Friday, March 18

Study Sebab Nak Pointer Tinggi

Im currently admiring Ashraf Muslim

Ya currently saya meminati beliau.Memang beliau handsome!Siapa tak setuju memang dia dengki HAHA.Tak tak saya bukan admire kerana muka beliau yang sediakala handsome tetapi kerana beliau handsome dari segi perubahan diri menjadi yang lebih baik.
Behaviour beliau kini sudah berubah, baiklah saya sudah admire beliau kerana ini!Baca entry ini
Angin baru Ashraf.Dah baca?Memang sejuk perut ibu mengandung bukan?

**cehhh tiba-tiba ayat berubah menjadi sangat sopan saya dan beliau lagi kannn.HAHAHAHA.pfft
************************************************

Engkau kenapa ni??Apa kaitan Ashraf Muslim dengan topik Study Sebab Nak Pointer Tinggi ni???Maaf maaf terout of topic.Sekadar hiasan cerita saja di atas akibat terpegun dengan keperibadian Ashraf.Eceeeeh.Baiklah pulang ke pangkal jalan kembali Study Sebab Nak Pointer Tinggi.Mari mulakan malam dengan penulisan ilmiah.HAHA!

Pagi tadi kelas Keusahawanan dan Amalan Professional En.Mastor.Memanglah sangat culture student,bila lecturer mengajar dalam kelas tak adalah nak take note sangat apa yang diajar.Tapi bila En Mastor keluar je ayat "tajuk ini masuk exam,yang itu masuk exam" waaaahh bukan main lagi semua take note kannn!Termasuklah aku sendiri kann.Mulianya sifat macam ni bukan?

"Sifat mulia" ni memang dah culture student, study sebab nak pointer hebat.Siapa tak mengaku memang tipu.Aku sendiri pun mengaku.Nak dekat 3 tahun study dekat UKM ni,baru betul-betul perasan aku ni study sebab nak lulus exam,nak pointer bagus.Ish ish ishhhh

Niat kita sebagai student yang berdedikasi lagi berketerampilan (ecehh bahasaaaa dia) tak boleh niat study sebab nak dapat pointer tinggi je okay.No no no.Niat kena baik..Jadi
  • Belajarlah kerana Allah swt,agama,dunia dan akhirat
  • Belajarlah kerana ibu bapa dan keluarga
  • Belajarlah kerana bangsa dan negara
  • Belajarlah kerana menuntut ilmu itu adalah kewajipan dalam Islam
Memang niat aku belajar adalah empat point ni.Tapi bila dah start je masuk studio ke kelas ke,niat tu semacam tiba-tiba berubah.Ting ting ting!Bertukarrrr menjadi ultraman niat huduh semula.Lemah betul iman kann.Astagfirullahalazim.

Baiklah malam ni perlu berniat semula 4 point di atas!(",)

Cukuplah penulisan ilmiah malam ini.Baiklah kerja mendesign sedang menanti.Nak bergerak ke studio buat design.Buhbye yayang belog.Nanti kita jumpa lagi.



Di akhir entry ilmiah ini disertakan secebis gambar hiasan tak bertauliah Dinner Kolej Zaba malam semalam bersama rakan seperjuangan. HAHAHAHAHAHAHA!


4 comments:

int_ayu said...

rahsia pointer tinggi...KURANGkan men fesbokk...hahah...^^,

Suehaily Mohd Jiwa said...

eh tak tak,aku memang tak main FB**mata ke ats,tgn ke dada
kurangkan berblogging jugak.hahha

Hairil Rizal said...

Heee...bukan belajar aje kena amalkan 4 point tu, kerja pun sama. Amal jariah pun sama. Solat dan hidup ini pun sama.

Malangnya, teori lebih mudah dari praktikalnya...Hmmmm....

Cik Elly pekabar?
Harap sihat la ya...take care and smile always!

:)

Suehaily Mohd Jiwa said...

abg hairil:ye setuju.semua tu kena consider juga.teori lebih mudah dr practical=like :)
saya makain sihat la macam ni.hehe