Tuesday, December 21

Di Mana Phnom Penh Huh?

Siapa tak tahu Phnom Penh dekat mana dia bukan budak universiti!Eh tiba-tiba jah kan nak cakap cenggitu apa kes?Lempang kang!

Sebenarnya nak bagi tahu saya tak tahu pun Phnom Penh tu dekat mana heh.Memang bukan budak universiti betul.Habis malu dengan ayah sendiri.Jumaat lepas ayah call bagitahu mahu pergi Phnom Penh cuti-cuti Malaysia office katanya.

Ayah:Ahad ni ayah nak pergi Phnom Penh.Ayah pergi PPIU sekali.
Anak:Huh nak pergi Phnom Penh.PPIU?Dekat mana?Malaysia ke?(pertanyaan nak kena lempang)
Ayah:Aihhh takkan dah Phnom Penh pun tak tahu?
Anak:Mana nak tahu tak pernah dengar pun
Ayah:Aihhhh dulu geografi dengan sejarah belajar apa?Cikgu tak ajar ke?
**alamak ayah dah start dah..habis aku

Anak:Mana along nak ingat.Dah lama tinggal dah.Sekarang banyak ingat lain pulak (alasan semata-mata)
Ayah:Siapa lagi lama tinggal ni?Ayah ke along.Ni apa ni belajar dah sampai universiti pun Phnom Penh tak tahu.Baik tak payah masuk universiti. (hambek kau berapi punya ayat!)
Anak:Ayah nak bank in duit bila?Hari ni ke?(Cubaan tukar topik okay!HAHA)
Ayah:Ni tak jawab lagi ni.Kat mana Phnom Penh tu.Aih tak kan tak tahu!
**cubaan mengelat sama sekali tak berkesan.T___T

Anak:Tak tahu mana nak ingat.
Ayah:Aih dekat kemboja la.Lain kali geografi tu kena tahu.
**Hadoiii lah free free dapat khutbah jumaat.SEDIH!

Itulah dia menyesal dulu tak dengar betul-betul cikgu ajar geografi kan.Memang patut geografi tak pernah dapat A.pfffft!

Pagi tadi ayah send message ini:

Assalamalaikum ayah dekat bandar Phnom Penh.
Ibu negara kemboja negara selepas perang yang baru nak membangun.
Ini no hp ayah kat sini.

Hambek informasi lengkap ye isi kandungan message tersebut sungguh tersirat maksudnya.Okay fine fine.Unsur perli di situ ayahku.Anakanda mengaku kalah.tsktsk T___T

Rabu ni ayah balik dapat lah souvenir sorang satu.Eh tapi raziq mana pernah tak dapat satu,10 souvenir dia dapat.Baju lah,kasut lah,mainan lah semua lah.Anak ayah kan kau Raziq!(unsur kecemburuan di situ!)


Hambek kau baru nak google map cari Phnom Penh dekat mana kannnn

Anak ayah.Raziq mengada-ngada!

Ayah saya hebat karok!Eh tiba-tiba pulak.HAHA


Cerita tammat!

2 comments:

Hairil Rizal said...

Pom Pen Pom Pen!

Nak suvenir gak bleh?
Tak kisahla kalo beli kat LCCT/KLIA pun.

(Tak malu)

Suehaily Mohd Jiwa said...

en hahaha...belum tentu lagi souvenir dapat ke tak ni