Sunday, October 10

Sebab Hati Tak Tenang

Saya semacam dah gila sekarang.Bukan gila cinta,gila mau laju-laju habis belajar.Mood nak belajar tak ada sangat sekarang.Kenapa kita perlu belajar sebab itu sunnah.Ya itu sunnah,tapi pembelajaran saya sekarang dalam keadaan tak tenang dan sentiasa gelisah tak tentu pasal.pffft!Saya benci kalau perasaan ni wujud.

Sekarang sangat tenang bila dengar lagu Maher Zain,serious sangat sangat tenang.Sejak akhir-akhir ni saya betul-betul down gila nak belajar macam terpaksa dan dipaksa saja.Hari-hari masuk kelas pun tak ada semangat mahu dengar lecture.Apasal apasal??

Mungkin saya dah lama tak baca ayat-ayat suci Al-Quran.Itu yang buat hati lagi tak tenang.Lepas solat Maghrib tadi,baca ayat Al-Quran.Alhamdulillah,sudah tenang sikit.Mood nak belajar,nak buat design,nak buat working drawing dah kembali.

Esok lepas habis crit design,niat mau pergi beli tafsir Al-Quran.Dah lama tak baca tafsir Al-Quran.Saya dah lama tak baca ayat-ayat Al-Quran.Kadang-kadang macam dah terbelit nak baca ayat Al-Quran.Ada hikmahnya kenapa sekarang ni asyik hati tak tenang saja.pffftt!

Sekarang perut sudah berkeroncong lagu dondang sayang remix lagu Poker Face.Adalah lebih baik saya berhenti daripada bebel sorang-sorang tak tentu hala dalam blog serba naif ini.Mahu makan tom yam Zaba.Okay dengan ini saya mahu bergerak ke kolej kesayangan pergi menyerang tom yam.LAPAR LAPAR!