Saturday, October 9

Sekarang Hati Boleh Tenang Sedikit



Buat pertama kali saya nak publish cerita mengenai beliau dalam ini kancah blog.Ada certain entry saya buat mentuju kepada beliau.Yes mungkin beliau perasan,mungkin tak.Sapalah saya kalau nak di bandingkan dengan CHERYL COLE yang chantek lagi sedap suara dia.Cheryl Cole putih,saya gelap.Cheryl Cole suara sedap,saya suara mendatar-mendatar.Cheryl Cole tinggi,saya rendang.Eh apa ni?Terkeluar dari kancah cherita.HAHA abaikan.


Behind the story

Selepas peristiwa pahit bulan Mei lepas,hidup saya sentiasa diselubungi misteri detik-detik sedih wooh.Hari-hari mesti nak teringat beliau.Ketawa dalam Sedih.Lepas peristiwa tu,kadang-kadang bila sms,berfacebooking,berskype dengan beliau saya tekad tak mau ada hati dengan dia,niat kawan je kawan je.Gigih gila tekad ni.

Kegigihan tu lama-lama runtuh.Hati jiwang karat ni cepat betul cair dengan beliau.Bila sms dengan dia,dia guna ayat baik-baik sikit aku dah cair.Hape ni cepat sangat melt macam ais krim.Sedih!Saya tau dia tak ada niat dah nak bagi harapan pada saya,tapi niat tu saya sendiri yang wujudkan kononnya dia macam bagi harapan sikit.Sorry saya suka pikir lebih-lebihkan?Tak dak niat pun nak pikir lebih-lebih.Perasaan jiwang ni ha yang merasuk hati bagi tau kamu semacam ada niat bagi harapan.Ishh tampar kang!

Walaupun jangka masa selepas bulan Mei tu pahit nak telan tapi kena telan jugak,saya cuba tak nak contact dia,tanam gila niat.Tak mau tak mau tak mau!Tapi tangan ni gatal sangat ke hape tah pergi juga contact dia.Pergi jugak sms,facebooking,skyping.Orang tua memang selalu begini,degil tak ingat dunia.Kawan baik cakap 'jangan contact dia,nanti kau mesti sedih lepas tu kau mengharap lagi kat dia.'

Tengok apa dah jadi sekarang,sampai sekarang saya mengharap dia lagi.Sedih sampai nak berkata-kata lidah pun dah kelu.Saya try lagi nak lupa dia.Tindakan nak lupakan pergi buat-buat kerja yang betul-betul sibuk dengan kata lain mensibukkan diri,pergi berjimba dengan rakan-rakan,pergi tengok television di rumah sampai nak muntah (waktu practical dulu),tidur sepuas-puas hati (waktu practical dulu),mensibukkan diri dengan bergembira bersama family (waktu practical dulu) dan segala macam aktiviti yang berfaedah dan tak berfaedah saya buat nak lupakan dia.Tapi hasilnya?Sia-sia saja.pffttt!Hapa ni?Dia pakai ilmu apa?HAHA.Masa ni pulak nak salahkan dia.Padahal diri sendiri salah tak nampak.


Silent Action Is Begin

Bila dah masuk sem ni,saya sangatlah cuak nak berdepan dengan dia.Dahlah satu fakulti,satu kolej lagi.OMG!Apa ni semua apa ni semua??Cobaan..Dugaan sangat kuat!Pertama kali jejak kaki sem ni di studio,saya nampak beliau.Pfffft!Jantung ni kalau masa tu boleh jatuh atas lantai memang dah jatuh wa cakap lu.Nampak dia,buat-buat cool habis,berlagak macam dia kawan biasa.Saya berjaya buat muka cool habis waktu tegur dia,tapi tak tau lah kan kalau beliau perasan muka cool aku ni buat-buat!Sendiri malu lah wa cakap lu.

Bulan puasa tahun ni memang dugaan besar sikit (pada sayalah,beliau mungkin tidak).Kami dah betul-betul renggang dah.Memang tak dak nak contact macam kawan dah masa practical dulu.Tak ada dah nak sms,facebooking,skyping seumpama tu.Saya pun semacam dah rasa dia macam tak mau bagi harapan pada saya lagi.Mungkin,ni memang saya assume secara macam tepatlah kalau nak cakap.

Hari-hari yang ku lalui penuh dengan onak dan duri.(Ini ayat novela sangat!Abaikan HAHA!).Pergi mengaktifkan diri setiap hari dengan buat kerja yang memang aku rasa tak dak guna sangat,kerja yang hari-hari lecturer architecture kesayangan selalu sindir-sindir dalam studio.Kerja mengonline kan diri di facebook dan update dengan rajinnya blog.Tapi kerja studio dan assignment siap jugak,tak dak pun tertinggal walaupun hari-hari buat kerjaan tak berfaedah ni.(siap pada last minute,memang adventure,aku suka gila rushing-rushing nak buat kerja.Tapi sendiri meranalah kan T___T)

Atas sebab saya dengan dia belajar dalam sebumbung fakulti kejuruteraan dan alam bina,memang tipu kalau dalam seminggu tu tak ada nampak muka dia.Adventure sangat detik-detik nampak dia.Buat-buat cool tak nampak dia.Saya pun tau dia semacam buat-buat cool jugak bila nampak saya (maaf diri ini terlebih perasan sampai ke planet Zuhal).Kami ada sekali-sekali jugak bertembung di fakulti,tau dak apa respon dua-dua umat ni?Dua-dua angkat kening saja macam iklan cadbury dalam tv tu,sama-sama nampak lepas tu buat tak tau sama-sama (tapi aku berlagak cool macam tak nampak dia),tegur dengan hanya dua-tiga kerat patah perkataan.Ini semua boleh dinamakan aksi dugaan orang berlagak cool tapi diri sendiri yang merana.
Macam baru kenal je semalam dua-dua umat ni.pffft!

Okay tipu sangat kalau waktu-waktu online saya facebooking tak ada pergi tengok page dia.Hah kau memang cari nahas je,pergi jenguk-jenguk page dia.pfft!Satu hari dia ada post ayat serupa begini,
It's sad to see that we don't recognize each other anymore. Not because we grew up but because we grew apart.Apa ni semua??!Nak perasan ini status menuju pada diri ni atau tak.Okay cool,cool.Status ni random saja,mana ada kena mengena dengan kau.Perasan saja kann.T____T

Ingat senang pendam perasaan macam ni.Saya jenis susah nak pendam lama-lama.Tindakan post email pada dia nak bagi tau perasaan pura-pura cool saja ni tak menjadi.Tak boleh tahan,pendam lama-lama nanti mungkin boleh masuk hospital tampoi sana.Mana berani mahu jumpa dia cakap depan-depan.KAHKAHKAH!Saya tak berharap pun dia reply email tu.Tak dak sedetik pun harapan tu.Ini betul bukan bohong belaka.Cuma berharap dia baca email tu dengan baik-baik sudah cukup pada saya.

Hari ni hati dah boleh tenang macam setenang buaya di muara sungai.Tak ada dah nak pendam-pendam hati berlagak cool jumpa dia dalam UKM kelak.Tapi satu jelah,rasa macam nak bawak plastik sampah kaler hitam tu setiap masa waktu berlegar-legar dalam UKM ni,lepas tu nampak dia terus cover muka dengan plastik sampah hitam tu.Pffftt ingat tak malu kah kalau-kalau terserempak dengan dia.Ayat dalam email tu saya rasa semacam nak muntah saja bila baca balik.Mungkin dia pun boleh pitam baca ayat macam karangan BM Sijil Pelajaran Malaysia hasil nukilan daripada saya yang serba naif ni.

Sudahlah,cukup sampai sini.Saya boleh tersenyum lebar-lebar sekarang sambil buat project studio dengan baik-baik.Baju longgokan pun dah mencapai tahap setinggi gunung Himalaya Jepun sana.Adalah lebih baik pergi memberus baju dengan segera sekarang.


mahu senyum lebar-lebar macam ni dengan mata sepet sebelah setiap hari sekarang.HAHA



You,sorry publish cerita ni
And I tak akan publish post entry ni dekat facebook
If you're not comfortable please let me know
Dont worry tak ramai pun baca blog naif I ni



pee/ess:Hari ni rakan sestudio melangsungkan majlis pertunangan.Mahu pergi sangat memeriahkan majlis tapi memikirkan baju berlonggok ni ditambah pula kerja yang banyak tertangguh terpaksa batalkan hasrat murni.Aku janji majlis kahwin kau nanti aku datang okek,insyallah.Semoga kau dengan bakal tunang kau berbahagia tempuhi dugaan pasangan tunang kelak.Cehhh ayat touching gila!!HAHA

7 comments:

cik shazida said...

hehe. i loiiikkkkeeee this.
t.c darl. byk lagi laki2 hensem + jauh lg baik 4 u okay?

Suehaily Mohd Jiwa said...

haha..tengs darla
kau pun sama wey
p cari anak raja negeri mana2
nanti hidup boleh goyang akaki saja

azra wahab said...

i tau sape yg u maksudkn..anyways elly..relly hope that both of u make a rite decision...

Suehaily Mohd Jiwa said...

jera..no comment.aku berharap benda yg mustahil

azra wahab said...

if he is yours,dont worry..he will come 2 u...dont worry.just think positif okeh...

Suehaily Mohd Jiwa said...

haha,,no lah jera,tak mau pikir dah,,mau pikir capai cita2 lebih baik TEHEE ;)

azra wahab said...

then its good 4 u...
enjoy ur life..laki ni bkn die sorg je kt dunia..
=))