Thursday, December 30

Kentut Itu Sihat Tahu!

Kentut memang tidak sopan tapi ia sihat tahu?Tak percaya baca artikel Berita Harian ini,Kerap Kentut.Kentut ini ada macam-macam jenis,okay sesi entry berilmiah tak bertauliah malam ini.

Menurut pandangan Dr. Elly Suehaily:
(tetiba ada title DR kan,kau nak jadi Dr Rozmey kah?HAHA.taknak taknak!)

1.Kentut cover-cover selalu berbau busuk
Eh betul tak tipu.Orang yang selalu cover kentut ni bau dia masyaAllah sangat 'harum' sangat nak berkata-kata pun tak mampu.Cover kentut bajet nak sopan katanya pabila sampai highest point yang bermaksud tak mampu nak cover lagi dia akan mengeluarkan bau yang sangat harum weh! Memang bakal kena lempang sebijik lah kan oleh rakan-rakan bila bau dia merebak.pfft!

2.Kentut tidak cover selalu tidak berbau tengik
Tahu tak kentut tak cover main lepas ni selalu tak keluar bau tengik!Kaedah ini berlaku sebab pengeluaran gas
nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen (hambek kau 5 gas sekali dia combine) keluar tanpa segan silunya.Oleh itu,kerana tiada kemaluan yang tinggi ia menghasilkan sejenis bau yang tidak menusuk kalbu.Halus je bau dia.Do it youself,akan tahu result dia.KAHKAHKAH

3.Kentut tersekat-sekat bau sipi-sipi tengik
Kau cakap apa ni?Adalah pulak kan bau sipi-sipi.Betul...kalau menggunakan kaedah kentut sekat-sekat bau dia sipi-sipi saja sebab kaedah ini diaplikasikan dengan cara membuang gas kentut setiap 5 minit sehingga pengkentut itu lega gas-gas dia telah habis dikeluarkan.Makanya bau yang terhasil juga sipi-sipilah dibaui
oleh orang sekeliling.HAHA

4.Kentut berbunyi bom selalunya berbau enak
Kaedah kentut ini dia berbunyi sekali dan kuat seperti bom atom perang dunia ke-2 tidak berbunyi BOOOOM tetapi berbunyi Proooooottt okek!Sangat merdu lunaknya bunyi kentut ini.Umat sekeliling yang sudah mendengar bunyi prooottt tersebut silalah angkat kain pecut 100 meter dengan yakinnya tanpa keraguan lagi.

5.Kentut selepas makan petai pasti berbau 'harum'!
Silalah berhati-hati dengan pengkentut jenis ini kerana kaedah kentut yang akan dihasilkan pasti dan wajib berbau tengik weh.Tak perlu di sangkal-sangkal dan tiada keraguan lagi untuk melakukan larian marathon beramai-ramai menjauhi pengkentut ini!
Ini khusus kepada penggemar petai yang tegar seperti Nicha E-cha.Hati-hati dengan beliau.pffft.


Banyak lagi jenis kentut lah,kat atas ini cuma pandangan dari Dr Elly yang tak bertauliah saja.HAHA.Kalau tak percaya pergi ah try buat kaedah kentut di atas mana tahu ia sama seperti yang diwar-warkan mungkin.

Tapi ada jenis kentut lawak gila terkekeh-kekeh aku gelak baca tahu
1.Jenis Kentut dan Karakter Manusia
2.Cerita Lawak : Jenis-Jenis Kentut

Kau kenapa ni tetiba buat entry tak bertauliah pasal kentut ini.Eeeeee kau nak cakap kau suka kentut ke?HAHAHA.Aku gadis yang 'kadang-kadang' suka kentut secara free.Okay jatuh saham T_T.

Tapi aku kentut kadang-kadang begitu sopan tahu.Siap boleh cakap 'sorry kawan-kawan' sebelum nak kentut tu.Begitu sopan okek.Kaedah kentut yang dihasilkan juga pasti tidak berbau kerana begitu sopan sekali.Ye ini benar weh!

Kalau aku rasa nak bersikap kurang asam sikit aku kentut diam-diam makanya ia memproduce sejenis kentut yang kawan-kawan nak bagi pelempang!HAHA.Begitu tidak gadis di situ.

Nasib baik dapat roomate baru aku ni dah biasa dikentutkan.Kakak dia kuat pengkentut,boyfriend dia suka mengentut lepas tu roomate dia ini pun suka berkentut.Apalah nasib dia kan sangat malang belaka.pfffft!

Kawan-kawan sendiri pun tutup hidung dengan riangnya sebab gadis pengeluar 5 jenis gas terdapat di situ.HAHA

Diri sendiri pun tutup hidung apatah lagi umat disekeliling beliau.pffft!


pee/ess:Wargggghhh future husband aku pasti kesian dapat wife yang 'kadang-kandang' kentut secara free ini.Tapi beliau tidak perlu risau kerana kentut itu adalah sihat okek.HAHA coverline baik punya

pee/ess/ess:Eh baru tahu si Aimie kawan SAB dulu adalah girlfriend kepada keeper Khairul Fahmi.Gadis-gadis yang minat gila dengan Fahmi ni pergi lah kat blog Aimie ni,jejariruncing.Jangan gigit selipar sudah lepas baca love story dorang.Sweet lah jugak kan :)

Tuesday, December 28

Aktiviti Ideal Di Waktu Senja Watdefunnn!

Beberapa aktiviti ideal yang sesuai untuk saya suggest kepada sahabat handai sekalian di waktu senja ketika di fakulti kejuruteraan dan alam bina.Di ingatkan hanya sesuai di fakulti kejuruteraan dan alam bina sahaja,FKAB sahaja okek!Di fakulti lain tidak molek dipraktikkan.

1.Berkongsi dan menjamah makanan bersama rakan-rakan lain dengan lahapnya.Contoh makanan yang ideal untuk di makan adalah seperti spaghetti carbonara dan nasi lemak X-Bite.(promotion tak bertauliah.pfftt)


Sila makan dengan lahapnya untuk meneruskan aktiviti seterusnya

2.Selesai makan secara lahapnya,kita boleh melakukan aktiviti berphotomania tanpa henti.Aktiviti ini adalah sihat tidak menggemukkan badan malah ia boleh menceriakan suasana suram di fakulti.MUAHAHAHA

Photo pertama mesti sopan-sopan.Anak dara perlu sopan

Photo kedua sudah sedikit hilangnya kesopanan dan kesusilaan anak dara

Photo seterusnya tiada kesopanan dan kesusilaan.Action Kamen!Beep beep beep.Eh tak tiongman lah!

Photo berikutnya telah dikembalikan kesopanan dan kesusilaan anak dara.Behave behave!

3.Selesai berphotomania kesopanan anak dara,aktiviti membuat perbandingan ketinggian masing-masing perlu dilakukan.Mana tahu lepas makan tadi ketinggian mungkin menaikki sehingga 5 inci.Ewah kau hiperbola sangat kan!Dush dush!Sihat okay aktiviti ini,tak tipu.


Okay mencapai 0.0001 inci kenaikkan tinggi selepas makan makanan X-Bite kann.wth!

Diingatan aktiviti ini sangat sesuai dipraktikkan kepada pelajar FKAB sahaja di waktu senja okay.Banyak lah kau kan sesuai!Waktu senja orang balik bilik,kau buat aktiviti tak bertauliah.Shadup you!HAHAHA


pee/ess:Terima kasih kepada photographer tak bertauliah kak iman dan model-model tak bertauliah yang terdiri daripada iaitu saya sendiri,Hazrina Erin,Nicha E-cha dan Natasya Ilma Alhabsyi.pffftt!

Okay boleh bersurai meneruskan kerja drawing Bangunan Canselori berprestij itu


Promotion bertauliah:

-Kepada semua pelajar UKM Bangi silalah berkunjung di X-Bite (nama baru kepada X-Site yang dahulunya di pusanika tu lah!)
-Lokasi X-Bite telah bertukar posisi di Taman Suria UKM berhadapan padang UKM.

-Makanan dia sedap tahu?Spaghetti carbonara,nasi lemak,roti steam dan macam-macam weh.Rugi tak pergi rasa makanan dia tahu tak!

Thursday, December 23

Mengukur Canselori Bakal Menggemokkan Badan

Mengukur Canselori UKM bakal menggemukkan badan!Aite?Ye betul, ini benar-benar belaka.Orang lain buat measured drawing makin kurus aku buat makin gemuk.Tak hairan lah bukan sebab pak cik cafe canselori bukan main baik hati lagi weh!

Ingat gorilla nak makan ke hapa bagi free banyak cenggini??

Bayangkan semalam bagi roti canai 2 bungkus, hari ni bagi kuih bergondol-gondol!Mana tak gemuk weh!Berusaha gigih mengukur canselori enam tingkat tu bersama niat sampingan untuk mengkuruskan badan tapi alangkah malangnya niat ini bakal digagalkan oleh pak cik cafe tersebut.pffft!

Mungkin muka aku,Fieza dan Nisa macam kesian sangat kot tu tu pasal diberi sedekah amal jariah.Itu mungkin,mungkinlah seperti yang di wawarkan oleh Fieza di blognya.

Selain daripada mengukur badan staircase,toilet dan mengukur mulut mak cik guard,kami juga membuat kerja sampingan di canselori seperti rujuk gambarajah di bawah ini:

Kejadahnya mengukur canselori sambil menjadi cleaner sampingan.HAHAHA

Aksi di atas terjadi kerana kami mengukur di toilet berprestij katanya.Tapak kasut yang hodoh telah mencompang campingkan lantai toilet berprestij tersebut lalu cleaner di atas sukarelawan untuk mengemop lantai toilet berprestij.


Mengukur roof top dengan gagahnya.Nasib tak ada tikus mondok atas tu weh!


Gigih mengukur demi mengkuruskan badan-katanyaaa



Pee/ess:Katanya En Irfan sudah selamat menamatkan zaman bujangnya.Yahhh selamat pengantin baru diucapkan kepada En Irfan,semoga kekal ke anak cucu.Ucapan ikhlas dari studentmu.Ewaaahh!

Tuesday, December 21

Di Mana Phnom Penh Huh?

Siapa tak tahu Phnom Penh dekat mana dia bukan budak universiti!Eh tiba-tiba jah kan nak cakap cenggitu apa kes?Lempang kang!

Sebenarnya nak bagi tahu saya tak tahu pun Phnom Penh tu dekat mana heh.Memang bukan budak universiti betul.Habis malu dengan ayah sendiri.Jumaat lepas ayah call bagitahu mahu pergi Phnom Penh cuti-cuti Malaysia office katanya.

Ayah:Ahad ni ayah nak pergi Phnom Penh.Ayah pergi PPIU sekali.
Anak:Huh nak pergi Phnom Penh.PPIU?Dekat mana?Malaysia ke?(pertanyaan nak kena lempang)
Ayah:Aihhh takkan dah Phnom Penh pun tak tahu?
Anak:Mana nak tahu tak pernah dengar pun
Ayah:Aihhhh dulu geografi dengan sejarah belajar apa?Cikgu tak ajar ke?
**alamak ayah dah start dah..habis aku

Anak:Mana along nak ingat.Dah lama tinggal dah.Sekarang banyak ingat lain pulak (alasan semata-mata)
Ayah:Siapa lagi lama tinggal ni?Ayah ke along.Ni apa ni belajar dah sampai universiti pun Phnom Penh tak tahu.Baik tak payah masuk universiti. (hambek kau berapi punya ayat!)
Anak:Ayah nak bank in duit bila?Hari ni ke?(Cubaan tukar topik okay!HAHA)
Ayah:Ni tak jawab lagi ni.Kat mana Phnom Penh tu.Aih tak kan tak tahu!
**cubaan mengelat sama sekali tak berkesan.T___T

Anak:Tak tahu mana nak ingat.
Ayah:Aih dekat kemboja la.Lain kali geografi tu kena tahu.
**Hadoiii lah free free dapat khutbah jumaat.SEDIH!

Itulah dia menyesal dulu tak dengar betul-betul cikgu ajar geografi kan.Memang patut geografi tak pernah dapat A.pfffft!

Pagi tadi ayah send message ini:

Assalamalaikum ayah dekat bandar Phnom Penh.
Ibu negara kemboja negara selepas perang yang baru nak membangun.
Ini no hp ayah kat sini.

Hambek informasi lengkap ye isi kandungan message tersebut sungguh tersirat maksudnya.Okay fine fine.Unsur perli di situ ayahku.Anakanda mengaku kalah.tsktsk T___T

Rabu ni ayah balik dapat lah souvenir sorang satu.Eh tapi raziq mana pernah tak dapat satu,10 souvenir dia dapat.Baju lah,kasut lah,mainan lah semua lah.Anak ayah kan kau Raziq!(unsur kecemburuan di situ!)


Hambek kau baru nak google map cari Phnom Penh dekat mana kannnn

Anak ayah.Raziq mengada-ngada!

Ayah saya hebat karok!Eh tiba-tiba pulak.HAHA


Cerita tammat!

Monday, December 20

Rumah No 14 Adalah Awesome!


Tajuk tak nak kalah kan,puji awesome awesome pulak dia.Apa yang awesome sangat entahnya.Ingin tahu?Scroll down gambar-gambar di bawah dengan ayat-ayat yang penuh dedikasi.

Eceh mentang-mentang design sem ni baru habis kan.Mulalah nak karang entry panjang bebenor.Tak lupa jugak kepada pelajar-pelajar yang dah start sem hari ini selamat pulang ke UKM dan terima kasih kerana menyebabkan line wifi menjadi lembab T___T.Heh lari tajuk kejap.

This is the best thing Rumah No 14.
Hebat tak hebatlah bukan bersepah cenggini!
Ini baru warm up ada lagi tunggu..

Elevation paling ideal untuk ditayang.
Rumput dekat depan tu 5 bulan sekali baru kasi potong okek!

Ni apa hal tetiba cerita Rumah No 14 ni?Siapa dia ni?Ce cita ce cita (dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Rumah No 14 ni sebenarnya adalah rumah sewa masa 2nd year dulu.Memang unpredictable betul nak stay luar UKM dulu weh.Ni semua atas ajakan paradigma oleh senior weh.Budak seekor ni pantanglah kalau diajak kan for sure akan terpengaruh punya.

Nak ke tak nak,nak ke tak nak??Finally keputusan muktamad nak duduk luar UKM dijayakan jugak.Saja nak feel duduk luar,katanya.Mula-mula boleh kata ramailah jugak kan housemates dalam 6 orang cenggitu.Lama-lama kepupusan ahli Rumah No 14 menjadi 5 kemudian 4 orang berlaku sekaligus membawa akibat kenaikkan wang ringgit duit sewa setiap seorang.HAHAHA

Rumah sewa ni awek-awek dia semuanya boleh dikatakan 'rajin' bebenor teman kabor.Tengok gambar first di atas pun sudah tahu perangai kan.HAHA.Mari kita bercakap mengenai perkara kerajinan tersebut.

Bab Pembersihan dan Kekemasan

Boleh cakap selama 12 bulan kitorang duduk rumah ni,adalah dalam 2/3 kali je kemas rumah.'Rajin' bukan kami!Calon mak mentua baca ni mesti fikir 20 kali nak terima menantu ke tak.Kesiannnn

Tapi bila mood rajin tu datang,mak aih siapa-siapa pun tak boleh challenge.Semua emak-emak mentua pun berebut nak buat menantu.Ececeh!
Tengok saja gambar dekat bawah ni dah membuktikan kerajinan ahli Rumah No 14 (seluar dah terkoyak besar akibat angkat bakul diri sendiri dan housemates!)

Ini dia entrance Rumah No.14.Before-tak ada langsung sense of welcoming weh.Suami masuk pun keluar balik cari bini lain.Eh tak tak!

Tu dia living room yang cenghapa dah.Buku-buku main campak sana sini daaa

Ni tempat tidur kak iman.Bilik punya banyak,ruang tamu jugak jadi pilihan tempat nak tidur kan.

Tempat kami untuk berguling-guling ala ala filem hindustan gituu

Hah amek kau bersepah cenghapa je.Beg-beg,kotak-kotak semua campak kat bawah tangga tu hah.

Lihat betapa licin habis kami kerjakan rumah ni.Daripada sarang tikus mondok bersepah macam hantu menjadi licin seperti fabuloso gituuu!Emak-emak mentua di luar sana mesti bangga tahu!Tapi licin untuk beberapa minggu jah,lepas tu sarang tikus mondok kembali balik.HAHA

Bab Masak-Memasak


Chef pertama:Selalunya Kak Iman lah chef dalam rumah ni.Dia masak memang lauk yang jarang ada kat restoran weh.Ciptaan sendiri,memang superb!Chef Ismail pun boleh kalah (cubaan membodek ni.HAHA).

Setiap pagi menu nak western je,pasta carbonara la spaghetti la fried rice la (heh nasi goreng jangan mengada-ngada) HAHA.Tak tak ni sebenarnya menu untuk X-Site.Kalau ada lebih je kitorang rembat,kalau tak ada kena beli tsktsktsk.

Chef kedua:Sekiranya calon chef pertama ni MIA mahupun tak ada mood nak masak bertukar ganti chef.Calonnya Kak Farah.Akak ni kalau dia masak nasi goreng saya lah orang paling suka.Kadang-kadang kalau nasi goreng lebih kat dapur tu,
saya lah calon pertama perabihkan dalam diam-diam.HAHA

Chef ketiga:Kak Alyaa chef nasi goreng pedas paling hot!HAHA.Dah pedas nak hot lagi kan.Serius saya soka nasi goreng Kak Alyaa,orang utara mesti masak pedas weh baru mantap.HAHA.

Chef keempat:Chef keempat pula TAK ADA okay.TAK ADA,TAK ADA,TAK ADALAH!

Saya dengan Kak Finas bukan calon
chef paling ideal Rumah No 14 okek.Sebab paling utama saya bukan calon paling ideal kerana umur masih muda lagi dan masak telur dadar pun fail wehhhh!TELUR DADAR okay.Buat malu ibu je kalau tahu.pffft.Eh tapi sekarang tidak lagi.Dah pandai masak okek sekarang.

MENU:TELUR DADAR DAN BERGEDIL KURA-KURA BERENANG

Ini apa ni cekodok ka?Eh bukan ini telur dadar dan bergedil.Kata architecture student,perlulah kreatif dalam produce form bukan?Asyik typical form telur dadar leper je buat,sekali sekali buat rare sikit bleh!Sekali jadi bentuk kura-kura berenang daaaa.pfft!

MENU:SUP GEARBOX TIGA RASA FISHBALL,KOBIS DAN SAYUR HIJAU

Sungguh minimalis masakan sup ini.Barulah dikatakan Mies Van der Rohe sikit.Less is more katanya.Kau ado?HAHA

MENU:SAMBAL TUMIS IKAN BILIS HANTU KAK LIMAH

Uhuk-uhuk,terbatuk pulak.Ini menu nak gebang SAYALAH YANG MASAK!SEKALI LAGI,SAYALAH YANG MASAK!Ewahhh masak sambal pun hitam macam muka hantu Kak Limah dah poyo nak mati kan.pffft!At least chef Kak Iman tu puji melambung saya masak sedap heh.LALALA

Tapi ini semua 7 bulan lepas sudah berlalu.Hanya tinggal kenangan dalam doamu saja.tsktsk!Sekarang dah final year ni saya menetap kembali di kolej kampus terchenta pendeta zaba yang 'sangatlah best dan tak pernah pun nak tension management dia'!Blerghhh.Nasib dah final year (InsyaAllah)

Ni bila nak buat reunion ni hah?Dah lah gambar potrait family pun tak ada.Kak Alyaa apa lagi kata rumah ada swimming pool,marilah kita berPOOL PARTY bleh?



Heh kau tetiba Charlie's Angles bagai.Diorang 3 orang bukan 5.AMK!HAHA
Kak Farah,Kak Alyaa,Kak Iman,Kak Finas,Adik Elly (eh eh)


SEBENARNYA NAK CAKAP SAYA RINDU ANDA SEMUA HOUSEMATES SEKALIAN!
(Eh kecuali Kak Iman sebab selalu je tidur bilik kita ni hah,nak rindu apanya)

Thursday, December 16

Lagi Tagging Tengo

Halamak tag lagi.Tak dak benda lain kah entry elly ni.Aku lempang kang.HAHA.Si budak Cybot Berjaya hari tu tag AKAK SENIOR ni hah.Dah berapa kali dah tanya bila nak jawab kan.

HAH ni akak nak jawab ni sebab exam dah habis semalam (padahal time exam week pun ada je jawab tag orang lain kan.pfft!).Ala dek non kenapa la 25 random things kena buat dik!Kalau aku reduce kan 20 bleh?HAHA.Ponat tangan den nak taip ni haaaaa..

"once you've been tagged you're supposed to write a note with 25 random things, fact or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. If i tagged you, its because I want to know about you."


1.Nama saya Suehaily Mohd Jiwa
2.Saya seorang pelajar architecture di UKM

3.Mempunyai ibu bapa yang jiwangsss.
4.Effect dia terhasilah seorang anak yang sangat jiwangss.HAHA.

5.Saya seorang kakak sulung yang beradik beradik enam!(hambek kau 6 orang weh).Untuk maklumat lanjut rupa paras adik-adik lain rujuk di sidebar kanan.

6.Terlampau lah sayang dekat Raziq Rahime,adik paling hot di abad ni.HAHA
7.Im forever 21.Lepas ni jangan tanya umuq la naaa.HAHA.Bajet!
8.Kediaman keluarga di Kuala Lumpur tapi jarang duduk di Kuala Lumpur sana.

9.Masih single tapi not available.Ecewah aku lempang karang.
10.Banyak lagi ke nak jawab ni.Baru no 10..



11.Apa lagi haa mahu gebang ni.Baru no 11..
12.Suka release tension di Alamanda mahupun Mid Valley lepas habis submission design dan exam

13.Suka cenggeng sebab .... (jawapan perlu di sensored kerana sensivity perkauman.HAHA tetiba jah!)

14.Suka repeat lagu dalam playlist selama sebulan lamanya.Hambek kau boleh muntah asyik dengar lagu sama.AMK! (ada mak kisah)
15.Suka char keuw teuw gila!Kenduri kahwin aku nanti wajib ada menu ni.HAHA

16.Sekarang ni sedang gila Japanese food weh!Tako dan teppanyaki sedap nak mati

17.Suka melatah macam mak nenek.Orang tua-tua cakap nanti cepat nyanyuk.Effect dia dah ada pun sekarang.pfft!

18.Suka mencopy movie.Tapi mentengoknya entah bila entahnya.Terperap berlonggokkan dalam external tu hah!
19.Lately suka buat kerjaan blogwalking yang memang tak dak guna.Kerja semua menjadi lembab sebab hal inilah.pffft.

20.Ishh lama lagi ke nak sampai no 25 ni..



21.Tak tahu mahu achieve apa untuk future.Angan-angan arkitek sudah menjadi impian di kuburan saja.(Ayah ibu tahu ni mesti hampa dengan anak sulung mereka.pfft)

22.Saya tak teror perihal mendesign.Itu pasal tak mahu jadi arkitek

23.Architecture sangat memfenatkan,jangka hayat hidup boleh pendek.Itu pasal tak mahu jadi arkitek

24.Membuat design sangat mentension kan.Itu pasal tak mahu jadi arkitek
25.Duit poket untuk final year ni setiap hari kempis angkara design.Itu pasal tak mahu jadi arkitek.T__T sedih

Tak mahu tag sesiapa nanti penat dia nak menjawab.Kesian..HAHA

Mizan No 10,11,21 tu aku main tipu sikit sebab nak cepat sampai no 25!HAHA.Aci ok aci.Jangan sentap naa.


pee/ess:Nama je dah habis exam tapi mana boleh enjoy sehabis mungkin lagi weh.Ni haa review design Isnin dengan Selasa,upgrade board tak settle lagi,UPGRADE BOARD LAGI!TERBANG DUIT~~ Mengukur bangunan canselori tak settle lagi,measured drawing punya hal ni.

Architecture is THE BEST COURSE IN THE WORLD.okay tipu!

Wednesday, December 15

More Tagging Tengo

Perihal tag ni dah lama dah ditag oleh dhiyalova,rakan blogger.Di tag 3 Disember hari tu,aku jawab 15 disember.Punyalah ambil masa lama kan nak jawab.Mak busy la noks,exam lagi design lagi (padahala update entry lain bleh pulak kan!??)MUAHAHA!

Aku ni sebenarnya paling pemalas nak jawab tag-tag ni.Jadi ghentikanlah tagging tengo ni ye kengkawan!Nanti nak menjawabnya punya ambil masa berkurun-kurun lama nak jawab.pffft!

1. Adakah anda rase anda hot ?
Ye memang saya rasa hot,dalam bilik ni hot la derrr ;p

2. Update wallpaper anda guna sekarang ?


3. Cerita pasal gambar ini ?
Cecita cecita..(dialog awie dalam hantu kak limah balik rumah).Nak cerita apanya,hambek kau pakai gelap gulita punya wallpaper.HAHA

4. Kali terakhir makan pizza ?
Makan dengan studiomates time orang tengah solat jumaat before class structure

5. Lagu terakhir anda dengar ?
Hey soul sister.Halamak nostalgia archustic ni!

6. Ape yang anda buat selain selesaikan tag ini ?
Study teori seni bina!Esuk last paper exam

7. Selain name sendiri , anda dipanggil dengan name ape ?
Elly(semua kengkawan)
Ar pen (officemate practical)
Ketot(beh ssi czze)
Budak kecik (kak farah,kak aai,kak iman,semua akak-akak lah)
Akak senior (mizan cybot berjaya,syida,budak2 jkas 2nd year yang dikenali.HAHA)

8. tag lagi 5 orang
Nur Afieza Azmi
Nur Khairunnisa

Nor Hazrina
Natasya Ilma
Putri Hafizatul

9.siape orang no.1 dgn anda ?
Kawan baik aka roomate sementara.HAHA

10.katakan sesuatu kepade orang no.5 ?
Itu budak teror math!Hebat gila weh!!

11.no. 3 ade hubungan dengan siape ?
Kami lesbo studiomate di jabatan seni bina UKM.

12.Bagaimane pula dengan no.2 ?
Nisa dia suka nyanyi hidustan tak habis-habis.
Update facebook macam orang gila!HAHA


13.Kata-kata cinta pade orang no. 4 ?
Tasya I LOVE YOU SO SO MUCH (ini sebab mahu makan sapeghetti di bilik anda!HAHA)

14.Berikan fakta yang anda tahu tentang orang yg anda tag ?
Semua itu adalah girlfriend saya di studio! :)




Okek yang kena tag tu sila JAWABBBBBB SEKARANG TAK PAYAH STUDY TEORI TU.Ghenti kan lahh!!!HAHAHA

Sunday, December 12

Ala Ala So Cute!Cepat Tengok

Video ni sudah post di facebook,dekat blog belum lagi.Akibat terlampau lah aku suka video ni wajibulghunah post dekat blog pulak.HAHA.Comel betul la budak kecik dua orang ni.Kalau ada anak macam ni sumpah hari-hari gelak macam hantu kak limah tak hengat dunia noks!

Tengok 20 kali pun gelak aku tak hilang-hilang jugak.Kelakar betul budak perempuan sorang bawah ni.


Sampai bapak dia nak hukum pun terbantut sebab budak ni terlampau comel ohhh!


Boleh pulak time mengaji terselit HAHAHA kan!!


Ada dua paper lagi mendatang.Dua-dua perlukan tenaga batin pembacaan yang terkuat di alam semesta ini.Amalan profesional dengan teori seni bina paper minggu ni!Bab nak menghafal ni yang lomah jantung den ni.

Esuk final mark design,upgrade board sumpah tak buat.Buat model ajo lah den mampu buat yoh!Duit non ado dah!pffftt.SEDIH!T___T

Saturday, December 11

Jawz And Kak Huda's Wedding,Nan Membiru Gituuu

Walaupun ini adalah exam week like helllyahh ditambah pula isnin depan final review design tetapi tetap meluangkan masa yang sebenarnya tidak mencukupi ini pergi ke majlis perkahwinan senior.

Semata-mata mahu makan free support senior kahwin wehhh!Kelak saya kahwin satu JSB perlu hadir okay.HAHA.Calon pun tak dak ada hati verangan kahwin.pffftt!

Tengah hari sebentar tadi menghadiri majlis perkahwinan senior,ABANG Jaws bukan ikan jaws (ceh abang katanyaaa) bersama pasangan sehati sejiwanya Kak Huda.Tema wedding adalah biru ya.Ecehwahhh biru menyala Mak Long baju pengantin.Chantek,menarik,tertarik!


Hambek kau chantek bukan baju wedding mereka.Biru gituuu

Pengantin kena tahan dulu isi tol bergambar bersama ahli keluarga JSB sebelum acara makan-makan beradab.HAHA


Ini tak ada kaitan dengan majlis tengah hari tadi.Ini majlis di sebelah pihak perempuan Kak Huda minggu lepas.Merah menyala mak ngah.
Chantekkk!-photo credit to bakrihafizhisham
(Sila click gambar untuk gambar
-gambar yang lebih chantek)

Sedutan dari laman sosial facebook.Tapi mana bole tunggu lama2 ayte?-katanyaaa.Ewahhhh ayat Kak Huda tu tersirat sungguh.HAHA



CONGRATULATIONS TO JAWZ AND KAK HUDA
SEMOGA DAPAT BABY CHOMEL
DENGAN JAYANYA GITUUU!

Tuesday, December 7

Assignments Like Hellyahhhh!

Salam Maal Hijrah

Tahun baru ni penuh dengan assignmentsssss kena settlekan plus exam kena harungi kan.Aiyaa aiyyaaa.Fening dah mana satu nak buat,banyak sangat ouh assignment time exam ni kena submit.Oleh itu sambil membuat assignment yang begituuuu lah banyak sambil dengar lagu jiwangsss boleh??

sara barailless-love song
(click for the song)

sarah vonderhaar-all mine
(click for the song)

jason mraz-make it mine
(click for the song)

(click for the song)


Hijrah-Going for better, going for stronger, going for wiser-Syafiqa Abdul Khalim


Salam Maal Hijrah everyone!

Sunday, December 5

Ada Orang Gilos Hari Ini!



Seorang pelajar architecture yang hampir sewel mungkin!


Nampak tak dekat whiteboard belakang tu? Tu semua jalan kira daya ricih dan momen lentur untuk paper esuk structure!Sejak aku masuk archi ni aku rasa macam dah bodo piang dah bab-bab kira-mengira ni.

Dulu sekolah menengah bukan main aku sayang add math weh.Bila archi mendatang dalam hidup rumus segi tiga pun rasa macam dah confius apa dia.Blergghh!!



Esuk killer paper STRUCTURE wehh.HAHAHAHAHA.
Selamat maju jaya buat diri sendiri beta ucapkan!
Tak lupa juga beta mahu ucapkan semoga maju jaya hendaknya rakan seperjuangan yang lain.
Marilah sama-sama kita berjuang di medan perang esuk!Yehaaa!

Friday, December 3

50 Tahun Merdeka RM50.Anda Ada??


Ibu pesan simpan duit ni,jangan guna!

Sebab kawan ibu hari tu tukar duit ni dekat bank dapat dua kali ganda balik dari bank-kata ibu kepada anaknya.Apasal pulok dapat dua kali ganda??MOTIFFF??Duit RM50 biasa je pun kan??

Kau nampak tak tak logo 50 tahun merdeka dekat atas tu??Sudah zoom in,kalau tak nampak kau memang buta huruf,buta hati,buta mata,kudis buta HAHA.Limited Edition RM50 50 tahun merdeka wehhh.Kalau tak percaya pergi cek sekarang duit RM50 dalam purse masing-masing ada tak 50 tahun merdeka punya lambang macam gambarajah.Kalau tak ada,kira aku orang bertuah lah dapat duit ni. HAHAHAHARIAKTAHAPCIPAN!

Pagi tadi telefon ibu sebab mahu guna duit RM50 di atas untuk plot board design ID.Rasa serba salah weh nak guna sebab ingat dah janji dengan ibu jangan guna duit ni.Sekali bila dah telefon ibu,ibu suruh tanya ayah pulak.Aikkk??Perlu ke kena tanya ayah padahal arahan mandatori tidak dibenarkan guna duit tu dari ibu..Feliiiiikkk!Tergamam 5 saat di gangang telefon.

Oleh sebab gila desperate tak ada wang saku memang terpaksa mungkir janji jugak.Kena jugak pakai duit ni nak plot board,aku ngak ada duit sihhh.T____T.Akan tetapi kuasa magik pagi tadi telah tiba secara tiba-tiba TING TING TING TONG!

Si Shafiq rakan sestudio bagi pinjam RM50 sebab aku buat cerita kesian kat dia kononnya rasa serba salah nak guna duit RM50 tu.Finally!Shafiq rasa kesian kot dengan aku yang naif ni terus bagi RM50.Dia cakap
'Sayanglah!Jangan guna duit tu,simpan ah!Nah guna duit aku dulu'.Wahhhh heaven sebentar perasaan aku pagi tadi.LALALALAHARIHARIDUIT!

Tengok ada manyak handsome tak Shafiq ni.Muahaha.Dia hebat bab-bab photography weh!Sketch kartun-kartun pun hebat.Kalau board presentation dia tak ada gambar perempuan besar-besar memang tak sah.So kalau perempuan dekat luar tu rasa-rasa mahu jadi perempuan bertuah kena letak dalam board presentation pergi add dia dekat facebook:TOKEY BUDU!!!Insyallah jika anda chantek menarik tertarik,confirm anda layak dan terpilih sebagai model dalam board presentation kelak.pffft!

pee/ess:Shafiq RM50 tu
kau bagi kan,tak payah pulangkan balik duit tu kan kan kan???Kaulah rakan terbaik ever and ever untuk minggu ini!HAHA


pee/ess/ess:Eh katil kat bilik ni empuk betul lahhhhhh!Mari lah kita berdua tidur secara nyenyak dan nyaman malam ini Nur Afieza!!Mari mari..Blerrgghh!

Thursday, December 2

Spirit Song For This Challenging Week

Dah macam blog lirik lagu dah aku rasa ellysuehaily.blogspot.com-blog perempuan pink ni.HAHA.Mana taknya hari-hari menghadap laptop menkerjakan board design,assignment,onlinement sambil bukak playlist yang lagu repeat tak sudah-sudah weh.Kawan sestudio pun rasa nak lempang aku hari-hari lagu sama.Mau lemau dengar.pffftt!!

Makanya,pembalasan dendam berahi untuk lagu-lagu kesukaan di sini lah.Dekat yayang lah nak mengadu lagu yang kita suka(gediikkkknyaaa!!).Untuk minggu yang teramat mencabar ini,marilah kita mendengar lagu ini rakan-rakan.Semangat ye rakan-rakan!Ayuhhhhh teruskan perjuangan berperang di medan perang.HAHA!






free spirit -alyson stoner



There's a spirit that lives inside
You can see it within my smile
Through the rainbow that shines
Above in the sky i know i'm not alone

And the moment will see me through
As i watch all my dreams come true
My heart beats with yours and
Yours beats with mine, Every time.
I just close my eyes and think of you
I'll show the world they'll feel it too

Here I am I feel my wings
Oh let my free spirit soar
I reach up high and break
Right through
Oh, I don't see any doors.

I have opened my arms to light
I have everything in my sight
Cause there's nothing that's
Gonna hold me back tonight

I just close my eyes and think of you
I"ll show the world they'll feel it too
Here I am I feel my wings
Oh, let my free spirit soar
I reach up high and break right
through I don't see any doors

Where have I been
And where am I going
How much of life
Will I really get to know
All that I want is to be so free
And to have love to have love

Here I am I feel my wings
Let my free spirit soar

I reach up high and break right through
Oh, I don't see any doors
My free spirit soar

Oh yeah my free spirit soar

My free spirit soar


Lah dia ka yang nyayi lagu ni..


pee/ess:Kau tengok betapa hebat tak hebat aku esuk final submission ID sempat lagi update blog kan.Mana nak siap kerja dik nonnnn!!!haha.ini nama dia 'A student' yang sangat berjaya!


Wednesday, December 1

Hello December!





Hello December!Sebelum tu sila dengarkan dendangan lagu ulangan minggu ini jatuh kepada A to Z -Dulu dan Selamanya.Ececeh mood lagu lama sehhh!

Kemasukan bulan baru ni mood sedikit kepinkan.HAHA.Sila lihat sila lihat sedikit pembaharuan layout blog ni.Dah macam layout kad kahwin pun ada aku tengok.pfftt!


Jumaat ni final presentation Interior Design!
Next week final exam weh!


Struktur>>6 Dis 2010--8.30am (KILLER PAPER!!)

Ukur Tanah>> 10 Dis 2010--8.30am
Amalan Profesional I>>14 Dis 2010--8.30am
Teori dan Rekabentuk Seni Bina Melayu >>16 Dis 2010--8.30am

Semua paper start awal pagi whooo,8.30 pagi!Killer paper pulak first day exam!Perghh mencabar keimanan diri betul nak bangun awal-awal dengan study last minute malam sebelumnya.Ya Allah ini betul-betul dugaan mencabar semestar ini.pfft!


Wish me luck kawan-kawan
Good Luck juga kepada rakan-rakan sestudio yang lain