Tuesday, October 5

Excited Buat Design Macam Tunggu Kucing Beranak

Sebelum memulakan malam-malam indah dengan menghadap butter paper dan meminum secawan kopi jantan nescafe gedegang yang ada kat luar studio ini adalah lebih baik saya mentulis beberapa patah ayat di sini untuk menghilangkan rasa kebosanan.Ewah banyak chantek muka kau tulis entry blog hilang bosan,mana teori dapat tah!


Setelah beberapa dekad hari idea nak buat design tak mencurah-curah seperti kokocrunch mencurah-curah ke ladang gandum akhirnya hari ini mak nak umumkan idea nak mengdesign dah mencurah-curah tak terkira sampai lidah kelu nak berkata-kata.HAHA.Excited weh macam menunggu kucing beranak.Ni semua moral support dan idea support dari Selvam a/l Panasami.Ewah hentam keromoh haku letak nama bapak dia.

Asal masuk sem baru je mesti idea nak buat design macam teyk kucing budak darjah 1 punya idea,spirit mendesign pun mesti tak dak hebat awal-awal sem ni.Ceh macam sebelum ni kau hebat design,poodah!Akibat dari moral support Selvam petang tadi,saya dengan ni berjanji akan menjadi best student dalam studio this year.ceh perasan sangat,habis tu best student LMS mana kau nak campak.Okek give up tak boleh nak beat LMS.HAHA.

Project ke-2 ni saya nak guna approch design Tropical Community Library.Eceh sungguh bergaya bunyi approach design saya kan,tampar kang!Mula-mula crit dengan studio master guna approch design malay traditional alih-alih sekarang guna approach tropical.Jauh panggang dari api okek.Ada mak kisah?HAHA



Something like this lah saya nak design,propose design timber material and shading devide gituu

Lepas tu shading device tu nak guna vertical plantation bagai kan.Very tropical gitu

Then something open space dan pokok tinggi gila vertical plantation wall gituu

Kau tunggu lah hari Khamis ni propose design bukan main lagi,kang tak pasal-pasal kena hentam habis kan.Padan muka sapa?Padan muka diri sendiri lah mau tanya lagi!Malam ni mau perah idea social issue design then tropical design study,biaq mulut studio master tak boleh argue design khamis ni bila social issue dah berada dalam genggaman tangan,kata Selvam.Eceh!



Rasa nak tampar je produce bubble diagram macam !@#$%^&**&*^ di atas.Kaler-kaler macam budak tadika.Kau hengat ni tadika kemas nak main kaler hentam keromoh!Budak first year punya bubble diagram pun better okek.Malu,terjun dalam tasik kejut sekarang!Sebelum kena hentam khamis ni adalah baiknya saya reject sendiri bubble diagaram ini.Sekian!



pee/ess:Kepada sesiapa yang tengah baca blog ni silalah buat amal jariah sedikit dengan menggerakkan cursor anda ke bahagian DO CLICK dan DO CLICK MORE dan IKLAN NUFFNANG pada bahagian header di atas dan click okek,50 kali pun boleh.Easy like ABC!HAHA.Excited weh tengok duit nuffnang naik every week macam tunggu kucing beranak excited dia,lagi sekali!Saya dah add iklan baru hari ni.HAHA

2 comments:

hasrul hassan said...

wawii ... bangunan hijau .. bagus ni .. lagipun tanah pun dah mahal skang ni kalau nak beli

http://hasrulhassan.blogspot.com

Suehaily Mohd Jiwa said...

ye tanah skrng mahal,tapi ini design just utk study ja,xdak pun nak construct bagai ;)