Saturday, October 9

Gadis Malaysia Paling Obses Artis Korea

Kalau buat analisa tentang keobsesan gadis di Malaysia kebanyakannya memang obses dengan artis korea dan Jepun.Boleh kerat jari 80% gadis Malaysia sekarang gila meroyan tengok lelaki jambu korea menari dalam youtube.Cuba tengok kumpulan newboyz menari break dance dalam youtube,ada tak gadis sekarang meroyan macam tengok artis lelaki korea??Non ado!

Ini tetiba buang tabiat buat entry artis korea apa ni semua??!Sebabnya tadi kawan roomate datang bilik nak tengok movie sesama roomate.Mak aih dia punya obses hafal semua nama group member artis korea lelaki boleh sampai tahap PhD.Siap boleh sebut satu-satu nama member group kumpulan korea dekat aku.Super Junior,DBSK,SNDS,
2PM,2AM,10PM,12PM,11PM tah apa-apa lagi tah artis korea tak ingat.Memang tabik spring dengan dia.Dah PhD nama-nama artis korea.

Ingat dia sorang je boleh gebang hebat.Bak mai sini aku nak gebang tunjuk hebat sikit.Masa zaman muda matrik dulu kengkawan ramai gila obses artis lelaki korea.Aku pun terjebak jugak dalam kancah gila meroyan artis korea ni.HAHA.Time tu classmate matrik,Farahin obses gila dengan group DBSK.Dia punya pengaruh aku nak minat DBSK ni bukan main hebat lagi!


DBSK ni boleh cakap semua jambu-jambu belaka!Dulu aku minat yang paling kanan tu ha.Dah tak ingat apa nama dia tah


Lepas tu,zaman 2nd year pulak gejala meroyan Super Junior ni ha.Aku dengan Chern,studiomate siap menari-menari lagu Sorry Sorry time tension buat design pagi-pagi buta,pfft!


Masa preparation RUMI architectural workshop 2nd year pulak gila lagu Nobody group Wonder Girls ni.Paling cannot go,budak UIA buat performance Nobody.Best ouh!

Gadis-gadis seksi ni group Girl Generation femes lagu Gee Gee tu.Adik kesayangan raziq pun tau nyanyi lagu Gee ni okek.Siap boleh tiru gaya dance gedik-gedik dorang lagi


Tapi sekarang dah tak dak guna dah nak meroyan sama artis-artis korea ni.Main target aku sekarang mau meroyan sama design.Lebih mulia lagi kalau obses sama architect Renzo Piano ni hah!Ba Ro Kap Alif Ta,berkat sikit design community library aku ni ha.KAHKAHKAH


Ingat artis lelaki korea je jambu.Renzo Piano ni pun jambu jugak mak cakap noks!


pee/ess:Hape ni aku sempat lagi update blog.Update-update pun kerja mak tetap jalan tapi lambat sikit macam unta.HAHA

2 comments:

Hairil Rizal said...

Suka tgk citer Full House...
:)

Suehaily Mohd Jiwa said...

hehe..saya tak berapa sangat.lagi suka tengok my girl!