ha.Dah tak ingat apa nama dia tah


Lepas tu,zaman 2nd year pulak gejala meroyan Super Junior ni ha.Aku dengan Chern,studiomate siap menari-menari lagu Sorry Sorry time tension buat design pagi-pagi buta,pfft!


Masa preparation RUMI architectural workshop 2nd year pulak gila lagu Nobody group Wonder Girls ni.Paling cannot go,budak UIA buat performance Nobody.Best ouh!

Gadis-gadis seksi ni group Girl Generation femes lagu Gee Gee tu.Adik kesayangan raziq pun tau nyanyi lagu Gee ni okek.Siap boleh tiru gaya dance gedik-gedik dorang lagi


Tapi sekarang dah tak dak guna dah nak meroyan sama artis-artis korea ni.Main target aku sekarang mau meroyan sama design.Lebih mulia lagi kalau obses sama architect Renzo Piano ni hah!Ba Ro Kap Alif Ta,berkat sikit design community library aku ni ha.KAHKAHKAH


Ingat artis lelaki korea je jambu.Renzo Piano ni pun jambu jugak mak cakap noks!


pee/ess:Hape ni aku sempat lagi update blog.Update-update pun kerja mak tetap jalan tapi lambat sikit macam unta.HAHA

Thursday, October 7

My Life is Getting Worst

Hidup semakin dewasa semakin worst.Kalau dulu zaman sekolah rendah pinjam duit kawan RM2 hutang kejap semata-mata nak beli makanan mewah-mewah sikit dekat kantin memang dah sengsara nak bayar balik.Tapi sekarang kalau hutang RM2 pun kawan cakap 'ala tak payah bayar 2 ringgit je pun'.Kawan-kawan sekarang semua kaya-kaya.pfftt!

Tapi sekarang mana main dah hutang dengan kawan-kawan,tu semua hutang cikai-cikai tak adventure ah kann!Sekarang kita main hutang-hutang dengan polis dan universiti pulak.Ini baru dewasa wa cakap lu!Dewasa sangat kan tampar kang!

Minggu ini sudah merasai gila alam dewasa yang sangat worst.Makin dewasa makin berat tanggungjawab dia.Yes!Hutang sana sini,hutang polis,hutang universiti,hutang Ptptn,hutang ah long.Mana nak cekau duit bayar balik hutang ni.Kalau buat surat rayuan kahwin dengan anak Sultan Brunei agak-agak dia approve ke tak ni.Sighh!Sengal punya idea.


Menetap di Lembah Klang memang worst sangat.Polis sana sini ada,akibatnya saman dikenakan secara berleluasa.pffft!

Ditambah pula dengan mempunyai adik yang sungguh MULIA tingkah lakunya,membawa motor kapcai kakak dia di kawasan rumah,akhirnya inilah hadiah yang saya dapat.Terima kasih adik kesayangan!pfft


Ini pulak bahana menyimpan buku library di dalam studio tanpa kawalan yang ketat.Orang pinjam sana sini tak reti nak pulang,bahana dia saya yang merasa,pfffft lagi!


Dengan itu cara-cara untuk tangani masalah hutang piutang ini adalah:

-membuat surat rayuan kepada bapak polis kurangkan bayaran saman sebab masih lagi seorang pelajar yang innocent
-mencari buku di Basheer agar tekanan bayaran yang tinggi dapat dikurangkan
-membuat rayuan untuk berkahwin dengan anak Sultan Brunei
-abaikan kehilangan buku-buku library tu,bak kata Adian
-menjadi orang gila serta merta!


Kalau total up semua bayaran kena buat di atas boleh jadi RM2+++ okek!Wargghh di mana kan ku cari duit!Minta ibubapa sesekali tidak,nehiii!tsktsk.Ditambah pulak dengan duit nak bayar balik Ptptn.Boleh jadi gila mak nak bayar.


pee/ess:Operasi berjimat cermat bermula daripada hari ini.Tiada makanan mewah-mewah setiap hari-hari yang mendatang.tsktsk

Wednesday, October 6

Ramai Lagi Lelaki Baik Tapi Tapi..

Hari ni mood nak touching lebih-lebih sudah mai dah.Biasalah orang tua memang begini suka touching lebih-lebih tak hengat dunia.Tengok Drama Korea My Girl dalam studio pun boleh nangis habis,memang tak dak rasa malu betul.Budak studio nampak adegan nangis tersebut semua bantai gelak!Korang memang kan,haku nak feel lebih-lebih pun terbantut.Spoil,pfttt!

Kali ini entry saya dedicate kepada Kama Azida aka jiran-sebelah-bilik-dekat-matrik-perak-yang -selalu-datang-bilik-buat-bising-pastu-tanya-gossip-panas-pastu-ajak-makan-sesama-pastu-sambil-makan-sambil-mengumpat-memang-tak berkat-mengumpat-depan-makanan pfttt!Kama aku takkan lupa life kita dekat matrik dulu,aku ingat sangat.Rindu kann??

Sebelum tu Kama aku nak wish lagi HAPPY BELATED BIRTHDAY YANG KE-21!Ye aku lagi tua 4 bulan dari kau,tak payah nak gebang kau muda.HAHA.Birthday kau kali ini aku memang dapat rasa sedih gila sebab kau dah break up dengan dia.Eventhough aku tak kenal dia tapi dari cerita dekat blog kau,aku sangat paham.Sedih wey,rasa macam nak nangis tapi naluri keperempuanan aku tahan tak mau nangis kang kena gelak lagi dengan budak studio.Maluuuu!Be strong babe!

Fakta mengenai cinta perempuan yang sayang dekat lelaki idaman hatinya (eceh agak poyo di situ)

-setia kepada seorang lelaki bila dia jadi yang paling istimewa dalam hati,eceh!
-walaupun dah putus hubungan,susah sangat nak lupakan dia
-walaupun dah putus hubungan,masih berharap lelaki tu kembali pada dia
-walaupun kawan-kawan nasihat tak payah ingat dia tapi still jugak nak ingat (sebab sayang nasihat kawan pun tak nak ikut kannn, pffftt)


Malas nak rumus banyak-banyak sendiri baca pun dah penat apatah lagi orang lain.Fakta yang lain lu pikirlah sendiri!HAHA.Apa yang sebenarnya mak nak hujah adalah kepada kaum lelaki sayanglah perempuan yang anda sayang sebaik-baiknya.Jangan lah kalau dah break up dengan seorang perempuan tu cakap macam ni: "aku dah kata dulu,aku dengan kau memang tak serasi!Aku couple balik dengan kau pun sebab kesian je kau tau tak??"..Hati mana tak remuk kalau lelaki cakap macam ni.Pondan pun boleh nangis tau kalau lelaki idaman dia cakap macam ni.Sedih!

Memaafkan adalah mudah daripada melupakan,ini fakta bukan auta ;)



Yang ni Kama Azida,bukan yang baju pink tu la,yang baju hitam tu.Yang baju pink tu cousin dia merangkap classmate sekolah saya,kecik betul dunia ni.Kama comel okek,boleh add dia di facebook dan follow blog jugak,TEHEE.

Kan dah cakap Kama ni comel!Tengok muka dia ada iras-iras Wardiana Saffiyah pulak haku rasa.(jangan nak kembang pulak Kama,terkoyak seluar kang.HAHA)

mood impossible song by shontelle

pee/ess:Kama kau nak hadiah mini cooper ae.Nanti aku cari dekat kedai jual kereta mainan kalau-kalau ada MINI cooper ke tak.Nak bagi yang real punya aku sendiri pun tak ada kereta lagi babe.TEHEEE.



this entry also i dedicate to you,yes you!

eventhough,kita dah tak macam dulu lagi tapi
i still sayang you susah nak lupa,
eventhough kita sekarang dah tak bertegur sapa,
i pretend tak nampak you dekat fakulti,
i pretend macam tak kenal you kalau kita terserempak,
tapi dalam hati i tuhan je lah yang tahu you,
silent is better than talk too much
bukan sebab i benci you tapi
sebab apa pun i tak tahu.pffttt!

(sila menangis 6 baldi berani buat statement beranimati macam ni.KAHKAHKAH!)

Tuesday, October 5

Excited Buat Design Macam Tunggu Kucing Beranak

Sebelum memulakan malam-malam indah dengan menghadap butter paper dan meminum secawan kopi jantan nescafe gedegang yang ada kat luar studio ini adalah lebih baik saya mentulis beberapa patah ayat di sini untuk menghilangkan rasa kebosanan.Ewah banyak chantek muka kau tulis entry blog hilang bosan,mana teori dapat tah!


Setelah beberapa dekad hari idea nak buat design tak mencurah-curah seperti kokocrunch mencurah-curah ke ladang gandum akhirnya hari ini mak nak umumkan idea nak mengdesign dah mencurah-curah tak terkira sampai lidah kelu nak berkata-kata.HAHA.Excited weh macam menunggu kucing beranak.Ni semua moral support dan idea support dari Selvam a/l Panasami.Ewah hentam keromoh haku letak nama bapak dia.

Asal masuk sem baru je mesti idea nak buat design macam teyk kucing budak darjah 1 punya idea,spirit mendesign pun mesti tak dak hebat awal-awal sem ni.Ceh macam sebelum ni kau hebat design,poodah!Akibat dari moral support Selvam petang tadi,saya dengan ni berjanji akan menjadi best student dalam studio this year.ceh perasan sangat,habis tu best student LMS mana kau nak campak.Okek give up tak boleh nak beat LMS.HAHA.

Project ke-2 ni saya nak guna approch design Tropical Community Library.Eceh sungguh bergaya bunyi approach design saya kan,tampar kang!Mula-mula crit dengan studio master guna approch design malay traditional alih-alih sekarang guna approach tropical.Jauh panggang dari api okek.Ada mak kisah?HAHA



Something like this lah saya nak design,propose design timber material and shading devide gituu

Lepas tu shading device tu nak guna vertical plantation bagai kan.Very tropical gitu

Then something open space dan pokok tinggi gila vertical plantation wall gituu

Kau tunggu lah hari Khamis ni propose design bukan main lagi,kang tak pasal-pasal kena hentam habis kan.Padan muka sapa?Padan muka diri sendiri lah mau tanya lagi!Malam ni mau perah idea social issue design then tropical design study,biaq mulut studio master tak boleh argue design khamis ni bila social issue dah berada dalam genggaman tangan,kata Selvam.Eceh!



Rasa nak tampar je produce bubble diagram macam !@#$%^&**&*^ di atas.Kaler-kaler macam budak tadika.Kau hengat ni tadika kemas nak main kaler hentam keromoh!Budak first year punya bubble diagram pun better okek.Malu,terjun dalam tasik kejut sekarang!Sebelum kena hentam khamis ni adalah baiknya saya reject sendiri bubble diagaram ini.Sekian!



pee/ess:Kepada sesiapa yang tengah baca blog ni silalah buat amal jariah sedikit dengan menggerakkan cursor anda ke bahagian DO CLICK dan DO CLICK MORE dan IKLAN NUFFNANG pada bahagian header di atas dan click okek,50 kali pun boleh.Easy like ABC!HAHA.Excited weh tengok duit nuffnang naik every week macam tunggu kucing beranak excited dia,lagi sekali!Saya dah add iklan baru hari ni.HAHA

Monday, October 4

Artis Berkumpulan Melayu No 1 Di Hati

Currently song in playlist

Teristimewa,
Tamparan Wanita,
Trauma,
Andai Kau Pergi,
Sehidup Semati,
Cinta Gila,
Apa Saja Untukmu
Jangan Lafazkan
Oh Lala
Kerna Sayang

Masa umoq 7-8 tahun dulu memang menggila dengar lagu genre macam ni kat tv.Obses habis dekat lagu macam ni sampai berangan-angan nak kahwin dengan yusri masa kecik-kecik dulu!KAHKAHKAH.Kau ada??Elite,Indigo,Innuendo,Kru dan Juliana Banos (okek yang ni solo) semua genre lagu diorang memang tangkap leleh habis.I loikee!

Setangkap-tangkap leleh lagu diorang tapi kalau buat karok memang layan habis okek,zasss.Lagi-lagi lagu tamparan wanita, syok ouuuh karok dalam satu nafas.HAHA.Alang-alang tengah dengar lagu ni,buat lah kerja menggoogle gambar-gambar 90an diorang.Gaya macam orang tak ada kerja sangat kannn.Memang terkenang habis masa zaman kanak-kanak ribena dulu obses dengan KRU.KAHKAHKAH!


Nostalgia gilehh dressing KRU masa ni,remaja 90an gitu!Sekarang haku pulak yang remaja,rasa macam diri dah tua bangka pulak.HAHA


Style rambut Elite sepesen habis.Masa kecik-kecik mintak mak cik kedai gunting rambut potong macam kumpulan Elite hoccay,wadeyaa bajet artis masa kecik-kecik!

Tapi kalau mintak nak buat rambut merah menyala macam ni memang nak kena ketuk dengan kuali alamat dia.HAHA


Esuk,tulat minggu depan,tahun depan playlist lagu ni akan diulang semula sampai telinga dah penat nak dengar baru tukar lain.Oleh itu tammat sudah mengimbau masa zaman kanak-kanak ribena dulu.Sila menyambung pekerjaan yang tertangguh.Selamat maju jaya!

pee/ess:Kalau dulu kumpulan Boboy,Newboyz,Spin,Nana, pun femes jugak.Kau tak ada minat ka??KAHKAHKAH.Teeeett minat jugak tapi bila dah besar terasa bodo bendul boleh tangkap leleh lagu sejarah mungkin berulang.Sedih!!

Saturday, October 2

Klik Untuk Tumbesaran Berganda

Sedikit perubahan pada blog ellysuehaily.blogspot.com.Dengan mengklik gambar di bawah akan menjadi tumbesaran berganda atau nama lain Highslide Javascript Image.Tengs to Topex untuk info ini daripada Neo In Blog.

Hujung minggu ni lagi open house invitation by Sherry!Tengs Sherry for the invatation.Makanan semua superb,perut pun naik dengan superb nya.KAHKAHKAH.Nasi kambing golek (pernah dengar ke?HAHA) ,keow teow,ice cream,kebab,tom yam,cendol,satay,tapai, memang banyak kalau nak list down kat sini.Ni baru open house Sherry,kalau kahwin nanti lagi grand.Jangan lupa invite okek Sherry!


Farani,Elly,Huda,Sherry

Zara,Farani,Sherry,Elly

Umat manusia jakun tengok anggur.(wey malu kaum okek!HAHA)

Sherry's Open House

Balik KL semalam semata-mata untuk attend open house Sherry okek.(tipu di situ jangan percaya Sherry!)
.Selain attend open house Sherry,keinginan membuak-buak untuk ketemu raziq (kena highlight sikit),adik beradik dan ibu bapa juga perlu.HEHE


pee/ess:Hari ini masa untuk bekerja keras design secara bertungkus lumus.Esuk crit idea development,elevations dan sections.Hopefully berjaya siap overall idea.Amin!

Oh tidak,perubahan ini tak menjadi sebab format gambar bukan jpeg.Harap maaf.KAHKAHKAH