Sunday, November 28

Interior Design Untuk Raziq Adik Kesayangan

Tajuk cannot go sangat!Bajet kau dah jadi interior designer ah boleh buat private space untuk adik kesayangan sendiri.pfftt.Tak tak, actually saya sedang memproduce design Interior Design for Children Space bagi final project library lepas which is project minor semestar ni.

Idea asal ID ni adalah inspirasi dari adik kesayangan raziq,sambil design sambil tengok gambar raziq,sambil design sambil tengok gambar raziq.So client ID ni adalah kepunyaan raziq sorang jah,budak-budak lain tak boleh masuk ini space children!(overrrrr gila aku weh)

Gambarajah di bawah sekadar teaser saja,tak complete sepenuhnya lagi design ni.Kelak dah scomplete design bakal di upload secara pukal lagi.Kalau saya upload perspective yang dah ber'render' dan ber'color' insyallah bakal mendapat kritikan hebat dari mana-mana pihak tertentu T__T.Especially pihak-pihak senior seperti Adian,Kak Farah mahupun Kak Alyaa <--3 orang ni taiko ID plus rendering whooo,tabik spring sikit ah!)



Not good not good punya design


Inspirasi hidupku.Ececeh aku lempang kang!

Ini lah dia budak yang jadi inspirasi ID di atas.Itu hanya kenyataan palsu saja,tiada yang benar-benar belaka.pfft!Raziq sekarang dah pandai cakap banyak dan cakap secara berulang-ulang sampai penat nak menjawab!

adik:"Along kat mana,along kat mana,along kat mana"
kakak:"Along dekat UKM,along dekat UKM,along dekat UKMMM"


Satu pencapaian yang mengembirakan weh untuk adik kesayangan yang dah masuk 3 tahun 2 bulan ini.TEHEE.

Saturday, November 27

Lagu Ulangan Secara Pukal Untuk Minggu Ini





Akibat suka sangat video wedding Razif & Shahnim entry lepas, sekarang dah terlampau obses pulak dengan lagu ini.Repeat secara pukal tanpa membosankan dalam playlist.pffffttt!


All Mine-Sarah Vonderhaar

C
ause you’re
So sweet so fine
All mine all mine
Your kisses are so good sublime
And you are all mine

Do do do do do
Do do do do do

I hear symphonies in cell phone rings
And angels in the way you sing
So softly as you whisper in my ear



suka hairstyle Sarah!♥♥

Friday, November 26

Lelaki Utara Cakap Mencayaqkan!

Mahu tahu aku suka dengar orang utara cakap.Lagi-lagilah kalau orang PENANG!Lagi-lagi-lagi yang cakap pekat.Kalau balik kampung Penang dekatt Sungai Dua tu mesti wajib sakat COUSIN KANAK-KANAK.TAKSUB GILA dengar loghat orang penang cakap weh.

Mendera COUSINS KANAK-KANAK repeat cakap utara 3 -4 kali ayat dia.Kalau aku kejam dah lama aku suruh diorang repeat 10-15 kali biaq sampai berbuih hijau ayaq liuq.HAHA.Kau bayangkan lah budak kecik cakap utara pekat memang comel okek(<-- aku sorang je la yang rasa kot!HAHA).Ada macam jakun jah aku punya perangai macam tak pernah dengar orang cakap utara kannn.??!!pffft Kalau boleh aku memang nak cari husband orang utara weh,lagi-lagi penang.Hari-hari boleh suruh kekasih hati tersebut repeat cakap utara setiap setengah jam.HAHA.Pehhh luluh,cayaq,melt jantung wohhh!!haha.Sudah aku mahu berhenti membebel.Lebih baik tengok video di bawah ni,ada faedahnya.


Sweet tak diorang??Credit to Kak Alyaa untuk video ni.Sukaaaa sangat.RARE!


Ada rasa macam nak kahwin je sekarang ni weh!Sana sini tayang video kahwin yang sweet,tayang gambaq kahwin,tayang filem kahwin, tayang filem 2 alam tah apa-apa lagi la nak tayang kan.Kahwin kahwin kahwin!Mencabar keimanan betul.Gatai nooo gatai nooo hang ni lempang kang baru tahu!TEHEE.Eceeeewah mengada-ngada sangat haku kann!


pee/ess:COUSIN KANAK-KANAK tu sengaja highlight sebab nak bagi tau aku ni cucu paling sulung.Dua-dua belah mak ayah pulak tu jadi cucu-sulung.Moral down gila bila balik kampung memang terasa diri begitu tua sebab cousins semuanyaa kana-kanak.pffttt!Aku dah tua boleh kahwin dah ooii

Wednesday, November 24

Nota Cinta Kita

Yayangku,dah lama kita abaikan kamu.Hari ni kita rasa macam nak demam lah.Dah berapa hari tak menikmati katil empuk di bilik.Kita tengah sibuk upgrade board project library.Kita tak upgrade board tapi kita totally ubah board tu.Penat lah yayang!Mata asyik mengadap laptop je tak henti-henti.

Untuk minggu mendatang ni kita mungkin tak dapat nak borak lama-lama dengan yayang tau.Banyak benda kita nak settle kan,submission upgrade board library,interior design children space,assignment berlonggok-longokkan,measured drawing lagi dan FINAL EXAM!Doa kan kita boleh teruskan kehidupan architecture yang sangat suck sangat bahagia ni tau yayang sampai final exam nanti.

Sumpah lepas ni kita dah beranak,kita akan melarang anak-anak kita ambil architecture.Jangka hayat hidup anak kita boleh pendek nanti kesian dia!T___T

pee/ess:Kita curik-curik masa borak-borak dengan yayang tau walaupun tengah rush gila kejar masa nak siapkan board lepas tu tengah malam ni nak print dekat Serdang.Tengok betapa kita sayang dekat kamu yayang!HAHAHA!

Ouh ini NOTA CINTA KITA yang mengaaaaaadddaaa-ngada sangat

Thursday, November 18

Wishlist Keluarga Kepada Anak Sulung

Peringatan:Ini entry sedih sila sediakan tissue paper sekotak.Cumpulsory terutamanya kepada penulis blog!




Bapa

Ayah tak minta banyak pun,Mercz Kompressor bagi dekat ayah pun okay dah

Emak
Ibu tak minta pun anak-anak ibu banyak.
Cukup kalau along beli rumah sebijik untuk ibu je pun dah cukup.


Angah
Along nanti kau bagi angah kerete sebijik bila kau dah kaya nanti!

Syaidy
Along kau nanti kerja beli handphone canggih sikit ah.
Iphone ke bagi dekat aku ah bila kau dah kerja.

Abang si kembar
Along kau kan banyak duit,kau kena belanja abang selalu.

Adik si kembar
Along,dulu kau cakap kalau kitorang tak hisap rokok kau bagi kitorang seribu ringggit kan!
Jangan lupa bagi!


Raziq si kecik
Longgggg,keropok mony!


Pengsan 10 hari wishlist ahli keluarga Encik Mohd Jiwa kepada anak sulung beliau.Nasib baik raziq si adik kecik teror cakap keropok mony saja.Kalau dia tahu cakap Volkwagen GTI!Berkurang ketinggian kakak kau tahu.tsktsk T__T

Inilah punca mengapa diri ini masih berada di UKM walaupun rakan-rakan lain hari ni ramai pulang ke kampung halaman,mereka seronok-seronok bercuti di rumah.Weh sedih weh aku tinggal sensorang malam ni kat bilik sambil berbakti buat kerjaan.Kononnya!T__T

Pehhh.Dengan ini saya berjanji perlu rajin secara gigih!Engkau sekarang segera melakukan semua kerjaan yang bertimbun itu.Gigih gigih!Tengok tengok 7 wishlist di atas sangat menggerunkan.Nightmare hari-hari mahu laksanakan.

One more thing,salah satu sebab saya belajar rajin-rajin di UKM ni kerana saya sayang keluarga saya!

Kami penchenta biru!KAHKAHKAH
(tak ada modal gambar keluarga,gambar raya jugak menjadi bedalan.pffttt!)


pee/ess:Nampaknya entry ni sangat sedih untuk aku sorang saja.Sedih!Doraemon sila munculkan diri anda.Anda diperlukan waktu-waktu genting begini.

Sunday, November 14

Tommorow Can Be To Late

If you're mad with someone and nobody's there to fix the situation.You fix it. Maybe today, that person still wants to be your friend. And if u doesn't, tomorrow can be too late.

If you're in love with somebody,but that person doesn't know,tell her/him. Maybe today,that person is also in love with you. And if you don't say it, tomorrow can be too late.

If you still love a person that you think has forgotten you,tell her/him. Maybe that person has always loved you. And if you don't tell her/him today, tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend,ask her/him for it.Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.

If you really have friends who you appreciate,tell them.Maybe they appreciate you as well. That if you don't and they leave or go far away today, tomorrow can be too late.

If you love your parents, and never had the chance to show them,do it. Maybe you have them there to show them how you feel. That if you don't and they leave today, and then tomorrow can be too late.

Read this today,because tomorrow can be too late.


credit to putri hafizatul for the email,love it.


pee/ess:I'll never do no 2 and no 3,keep it silent
maybe better weh untuk masa sekarang ni.Chill ;)

Riefa Ififi's Sister Wedding

Semalam bersamaan Sabtu 13 November berlangsunglah majlis perkahwinan kakak rakan sestudioku Riefa Ififi (nama facebook weh!) Iffa sudey!!Ayat first rasa macam nak kena pelempang macam orang nak bagi ucapan berkempen jah.Majlis berlangsung di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Okay mangsa driver sapa lagi kalau tak aku kan yang jadi mangsa dia.Pehhh korang korang yang ada lesen tak mau drive kann.Lempang kang baru tahu.Lepas ni aku dah retired jadi driver weh.Tak mau dah drive.KAHKAHKAH.Demand weh budak ni pffft!

Akibat sifat pemalas untuk mentaip membuak-buak,sila rujuk gambarajah di bawah saja.


Pehh ada skrin besar weh dalam dewan makan.Semua boleh tengok kakak Iffa yang lawa itu

Abang ipar Iffa ni ramai adik beradik lelaki weh katanya.Apa lagi Iffa rekemen weh aku kat diorang sementara aku masih available ni.HAHA

Yang tudung putih tu apajadah nya semua tu??Behave weh,behave!Orang ramai tengah tengok

Ini pose wajib di mana-mana apabila ada keramaian ye.Harap maaf kami tak behave secara baik di atas pelamin.HAHA

Okay tak dapat tangkap gambar dengan pengantin,dengan adik pengantin pun jadi weh!Ini lah Iffa si cantik manis.Not available at all!

Gambar si pipi buncit bersama adik pengantik.Both of them not available okay!

Ceh tetiba ada seketul mawar merah kan!Motif sangat nak letak (padahal aku nak show off capture gambar ni dengan chanteknya.HAHA)


Sekian sahaja peragaan gambar-gambar majlis keramaian kenduri kahwin kakak Riefa Ififi (nak jugak letak nama facebook dia).Semoga kita bertemu lagi wahai yayang (officially name untuk blog aku.HAHA).Saya mahu meneruskan semangat juang melakukan assignment yang dah tertunggak banyaknya.Adios didos!

Friday, November 12

Tagging Tenggo

First time weh main tagging tenggo ni.Aku tak berapa nak minat sangat tagging thingy ni tapi kalau dah kena tag mesti buat la weh,,appreciate weh KAMA kau tag aku!Sila nanges 12 baldi


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
bende?..
laptop,handphone dan ic!!

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan

duit korang sendiri?
handphone,baju,seluaq,tudung,makanan,duit minyak motor boleh cakap almost everything masa belajar kat UKM ni pakai duit sendiri lah weh aka duit sugar daddy JPA.haha

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
di hutan belantara dengan konsepnya sustainable gitu weehh,very the architecture!pfftt!

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
tak bercinta tapi sedang angau dilamun cinta,but then i still cant forget him weh T__T.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
SAMPAI MATI. once i love u, please. be here. u r my everything.

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
ikut la kalau rindu p jumpa dia

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
uniform building by law.pehh dah 3rd year mesti baca buku ni

8. Apakah nama penuh korang?
Suehaily binti Mohd Jiwa bin Khairi

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
mestilah ibu lagi mesra dan ngam gituuu,,ayah pun mesra tapi tak berapa nak kongsi cerita hottt

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
sama macam KAMA.future husband!

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
weh mesti lah!basuh manual lagi guna tangan!

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Makkah

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk!nak peluk semua ahli keluarga sekarang

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
Kama Azida:she adorable,pretty,bising!


15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
Allah swt
Rasulullah saw
family
friends
lelaki yang mencintai saya (hamboiii jiwang kau ye!)

16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
thinking of you-kate perry
ku bukan aku-tilu
this i promise you-n sync
di pintu syurga-kru & elite
lucky-jason mraz


17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang

sambut tahun lepas?
9 Julai 1989 dan di rumah terchenta bersama keluarga terchenta!

18. 5 orang blogger yang korang nk tag
Nur Afieza Azmi
Farah Diana Hilmi
Hazrina Erin
Azra Wahab
Iecka Syafiqa

(hambek kau aku tag semua yang suka main tag)

19. Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
ELEH kena cerita ke weh!??Dia best friend aku,suka ngada-ngada,suka FARID,suka wedges,suka diet,suka membebel,suka suka suka suka hati aku lah nak cakap kau apa pun!haha

Okay KAMA kau boleh tersenyum lebar.Aku dah berjaya buat tag thingy ni weh!!


pee/ess:Pagi ni mau pergi wedding kakak iffa!Perghhh mari kita bergaya habis ini hari!!Phewwittt gadis gitu!

Thursday, November 11

Typical Architecture Student is ME

Dammit dammit!Sudah tersedar dari lamunan tidur yang lena hanya 6 jam saja??!pff.Tak cukup qada' lagi ni tidur.Mana boleh 8 hari tidur 2-3 jam saja kena calculate ni 8 hari x 3 jam=24jam okay!Patut qada' tidur 1 hari ni.HAHA.Dah jadi zombi kampung pisang dah mata aku sekarang.

1.Sedar dari lamunan tidur,baru aku teringat dah seharian tak mandi semalam akibat semangat gigih punya pasal mensiapkan board presentation semalam seharian dalam studio.pffftt.Ni dah menjatuhkan saham kegadisan aku ni.Apadahal budak archi kalau sehari sebelum submission tak mandi normal lah weh!Tak jadi normallah kau kalau sehari sebelum submission boleh mandi 3 kali sehari!Memang kau bukan budak archi!(ceh statement nak mencover diri sendiri busuk tak mandi kan,pooodddahh!)

2.Bangun tidur aku terus menkerjakan aktiviti mandi-manda di shower kolej kediaman pendeta zabaku selama satu jam.Walawehhhh tu dia punya lama mandi untuk menghilangkan daki-daki kepenatan membanting tulang semalaman.AKU LEMAS DALAM SHOWER TADI TAU DAK!!pffftt orang lemas dalam pool,kau pulak lemas dalam shower.HAHA.Telinga aku tersumbat air weh,pekak dah jadi buat aktiviti kuak lentang dengan kupu-kupu sebab shampoo rambut 2 kali,bilas badan 2 kali dengan sabun kegemaran,shokutbutsu orange!Ni betul-betul qada mandi ni.HAHA

3.Selesai mandi mari mulakan malam yang segar dengan secawan susu dutch lady chocolate dan beberapa keping roti gardenia butterscotch.Oleh itu malam anda akan indah-indah belaka!Choooii mak tak tipu okay,segar bugar dah ni siap terus update blog lagi hoccay!

4.Mari list down pekerjaan yang tidak langsai lagi hutang dia dengan kata assignment yang terbentang luas dengan banyaknya ditangguhkan

-working drawing projek tasik Cini Puan Akmal (ini sebulan dah lama tak siap-siap jugak!)
-assignment amalan professional (next week nak present ni.hapa pun tak buat lagi)
-report teori seni bina yang dah lepas due date submission dia (bakal submit sehari sebelum exam report ni.HAHA)
-assignnmet structure Prof Fauzi yang dah lama bagi tak buat-buat,pfftt
-report amali Ukur Tanah tak buat-buat lagi
-terakhir UPGRADE BOARD PRESENTATION dalam 2 minggu ni

5.Tudia 5 kerja aku tak siap-siap lagi,semua tu banyak punya kerja hoccay bukan kerja ciput-ciput je tau dakk!Habis je present tadi aku dah rasa nak pitam dah.Lepas habis kena bantai dengan lecture siang tadi terus aku berlalu pergi dengan jayanya pulang ke bilik dari presentation session tu tanpa menghiraukan rakan-rakan lain.Balik tidur lah apa lagi!Wa tak kira dah,mau pitam tadi lepas present wehhh!!Rasa nak demam weh sekarang T____T

6.Dan sekarang aku rasa macam nak continue tidoq lagi jah.Mata aku dah macam zombie kampung pisang dah ni.Eh tapi bukan no 3 di atas cakap sudah segar bugar ka??HAHA tu semua propa saja.Tiada yang benar-benar belaka.Tapi sebelum tu aku mau godek-godek movie yang berlonggokkan dalam external ni kejap.Lepas tu baru tidoq dengan puasnya sampai esuk pagi.


Okay Gud Night semua.Selamat berishtirehat kepada aku




pee/ess:Esuk budak tu exam last paper.Anyway Gud Luck awak!Best of luck awak.Wehhh aku dah angau dengan dialah sekarang.Sila lempang akuuuuuuuuuuuuuu!!haha

Mahu Tidur Dengan Baik-Baik

Habis sudey major presentation project community libarary!Mahu TIDUR!.Tak cukup tidur selama 8 hari.Aku semacam rasa mahu jadi gila sikit dan sedikit rasa tak sedap badan.Siapkan 3D,CAD drawing secara laju-laju demi untuk final presentation.Tapi apa aku dapat??!The worst presentation pernah aku buat!

Product design pun worst sangat akibat skip crit session dengan studio master saat-saat genting kann.Product design pun mencapai level yang sangat GENTING rasanya!Dammit!Dammit!Board presentation kena conteng-conteng.Kena reprint balik,Yeah yeahh!Padan muka elly sapa suruh skip crit design kan dah banyak kena conteng.Yeah yeahhh!

Dengan ini aku ishytiharkan aku mahu tidur,sekali lagi diulangi MAHU TIDUR!Dah berapa hari tak cukup tidur.Asyik stay fakulti dengan studio sampai diri sendiri punya badan dah macam ikan kering masak gulai aku rasa.pfttt!

Ohya sebelum tu jutaan thank you (
"beauty queen never say thanks. they say thank you." - Miss Congeniality-status facebook Adian.HAHA) kepada Kak Iman dan Kak Dayah kerna membanting tulang memjayakan drawing saya.Thank you tau,nanti kita belanja.Jangan lupa tuntut .HAHA.




3D model yang naif,pfftt!

Ni kan lagi naif tanpa rendering.Tak sempat wehh!



pee/ess:Kalau malam ni class ukur tanah jadi,confrim aku ponteng dengan menghabiskan masa mengqada tidur 8 hari!HAHA.Gud night semua,not feeling well right now.Hello katil!

Tuesday, November 9

5.28 Pagi Yang Begitu Hening Bangat




Taktala jam menunjukkan 5.28 pagi ini aku berada di fakulti terchenta sedang berada dalam keadaan resah gelisah macam ayam tengah berak kapur di tengah-tengah bandar menyiapkan segala macam drawing,board,detail,sketch up untuk submission major project esuk hari.Warggggghhh,mau nangis 12 baldi,banyak lagi tak siap.Detail tak siap lagi weh!!!

Ya Allah,kau bantu lah hambamu permudahkan pekerjaannya,Amin!
Wish me luck kawan-kawan!

Friday, November 5

Jumaat Yang Suram Suriram

Kepada blog kesayangan,sorry saya dah lama tak dating dengan awak sebab sedang mood workaholic menyiapkan design community library dan assignment.Sorry ya yayangku **muntah hijauuu.

Selamat Hari Raya Deepavali
semua kawan-kawan kepada semua yang beragama Hindus!Hari raya kali ini jatuh pada hari Jumaat lagi.Tahun ni semua raya jatuh pada hari Jumaat ye.Hurrrmmm..petanda tu,petanda tu.

Di kala ini,suasana UKM juga sangat suram suriram,semua pun beraya makan muruku ke rumah rakan-rakan Hindu sempena menyambut seruan PM Najib Satu Malaysia!Gomen bagi cuti 5 hari untuk sambut raya Deepavali tapi aku tak dak rasa mood cuti sebab menkerjakan hari submission bakal tiba dengan berfaedahnya.

Di kala waktu ini juga,saya sedang bekerja keras tak habis-habis menkerjakan 3D library.Mak cuaaaaaaak sekarang!!!5 hari lagi submission,3D tak siap lagi,detail tah ke mana,render tah ke mana,board tah ke mana apatah lagi model.Tu lah dia layan sangat sifat pemalas awal-awal sem.Dengan ini diisyhtiharkan saya bakal pengsan selepas 5 hari tak tidur-tidur.InshaAllah,InshaAllah,InshaAllah,teruskan usaha gigih! **iringan nasyid Maher Zain.

Dengan ini juga,halwa telinga akan mendengar lagu ini sebanyak 20 kali sehari untuk 5 hari mendatang.Ini semua gara-gara terjebak dengar lagu ni dalam kereta Adian tempoh hari.pfffft!Boleh jadi gila repeat 20 kali sehari!

Suratan atau kebetulan-Premelodic


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita

Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan

Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan

Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan

Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini

Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Walau kita dihadapkan

Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan

Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini

Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan




pee/ess:Sikap pemalas dan tak workahoic sem ni sangat menjadi-jadi.Sighhh!Sem depan mesti berubah,nak grad dah.InshaAllah!Yehhoo