Monday, January 24

Tiada Lagi,Enoughhhhhhh

Dah lepas ni tak mahu ke Old Town.Cukup ah dua hari menyiksakan.Pagi-pagi buta tak pasal-pasal muntah yang menyiksakan dapat secara free.Secara free lagi dapat sakit perut,secara free lagi demam,secara free lagi pening,secara free lagi muntah empat kali untuk satu hari!

Banyak pulak dia nak merungut budak ni.Lempang kang!Okek baiklah ada hikmah di situ,sekurang-kurangnya dosa-dosa kecil terhapus aite?

Tekad lepas ni tiada lagi Old Town.Bila ingat balik Mee Wantan Old Town rasa nak muntah lagi bleh?Blueeerkk.Serius hati sudah tak tertawan dengan Old Town!Nampak Old Town dari jauh pun rasa mual-mual tekak.Okay over pulak dia!HAHA





pee/ess:Ada moleknya layan Playful Kiss dia tak bagi muntah,dia bagi gelak terbahak-bahak!BAHAHAHAHAHAHA.Okay bubhye yayang kita dah semakin lupakan awak.LALALA

Sunday, January 16

Site Visit Hari Minggu Yang Horror

Memandangkan final year ini tiada site visit merantau di Rantau Abang perantauan yang jauh daripada Lembah Klang,makanya aku assume weekend ini telah membuat site visit Sdn.Bhd bersama Cik Fieza.

Site Visit 1:Mid Valley,Klang Valley


Site visit yang memang horror sehorror horrornya di samping menonton movie horror (lah sangat!) THE SHOCK LABYRINTH: HOUSE OF HORRORS 3D (wadehack movie ni,sumpah tak paham satu sen pun).

Site visit yang horror kerana ketiadaan niat untuk membeli itu dan ini telah transform niat TERbeli itu ini.Shopping sakan Kak Limah oiii!Nafsu terlalu kuat,sukar dikawal.Jadinya lesap beberapa keping wang kertas daripada sugar daddy.tsktsk.Lahabau!
T____T

Ini membazir namanya pencuci muka,lotion yang adapun elok lagi tak habis guna.pfft!
Baby baby baby ooooo.Sumpah aku show off sangat! Baby baru pengganti heels hilang last year

Finally dapat jugak red velvet cupcake dekat Delicious

Tak ketinggalan makanan ruji perut buat masa sekarang,semestinya Tako Tao

Gila aku shopping tak hengat pesan ayah,jimat jimat jimat jimat!!!Banyak lagi aku beli,nafussyaitonijorim tak dapat dibendung weekend ni.Wadehack!

Site Visit 2:Walk up Apartment,Klang Valley

Site visit ini horror jugak,tapi niat lebih kepada arah yang berfaedah dan diberkati!Case study untuk project Walk Up Apartment dekat flat Taman Muhibbah,Serdang.Senang cerita belakang KTM Serdang.

Bukannya site visit tapi pergi site study flat ini,saja propa site visit kan!
Studio master request study flat yang betul-betul horror.Nah ambil kami cari flat paling horror.


Walaupun duduk di flat anak-anak penghuni ni bukan main kaya lagi!
Pakai kereta nak VW Passat lah,BMW 5 Series lah kau tahu.

Kalau jenis flat ni studio master cakap tak horror,aku pun tak tahu lah nak cakap apa lagi

Rumah kedai runcit dalam flat ada jugak noks

Tapi budak-budak sini teror ouh barai motor!Tabek springgggg.Muka baru budak setakat darjah 6

At least aku bersyukur,walaupun aku duduk rumah flat tapi tak adalah life macam ni sekali.Hidup ni kita perlu sentiasa bersyukur walaupun kita rasa hidup kita tidak senang/tak kaya,ada yang lagi tidak senang/tak kaya daripada kita.Ye dak?

Bila study walk up apartment ni,memang aku betul-betul niat nak beli mansion semi-d untuk family,InsyaAllah!Kalau aku dah hebat sangat, niat design rumah untuk family bleh?Seronok bila tengok family hidup senang aite?


pee/ess:Niat yang terakhir tu paling suchi murni daripada niat bershopping sakan tak hengat dunia.

Friday, January 14

Its Not Funny At All!Huaaarghh

Pernah tengok video SCARY MAZE huh?Macam gampang je terkejut beruk tengok video tu kan.Cuak gila macam tengok movie the Chucky pulak kannnn!

Video game ini ending dengan ...

Hantu Kak Limah version kanak-kanak.WADEHACCCKK!!

Tapi yang ini lagi lah cannot go punya olang.Dia punya terkejut beruk sapa-sapa tak boleh challenge.Yada yada yada!





Okay sudah lah!Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang terkucir tengok dia cuak macam orang gila.Mari gelak secara pukal dan bergondol-gondol dulu sebelum berundur!


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHA


pee/ess:Masa final sem ni lah aku rasa iman bakal tercabar weh!Sengsara ketensionan subjek yang banyak bakal dialami.Sigh!Sabar-sabar kerana orang yang bersabar itu sentiasa dikurniakan balasan yang baik!Amin..

Saturday, January 8

Facebook Will End Soon Guys!

Apa kau kata?Facebook akan berakhir kelak??Ya ya,itulah dia.March ini facebook akan berakhir rakan-rakan!Oleh itu,hari-hari kita kelak akan suram tanpa facebook.WAKA WAKA EH EH!

And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Mark Zuckerberg.KATANYAAAA...


Memandangkan facebook will end soon,marilah kita mengambil langkah-langkah yang sepatutnya diambil!Bleh?

1.Cepat-cepat save photo-photo kenangan dalam facebook tu!Nanti dah tak boleh view lagi
2.Aktifkan twitter.Laman sosial sebagai pengganti facebook!
3.Print screen semua comment rakan-rakan yang sangat memberi kenangan terindah.HAHA.Bengong!
4.Download semua video porno yang the best ever dalam facebook itu.Kelak susah nak tengok lagi
5.Copy photo-photo manusia kegemaran yang selalu di stalk.Kelak tidak boleh di stalk lagi dah kannn.pfffttt!
6.
Siapa yang tak ada blog,register blog dengan segera (ini cannot go sangat!)
7.Pergi create social network baru cepat!Anda bakal menjadi kaya-raya kelak seperti Mark Zuckerberg

Create EARbook pulak bleh??HAHA bangang nyaaa.

Ibu-ibu,bapak-bapak pasti akan lebih gumbira apabila facebook kelak bakal tiada.Anak-anak tidak lagi akan menghadap 24 jam depan laptop/desktop untuk facebook lagi.Tapi ada jugak ibu-ibu,bapak-bapak yang 24 jam menghadap facebook kan??TEEETT

Aktiviti yang lebih bertenaga juga boleh dibuat daripada membuang masa menghadap facebook.Jangan nak fikir lain pulak,aktiviti bertenaga itu bermaksud aktiviti outdoor yang mengeluarkan peluh yang lebih menyihatkan tubuh badan okek!

Kehidupan sebelum adanya facebook akan bermula semula.Terimalah hakikat elly!



Dengan ini diishtiharkan,
Facebook kami bakal merindui mu kelak!
Wadefunnn!

dan dengan ini juga saya mengishtiharkan
Ini hanyalah rekaan semata-mata
(wah bukan main lagi aku percaya kan!HAHA)

source:Is Facebook Ending on March 15? Another Ridiculous Rumor Spreading like Crazy

Friday, January 7

Sakinhani Giveaway

Siapa tak nak shawl free kan?Aku nak,aku nak,aku nak,aku nak,aku nak.,aku nak,aku nak!Okay cukup ah!Over pulak dia.Ditag oleh Kak Dayla.Arigato ne!

Harap-harap dapat untuk 'blogger bertuah ketiga' itu (mentang-mentang dia bagi inner kannnn)
**dalam mimpi yo lah kau nak dapat.125 gadis dah join.Kau mampu nak dapat??**nanges T___T



MANGSA BAKAL DI TAG!
Farah Diana
Nur Afieza
Khairul Anuar
Seri Hani

Sila submit penyertaan awak dekat blogger Sakinhani boleh?

pee/ees:Kau gila tag anuar.Nak mampus bagi dia pakai shawl!HAHAHA

Saturday, January 1

2010:Alhamdulillah , 2011:InshaAllah

Jumaat:Hari permulaan 2010 dan hari berakhirnya 2010.Alhamdulillah tahun yang bermula dan berakhir pada hari yang baik dan diberkati.There's a lot of good things and bad things happen in 2010 aite?For sure!

Alhamdulillah:2010
Eh apa nak gebang ni...Okay mari bergebang mengenai orang sekeliling saya yang sentiasa menceriakan tahun 2010 ini.Ecehhhh ceria katanyaaa.


Family
-Tahun ini paling banyak spend masa bersama family.Practical selama 5 bulan sangat menguntungkan!Selama ni jarang spend masa dengan family sebab dari form 1 sampai form 5 stay hostel,lepas itu matrikulasi di Perak dan sekarang sungguh busy di UKM.
-Nampak tak selalu berjauhan dengan family dan spend masa bersama family pun hanya dikiiiit saja.Alhamdulillah this is good thing for my 2010!

Fieza
-Dia budak gila!HAHA tak lah dia kawan baik yang banyak bagi nasihat dan dorongan bagi membimbing ke jalan yang benar dan lurus belaka.Fieza kau sila menangis sekarang.T___T.
-Terima kasih weh sentiasa berada di sisi aku masa aku menangis dan gelak.Kau kawan aku yang baik hati weh!Sayang kau 100 kali!

Kak Farah
-Ni kakak senior yang paling caring pernah saya kenal,merangkap housemate pada satu ketika dahulu juga.Akak ni paling banyak saya spend masa cengeng-cengeng dan gelak hantu mak lampir bersama.
-Selalu kena dibebelkan kalau sifat pemalas tu dah datang.Thanks Kak Farah,dalam 2010 ni akak banyak bagi semangat dan dorongan yang sangat manis.TERHARU!Rindu akak hoccay.

Geng Sampai Mati (Farani,Yuhanis,Adibah,Zahara,Mambang,Mas)
-Wah nama geng tak nak kalah kan.Lempang kang baru tahu.Korang bestiest kawan yang paling aku sayang.Terima kasih weh sepanjang 2010 ni kita banyak kongsi suka duka riang ria hari raya bersama.
-Walaupun jarang-jarang jumpa tapi kita selalu-selalu bergossip-gossip manis bukan!HAHA.Cinta korang sampai bila-bila!

You
-Sorry for all my wrongdoings and whatnot.Terima kasih kerana pernah menggembirakan I untuk tahun 2010 ni.
-I harap tahun yang baru ni kita jadi kawan yang selalu bertegur sapa dan tak ada lagi conflict boleh?Friend okay! :)


Nama yang tak disebut bukan tak menceriakan saya untuk 2010 ini.Tak tak semuanya sangat menceriakan cuma tidak ada kekuatan yang gigih untuk menaip lagi okek.
Terima kasih semua yang sentiasa menceriakan suasana kehidupan Suehaily Mohd Jiwa di saat suka dan duka sepanjang 2010 ini.
Eceeeeeeeeh!*nanges kesat air mata


InshaAllah:2011
Saya mahu gigih berusaha untuk menghabiskan pengajian Part 1 Architecture di UKM ini.InshaAllah,InshaAllah,InshaAllah (Maher Zain).Tiada isu extend year akibat badi memakai jubah okay.Dah aku tak nak percaya dah macam dulu.pfffttt!USAHA,TAWAKAL dan DOA itu yang perlu untuk 2011 ini.Chill!TEHEEEEEEE

Bukan main tak sabar-sabar kan aku nak pakai jubah ni.ECECEEEEEH!

THE MOST MEMORABLE THINGS 2010!
ARCHITECTURAL WORKSHOP XXII:ARCHUSTIC
INI KENANGAN INGAT SAMPAI MATI,THE BEST THINGS 2010 WEH






KENANGAN PRACTICAL DI MZJA ARCHITECTS JUGAK TAKKAN LUPA

WOOH SERONOK OKAY FIRM NI.TAK TIPU,PERCAYALAH


SELAMAT TAHUN BARU SEMUA
!
SEMOGA 2011 AKAN MENJADI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.INSHAALLAH!



pee/ess:pssst New Year Eve at home sweet home bersama family terchenta.Alhamdulillah,suka! :)