Saturday, October 16

Hati Pecah Macam Kaca

Pagi-pagi buta ni aku menangis teruk sangat!Baru aku sedar yang sebelum ni aku sayang dia sesuatu yang tak berguna.Maaf untuk entry ni ayat akan menjadi sangat teruk sebab dah tak mampu lagi berlagak pura-pura untuk luahkan perasaan yang kononnya aku boleh bertahan dan luahan yang kononnya boleh lagi selit gelak HAHA,KAHKAHKAH,pftt dalam kata-kata yang aku luahkan.

Sejak akhir-akhir ni,blog yang aku buat untuk menggembirakan hati dah berubah menjadi mensedihkan hati.Happy go lucky person bertukar moody person.Aku benci perubahan yang ketara ni.

Bercakap pasal dia,hari-hari aku akan update baca tumblr dia dan kesemuanya quote luahan hati yang dia luahkan buat dalam tumblr tu aku tahu dia refer kepada siapa.Seorang perempuan yang memang dia sayang sebelum aku.Memang first love susah nak lupa aku mengaku hal itu,sebab aku pun sama.Tak boleh nak salahkan sesiapa pun.Tapi first love tu dah lama masa berlalu,aku ni tak pernah ke dia nak ingat sikit pun?*Sedih,menangis lagi.

Memang masa kami mengenali hati budi masing-masing terlalu singkat,tapi aku tak tahu kenapa dalam masa yang singkat tu impact dia sangat besar,maksudnya impact aku nak lupakan dia
susah sampai sekarang.Dia antara lelaki yang baik dalam banyak-banyak lelaki yang aku pernah sayang,aku tak boleh nak tipu.Walaupun dia lelaki yang ego tapi ego dia aku rasa selesa walaupun kadang-kadang rasa sakit hati.Ego dia bertempat aku mengaku hal tu.

Sekarang aku dah sedar dan terlampau sedar,sejak aku baca tumblr dia,masa kami mengenali hati budi masing-masing yang singkat tu sangat tak bermakna pada dia.Kesemua update tumblr dan status dia memang aku sedar satu pun tak ada langsung refer kepada aku.Yang buat aku rasa nak menangis sangat quote dia

I can make everyone believe that “I don’t love u anymore”. But deep inside me, i found it so difficult to convince myself that it’s true.

Ini memang quote yang bukan refer kepada aku,aku memang sedar diri sangat.How come semua quote yang dia buat satu pun tak ada refer kepada aku?Memang sia-sia aku sayang dia selama ni.Lagi buat aku nak menangis habis-habisan pagi ni bila dia buat quote

"Sometimes i realize that most of my status is referring to u."

Memang dah terbukti dia memang tak ingat langsung pada aku,MOST OF MY STATUS IS REFERRING TO YOU.Ini bermaksud status dia memang berkaitan dengan perempuan yang dia sayang itu yang juga merangkap kawan aku.Dia masih lagi sayang perempuan itu.Aku tak salahkan dia untuk mengingati perempuan tersebut,itu hak dia.Okay aku kena menyerah kalah,tak berguna aku sayang dia sedangkan dia terlalu sayang perempuan itu.Full stop elly!

Full stop from stalking and thinking of him,Facebook,Tumblr and anything about him.I'll throw out far away.Thinking about him something damn useless thing.Tengok betapa poyonya aku bila hati dah remuk ada hati mau speaking lagi.Cannot go!

Sebelum ni aku punya bertahan bila ternampak ATAU terserempak dia.Tapi kali ni aku dah tak boleh tahan dan berpura-pura lagi.Aku kena elakkan diri dari dia,cara ni aku rasa paling berkesan nak hilangkan perasaan yang useless tu.Useless useless useless!Memang nampak tak professional tindakan aku ni,tapi tu saja cara paling terbaik boleh aku buat.

Hati aku dah terlampau remuk sangat.Bila fikir balik,tak ada guna aku sayang dia sampai sekarang tapi hati dia pada orang lain.It's useless elly,it's useless!Damn,pagi ini aku menangis teruk sambil buat working drawing secara manual.MANUAL OKAY!Dah lah line drawing ni halus nak mati,nak measure dimension dia punyalah kena bukak mata besar-besar.Macam mana nak bukak mata besar-besar kalau air mata turun macam hujan tak henti-henti!Be strong lah elly.Buang perasaan tu!

Esuk pagi aku harap aku dah boleh lupa dia dengan baik-baik.Aku dah tak mau pergi cari nahas baca tumblr dia yang aku sendiri akan sakit hati tak tentu pasal yang tak berguna sangat nak rasa sakit hati tu.Seperti yang dia bagi tahu aku

Tak payahlah nak bazirkan air mata tu (menangis sebab dia)

Aku bazirkan air mata untuk dia for the last time.Paling banyak air mata aku bazirkan kali ni!Lepas ni aku produce entry yang happy happy saja.Tak ada dah gloomy gloomy yang boleh buat mood aku sendiri hilang.**Promise pada diri sendiri.


Thanks to Mas 'Aqilah bagi aku semangat untuk tabahkan hati aku yang remuk ni.
Hugs and kiss babe!T__T




*produce working drawing sambil menangis tak boleh henti*
Sekarang aku mahu sayang pada working drawing yang tak siap-siap lagi.
T_____T

No comments: