Saturday, March 26

Timeless

Currently repeat this song for 1000 20 times.Gilaaaaaaaaaaaa!
Perompak dia bukan main lagi handsome,akan tetapi polis dia lagiiiii kacak


video
Jang Ri In lyrics feat Xiah Junsu-Timeless (korea version)

Timeless
PLEASE LET IT END
Now that you're right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
OH DESIGN BABY!

TIMELESS
Baby its TIMELESS
Oh baby its TIMELESS...

Tuesday, March 22

Kurangkan Yang Lagho,Tingkatkan Prestasi

Kurangkan perkara ini setiap hari
(3 perkara lagho perlu di sensored atas sebab peribadi yang terlalu sensitip.HAHA.sentaphatimaknak!)

Tingkatkan prestasi ini untuk kini dan selamanya hingga ke titisan peluh keringat sebelum bulan 10 ini mendatang.Errrrrrr yang box kecik di tepi tu perlu on setiap masa untuk menghilangkan kebosanan sambil mentaip dan mendesign.TEHEE

Baiklah fokus untuk 2 perkara ini dahulu minggu ini
  • 5 Storeys Walk Up Apartment
  • Fotografi Sebagai Medium Paparan Sebelum dan Selepas Pembinaan Rekabentuk
InsyaAllah,InsyaAllah,InsyaAllah,InsyaAllah,InsyaAllah..Mesti Gigih,Mesti Kuat,Mesti Tabah!

Monday, March 21

Jangan Tidur Lagi

Dengan ini saya diishytiharkan akan menjadi
zombie kampung pisang
selama seminggu ini demi DESIGN

Warghhhhhhhhhhh!
Waktu nilah pulak terasa nak jadi Nobita,
Guna poket Doraemon tu secara sesuka hati beta!BAHAHAHA


KAHKAHKAH.Kelakar gila muka Nobita version REAL ni!

Friday, March 18

Study Sebab Nak Pointer Tinggi

Im currently admiring Ashraf Muslim

Ya currently saya meminati beliau.Memang beliau handsome!Siapa tak setuju memang dia dengki HAHA.Tak tak saya bukan admire kerana muka beliau yang sediakala handsome tetapi kerana beliau handsome dari segi perubahan diri menjadi yang lebih baik.
Behaviour beliau kini sudah berubah, baiklah saya sudah admire beliau kerana ini!Baca entry ini
Angin baru Ashraf.Dah baca?Memang sejuk perut ibu mengandung bukan?

**cehhh tiba-tiba ayat berubah menjadi sangat sopan saya dan beliau lagi kannn.HAHAHAHA.pfft
************************************************

Engkau kenapa ni??Apa kaitan Ashraf Muslim dengan topik Study Sebab Nak Pointer Tinggi ni???Maaf maaf terout of topic.Sekadar hiasan cerita saja di atas akibat terpegun dengan keperibadian Ashraf.Eceeeeh.Baiklah pulang ke pangkal jalan kembali Study Sebab Nak Pointer Tinggi.Mari mulakan malam dengan penulisan ilmiah.HAHA!

Pagi tadi kelas Keusahawanan dan Amalan Professional En.Mastor.Memanglah sangat culture student,bila lecturer mengajar dalam kelas tak adalah nak take note sangat apa yang diajar.Tapi bila En Mastor keluar je ayat "tajuk ini masuk exam,yang itu masuk exam" waaaahh bukan main lagi semua take note kannn!Termasuklah aku sendiri kann.Mulianya sifat macam ni bukan?

"Sifat mulia" ni memang dah culture student, study sebab nak pointer hebat.Siapa tak mengaku memang tipu.Aku sendiri pun mengaku.Nak dekat 3 tahun study dekat UKM ni,baru betul-betul perasan aku ni study sebab nak lulus exam,nak pointer bagus.Ish ish ishhhh

Niat kita sebagai student yang berdedikasi lagi berketerampilan (ecehh bahasaaaa dia) tak boleh niat study sebab nak dapat pointer tinggi je okay.No no no.Niat kena baik..Jadi
  • Belajarlah kerana Allah swt,agama,dunia dan akhirat
  • Belajarlah kerana ibu bapa dan keluarga
  • Belajarlah kerana bangsa dan negara
  • Belajarlah kerana menuntut ilmu itu adalah kewajipan dalam Islam
Memang niat aku belajar adalah empat point ni.Tapi bila dah start je masuk studio ke kelas ke,niat tu semacam tiba-tiba berubah.Ting ting ting!Bertukarrrr menjadi ultraman niat huduh semula.Lemah betul iman kann.Astagfirullahalazim.

Baiklah malam ni perlu berniat semula 4 point di atas!(",)

Cukuplah penulisan ilmiah malam ini.Baiklah kerja mendesign sedang menanti.Nak bergerak ke studio buat design.Buhbye yayang belog.Nanti kita jumpa lagi.



Di akhir entry ilmiah ini disertakan secebis gambar hiasan tak bertauliah Dinner Kolej Zaba malam semalam bersama rakan seperjuangan. HAHAHAHAHAHAHA!


Tuesday, March 8

Bapa Paling Terhebat

Mohd Jiwa Bin Khairi
8 Mac 1962
Anak sulung daripada 13 adik-beradik
(wah bukan main lagi ramai noo askar.HAHA)

Genap hari ini sudah 49 tahun.Tak tak sebenarnya umur ayah 50 tahun,atuk lambat setahun daftar sijil kelahiran.Itu pasal jadi muda setahun.Waaah kelas gitu dapat free je muda setahun.HEHE

  • Terima kasih ayah telah membesarkan Along selama 21 tahun 8 bulan
  • Terima kasih ayah telah mendidik dan mengajar Along erti kehidupan
  • Terima kasih ayah telah memarahi,merotan,mentorcher Along masa kanak-kanak dahulu
  • Terima kasih ayah telah menjaga makan minum,pakaian,ilmu dan pelajaran Along
  • Terima kasih ayah kerana membentuk Along seorang insan yang berguna di dunia ini
  • Terima kasih ayah untuk segala-galanya
SELAMAT HARI JADI AYAHANDAku

Ayat memang touching habis ni,ada jugak yang meleleh hingus mukus air mata karang.tsktsktsk T_____T

Semoga ayah menjadi seorang ayah yang sentiasa cool,terhebat dan terbaik untuk Along dan adik-adik.


Walaupun kau anak kesayangan ayah,Raziq Rahime tapi sekarang sudah tiba turn kau pulak nak merasa rotan ayah macam Along dulu-dulu.Tak sakit tahu,tapi memedihkan macam kena gigit harimau saja.HAHAHA.Rasakannnnn!

Sunday, March 6

Hari Hari Kerja LALALALA

Semakin nak tammat ni,semakin bertambah-tambah-tambah-tambah workload guwe!

  • Design-Master plan + Medium-low cost apartment
  • Amalan professional-3 assignment
  • Keusahawanan-3 assignment
  • Etika Kejuruteraan-Case study group
  • English for Engineering-Report + Negotiation Test
  • Topical Study (Thesis)-Draft pun tak siap-siap lagi
  • Working Drawing-Dari sem lepas tak complete jugak!

Tu lah dia,kan sudah terbeban,siapa suruh tangguh-tangguh kerja.Hambek lah binasa dia,7 kerja sedang mentunggu queue.Harap bersabar sekalian kerja-kerja ku yang amat dichentai.**mata ke atas,tangan ke dada!


P/s:Eh lepas grad nanti,sudah dapat satu offer company kerja.WAHAHAHA.Wishlist 'barang' before convo nanti harap-harap tercapai hendaknya.Insyallah.

Pee/ess:Malam ni konsert Kapreza ada 6ixth sense, Nash, Azharina tah siapa-siapa lagi tah artis.Dengan workload kat atas nun,patut ke aku tengok konsert tu.Non-ado lah!Lain lah kalau Justin Bieber,2PM,Bruno Mars ke kan.Confirm aku pergi even workload banyak.HAHA

Pee/ess/ess:Memandangkan workload 'terlalu sedikit', kekerapan untuk stay studio semakin tinggi.Air pun selalu tak ada dekat kolej,haaaah memang sesuai la sangat dengan keadaan dan kondisinya ya.Hipotesis sangat berjaya! Terima kasih UKM.**mata ke atas,kaki ke dada,bleh?

Pee/ess/ess/ess:Sudahlah air tak ada, waktu siang panas gila pulak sekarang ni, pokok-pokok dekat UKM pulak dicantas habis.Kesimpulannya, oksigen di UKM semakin menurun.Rasa-rasa 6 botol air mineral cukup tak bawak pergi kelas hari-hari?


Banyak pulak aku mengomen.Baiklah perlu bergerak sekarang.Kerja-kerja sedang menanti dekat atas sana!

Hopefully aku tak segila macam beliau sebab stress kannnn.pffft!

Tuesday, March 1

Apa Nak Jadi Ni!!!

Tajuk tak nak kalah kan bajet mengamuk sakan.Tak tak ni bukan mengamuk tak tentu hala tapi nak bagitau bosan dah bila bukak blog sendiri.Rasa macam nak delete je ini belog.Sungguh menghiburkan betul belog aku ni.**mata ke atas,tangan ke dada (Oh Yeah!!)

Korea sekarang lebih menghiburkan weh.Sudah khatam banyak Korean Drama dah tahu?Tak gheti-gheti nak insaf budak sorang ni.Tak hengat dia dah final sem weh.Mahu lempang sedas dua agaknya kannnn!Baru sadar diri mungkin.pffft

Kau tahu noks aku dah khatam berapa banyak drama korea plus segala tok nenek sedara korea dah semester ni?Memang wadehack sangat.Duniawi,duniawi,duniawi!
  • Prosecutor Princess
  • Playful Kiss
  • Oh! My Lady
  • Secret Garden
  • My Princess
  • We Got Married YongSeo
  • Dream High
  • Segala datuk mak nenek lagu korea aku dah gila
Tah siapa tah pengaruh aku mentengok korea ni tah.Esuk lepas habis download last episode Dream High,sumpah aku mentaubatkan diri,menjauhkan diri dari drama tok nenek korea ni.Tak buat dah kerja-kerja lagha ni.Insaf weh.**mata ke atas,tangan ke dada.

Design entah ke mana,assignment entah ke mana!
**mata ke atas,tangan ke dada

Hah!Satu lagi semenjak tak update blog secara pukal ni,guwe dah montel bangat sih.Memang makan tak hengat dunia.Kau tengok muka aku memang 'cengkung' kan!**mata ke atas,tangan ke dada.

Kembar Susan Boyle ke ni?


Tetiba nak mensemakkan blog dengan gambar dinner fakulti hari tu.Bukan main semangat gilossss kan pergi dinner fac.Dinner fakulti sangat best weh,serius mak tak tipu.*mata ke atas,tangan ke dada!



pee/ess:Baik lah marilah kembali insaf.Ingat ingat ingat kerja banyak weh.Buhbye yayang belog.ketemu kita di hari lain pulak.