Thursday, October 14

Wanita Paling Disayangi

Hari ini genap 42 tahun wanita kesayangan saya mencapai jangka umur yang ideal.14 Oktober 1968 tarikh keramat ibu kesayangan dilahirkan.Phewiit boleh tambah lagi bilangan anak lah ibu.TEHEE

Norzaimah Yeop atau lebih dikenali Kak Zai oleh kejiranan rukun tetangga sangat popular dengan kepakaran menjahit yang begitu handal.Ayat nak panas je kann.HAHA.Ibu saya teror menjahit!Mana pernah kami sekeluarga memakai baju raya yang bukan hasil jahitan beliau.Pure dari ladang gituu.
pee/ess:
Sekiranya mahu membuat tempahan di Zaiwa Fesyen sila contact secara direct melalui anakanda beliau Suehaily Mohd Jiwa.Kualiti dijamin berehh!(HAHA,beruntung dapat anak yang begini!)

Ibu juga wanita yang paling handal memasak sambal tumis kesukaan seisi keluarga.Tak dak sapa boleh challenge ibu kesayangan.Chef Wan pun boleh melutut mintak ilmu tunjuk ajar.Walaupun sambal tu lauk paling simple tapi rasa dia tidak sesimple shida namanya.Sekali makan boleh tambah 10 pinggan nasi.

Selain itu,ibu jugak ada kepakaran yang istimewa yang tertentu seperti:

Menjadi model sambilan mempromosi buah naga di ladang buah naga Tok Sham

Seorang atlet rock climbing kategori family Encik Jiwa paling terhebat abad ini

Hebat kan ibu saya.Ibu kau ada??HAHA
..Ibu ada macam-macam ilmu terhandal abad ni.Tak dak sapa boleh tandingi kehandalan ibu terutamanya kehandalan mengasihi anak-anak.Terima Kasih ibu,atas segala pengorbanan yang ibu dah lakukan selama Along hidup di dunia ni.tsktsk *kesat air mata*

Ibu,anakanda yang jauh di perantauan Bangi ini nak mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-42.

Semoga ibu maintain cantik dan berseri-seri
Semoga kedai jahit ZAIWA Fesyen berkembang dengan majunya
Semoga ibu menjadi emak paling terhebat di dunia ini

I love you so much,IBU


Pagi-pagi yang indah sudah call ucap selamat hari jadi kepada ibu.Permintaan mengejut ibu, "ibu nak gelang emas boleh?"HAHA.Macam-macam ibu ni,tak apa tahun ni tak ada rezeki mau bagi emas berlian bertakhtakan intan.Tahun akan datang ada rezeki mungkin boleh.Tahun ni hadiah lain sikitlah ibu.TEHEE

3 comments:

cik shazida said...

ibu!!!!!! hepi besday!!!!!!! haha
kim slm ibu weyh..

Hairil Rizal said...

Ibu.. ibu mertuaku?

HAHAHA..memain jelah.

Happy Besday utk ibu Elly ya.
Jaga dia baik-baik ok. Yerr..dari jauh pun boleh jaga dia baik baik. Believe me!

Suehaily Mohd Jiwa said...

kama:owkey,insyallah
abg hairil:haha,,dari jauh la sgt kan.rumah KL sajo,,saja gedik buat ayat di perantauan