Monday, December 20

Rumah No 14 Adalah Awesome!


Tajuk tak nak kalah kan,puji awesome awesome pulak dia.Apa yang awesome sangat entahnya.Ingin tahu?Scroll down gambar-gambar di bawah dengan ayat-ayat yang penuh dedikasi.

Eceh mentang-mentang design sem ni baru habis kan.Mulalah nak karang entry panjang bebenor.Tak lupa jugak kepada pelajar-pelajar yang dah start sem hari ini selamat pulang ke UKM dan terima kasih kerana menyebabkan line wifi menjadi lembab T___T.Heh lari tajuk kejap.

This is the best thing Rumah No 14.
Hebat tak hebatlah bukan bersepah cenggini!
Ini baru warm up ada lagi tunggu..

Elevation paling ideal untuk ditayang.
Rumput dekat depan tu 5 bulan sekali baru kasi potong okek!

Ni apa hal tetiba cerita Rumah No 14 ni?Siapa dia ni?Ce cita ce cita (dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Rumah No 14 ni sebenarnya adalah rumah sewa masa 2nd year dulu.Memang unpredictable betul nak stay luar UKM dulu weh.Ni semua atas ajakan paradigma oleh senior weh.Budak seekor ni pantanglah kalau diajak kan for sure akan terpengaruh punya.

Nak ke tak nak,nak ke tak nak??Finally keputusan muktamad nak duduk luar UKM dijayakan jugak.Saja nak feel duduk luar,katanya.Mula-mula boleh kata ramailah jugak kan housemates dalam 6 orang cenggitu.Lama-lama kepupusan ahli Rumah No 14 menjadi 5 kemudian 4 orang berlaku sekaligus membawa akibat kenaikkan wang ringgit duit sewa setiap seorang.HAHAHA

Rumah sewa ni awek-awek dia semuanya boleh dikatakan 'rajin' bebenor teman kabor.Tengok gambar first di atas pun sudah tahu perangai kan.HAHA.Mari kita bercakap mengenai perkara kerajinan tersebut.

Bab Pembersihan dan Kekemasan

Boleh cakap selama 12 bulan kitorang duduk rumah ni,adalah dalam 2/3 kali je kemas rumah.'Rajin' bukan kami!Calon mak mentua baca ni mesti fikir 20 kali nak terima menantu ke tak.Kesiannnn

Tapi bila mood rajin tu datang,mak aih siapa-siapa pun tak boleh challenge.Semua emak-emak mentua pun berebut nak buat menantu.Ececeh!
Tengok saja gambar dekat bawah ni dah membuktikan kerajinan ahli Rumah No 14 (seluar dah terkoyak besar akibat angkat bakul diri sendiri dan housemates!)

Ini dia entrance Rumah No.14.Before-tak ada langsung sense of welcoming weh.Suami masuk pun keluar balik cari bini lain.Eh tak tak!

Tu dia living room yang cenghapa dah.Buku-buku main campak sana sini daaa

Ni tempat tidur kak iman.Bilik punya banyak,ruang tamu jugak jadi pilihan tempat nak tidur kan.

Tempat kami untuk berguling-guling ala ala filem hindustan gituu

Hah amek kau bersepah cenghapa je.Beg-beg,kotak-kotak semua campak kat bawah tangga tu hah.

Lihat betapa licin habis kami kerjakan rumah ni.Daripada sarang tikus mondok bersepah macam hantu menjadi licin seperti fabuloso gituuu!Emak-emak mentua di luar sana mesti bangga tahu!Tapi licin untuk beberapa minggu jah,lepas tu sarang tikus mondok kembali balik.HAHA

Bab Masak-Memasak


Chef pertama:Selalunya Kak Iman lah chef dalam rumah ni.Dia masak memang lauk yang jarang ada kat restoran weh.Ciptaan sendiri,memang superb!Chef Ismail pun boleh kalah (cubaan membodek ni.HAHA).

Setiap pagi menu nak western je,pasta carbonara la spaghetti la fried rice la (heh nasi goreng jangan mengada-ngada) HAHA.Tak tak ni sebenarnya menu untuk X-Site.Kalau ada lebih je kitorang rembat,kalau tak ada kena beli tsktsktsk.

Chef kedua:Sekiranya calon chef pertama ni MIA mahupun tak ada mood nak masak bertukar ganti chef.Calonnya Kak Farah.Akak ni kalau dia masak nasi goreng saya lah orang paling suka.Kadang-kadang kalau nasi goreng lebih kat dapur tu,
saya lah calon pertama perabihkan dalam diam-diam.HAHA

Chef ketiga:Kak Alyaa chef nasi goreng pedas paling hot!HAHA.Dah pedas nak hot lagi kan.Serius saya soka nasi goreng Kak Alyaa,orang utara mesti masak pedas weh baru mantap.HAHA.

Chef keempat:Chef keempat pula TAK ADA okay.TAK ADA,TAK ADA,TAK ADALAH!

Saya dengan Kak Finas bukan calon
chef paling ideal Rumah No 14 okek.Sebab paling utama saya bukan calon paling ideal kerana umur masih muda lagi dan masak telur dadar pun fail wehhhh!TELUR DADAR okay.Buat malu ibu je kalau tahu.pffft.Eh tapi sekarang tidak lagi.Dah pandai masak okek sekarang.

MENU:TELUR DADAR DAN BERGEDIL KURA-KURA BERENANG

Ini apa ni cekodok ka?Eh bukan ini telur dadar dan bergedil.Kata architecture student,perlulah kreatif dalam produce form bukan?Asyik typical form telur dadar leper je buat,sekali sekali buat rare sikit bleh!Sekali jadi bentuk kura-kura berenang daaaa.pfft!

MENU:SUP GEARBOX TIGA RASA FISHBALL,KOBIS DAN SAYUR HIJAU

Sungguh minimalis masakan sup ini.Barulah dikatakan Mies Van der Rohe sikit.Less is more katanya.Kau ado?HAHA

MENU:SAMBAL TUMIS IKAN BILIS HANTU KAK LIMAH

Uhuk-uhuk,terbatuk pulak.Ini menu nak gebang SAYALAH YANG MASAK!SEKALI LAGI,SAYALAH YANG MASAK!Ewahhh masak sambal pun hitam macam muka hantu Kak Limah dah poyo nak mati kan.pffft!At least chef Kak Iman tu puji melambung saya masak sedap heh.LALALA

Tapi ini semua 7 bulan lepas sudah berlalu.Hanya tinggal kenangan dalam doamu saja.tsktsk!Sekarang dah final year ni saya menetap kembali di kolej kampus terchenta pendeta zaba yang 'sangatlah best dan tak pernah pun nak tension management dia'!Blerghhh.Nasib dah final year (InsyaAllah)

Ni bila nak buat reunion ni hah?Dah lah gambar potrait family pun tak ada.Kak Alyaa apa lagi kata rumah ada swimming pool,marilah kita berPOOL PARTY bleh?



Heh kau tetiba Charlie's Angles bagai.Diorang 3 orang bukan 5.AMK!HAHA
Kak Farah,Kak Alyaa,Kak Iman,Kak Finas,Adik Elly (eh eh)


SEBENARNYA NAK CAKAP SAYA RINDU ANDA SEMUA HOUSEMATES SEKALIAN!
(Eh kecuali Kak Iman sebab selalu je tidur bilik kita ni hah,nak rindu apanya)

8 comments:

cybot berjaye said...

hahaha...
mantop....
huhuhu

Suehaily Mohd Jiwa said...

hahaaha.apa yang mantapnya entah?

finasafa said...

..urgh,,memangla aku xreti masak...tp aku la yang duk kejut masing2 semayang...bace quran...huu...sedih...xnak rindu elly..hahah..

Suehaily Mohd Jiwa said...

ish lempang karang..tak kan semua nak taip dekat sini.hehe
rindu akak.mai lah trun bangi!!w

finasafa said...

..berani pulak tu nak lempang akak yang tinggi ni..urhh..sampai ke tangan elly? haha...akak dah xde bond dgn bangi.kitorg dah bercerai.:p

Suehaily Mohd Jiwa said...

okay fine fine
tak nak dtg sudah..haha

Hairil Rizal said...

Menariknyeeeee Before and After tu... mcm rancangan MAke Over plak. Hahaha!

Suehaily Mohd Jiwa said...

haha.memang makeover rumah pun tu