Wednesday, April 27

Honey You Are My Valentine!

My Valentine- Nickhun & Taecyeon 2PM (Dream High OST)

Aktiviti paling terbaik ketika bengang workload over sangat!Layan KPOP weh!HAHAHAHA

Wordless Wednesday

Sunday, April 24

Graduation & Reunion Dinner JSBians

Sebelum bermulanya marathon gambar-gambar gajah manusia melahap makanan yang superb hebat adalah moleknya dimulakan dengan gambar model-model tak bertauliah mempromosi RED WOK Restaurant.pffftttt

Malam Sabtu lepas, kami JSBians telah mengadakan upacara melantak memakan beramai-ramai sempena meraikan pemergian kami final year student dan juga reunion bersama JSBians sekalian.(itu ayat meraikan semacam nak menghalau pulak..HAHA)

Tempat melantak tak payah lah nak sebut lagi.Gambar di atas bukti segalanya.Berminat untuk mengenyangkan perut anda? Sila hubungi model-model nombor yang tertera seperti gambarajah di atas atau klik lah link website Red Wok Restaurant di atas.


Baiklah jangan nak membebel banyak sangat, nah ini hidangan gambar-gambar lantakan kami

Dimulakan meja juniorJsbians yang bakal pergi.....

acara menghisap shisha pembakaran kuali bermula!

selepas beberapa minit bersteam boat acara pose sang sun bear ge.............bu dimulai

sang sun bear mula bergelak tawa

sang sun bear melahap kembali dengan rakus

artis JSB

tiga orang anak sun bear (orang??!)

Sang sun bear dan adik sun bear yang ge.............bu

Beliau kembali melahap..Rakus betul sun bear ini

Anak mengikut jejak ibunya kembali melahap secara rakus

Beralih ke meja super duper senior....

Kerakusan mereka lagi hebat tak terkata

Pasangan bakal berkahwin tahun hadapan.opsssss

Pasangan yang masih kabur bilakah akan berkahwin.Nantikann.HAHA

Abang Gebu Uzir

Tak mampu nak melantak lagi noks!Perut dah full tank habis, aktiviti beradu bermula

Mana tak full tank weh, kau tengok meja full dah macam beruang makan duhhhh..

................

Yang pose duduk tu bukti sebagai perut tak larat nak berdiri, full tank weh!

Pose terakhir paling hot sebelum berlalu pergi

Aktiviti selepas penat melantak adalah

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Akibat frust tak dapat pergi concert adik Justin Bieber hari tu, karok lah sebuah lagu adik Bieber beramai-ramai.HAHAHA

Baby, baby, baby, baby, baby, baby (~~Jozan Maharaja lawak)
Yeahhh, yeahhh, yeahh, yeahh!pfffffffffffffffttttt






pee/ess: Di harap crew Archustic yang lain dari Twintech dan Taylos tidak misunderstood okay.Ini adalah dinner bagi graduation and reunion jsb UKM.Insyallah ex-pengarah sedang berbincang dengan crew dari Taylors date mereka berada di Malaysia.Dan juga JSBians/ex-JSBians yang lain tak dapat join dinner ini pun turut serta next dinner.Aiteee ;)


photo credit to sun bear aka Nur Afieza Azmi & Huzairie Majid
gambar bersama JSB beramai-ramai bakal di upload lagi.....

Saturday, April 23

Over Gila JWY!


Bukan main lagi aku tengah busy buat thesis ada hati nak ushar seminit dua Jang Woo Young. HAHAHA.Memang over gila.Dahlah sama umur dengan dengan aku kan!HAHA

Woo Young antara member 2PM yang suara paling sedap tahu?!Serius tak tipu!Ini semua angkara KDrama Dream High lah ni, buat aku jadi gila dengan Woo Young aka Jason.Dream High tu ala-ala Glee kononnya,genre story school musical gitu.Wajib tengok weh!Serius best.



Penat aku nak tengok video just part Woo young ni lama gila,11minit 34 saat tu.Tapi tak apa pun lama, kalau dah suka, lama mana pun den tak kisah.Ye dak?

Okek buang masa kejap tengok video ni.HUHU
Part 3:54 sampai 4:25 memang best dia dance weh!


Friday, April 22

Berhari-harian Tidur Tak Lena


Adaptive Reuse of 5 Storey Apartment


SEMALAM MEMANG DISASTER, TERSALAH PLOT SIZE.PATUT AO TAPI PLOT SEMUA A1!GILA CARELESS MISTAKE WEH, LUPA NAK INFORM+REMIND KENA PLOT A0!MAKANYA KENA REPRINT BALIK.PFFFTT

Baiklah semalam aku tidur dengan lenanya satu malam dengan berjaya!Itu menunjukkan bahawa aku **tiba-tiba** buat lupa hari ini ada submission draft topical study!HAHAHAHA.Matilah aku draft baru setebal karangan SPM!

Baiklah pembakar semangat untuk kerja mentaip berjela-jela hari ni!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


HAHAHAHA
Jang Woo Young 2PM

Saturday, April 16

Best Song Ever




PLAIN WHITE T'S RHYTHM OF LOVE

When the moon is low
We can dance in slow motion
And all your tears will subside
All your tears will dry


And long after I've gone
You'll still be humming along
And I will keep you in my mind
The way you make love so fine

We may only have tonight
But till the morning sun you're mine all mine
Play the music low and sway to the rhythm of love



What a SWEET,MELT song!

Monday, April 11

Minggu Relax Semalaysia!

Ya minggu ini memang relax betul.Tak tipu pun.Siap boleh update blog lagi.Memang relax sangat sangat.**mata ke atas,tangan ke dada,mata menjuling,mulut menyenget!

Mana tak relaxnya,kerja design semua dah siap,working drawing pun dah complete siap tinggal nak submit je.Assignment Amalan Professional + Keusahawanan pun tinggal nak print je, topical study macam mana?

Eh yang itu lagi lah tinggal nak jilidkan je topical study aku tu hah.Eh tak banyak kerja pun final year ni kannnnn??!
**mata ke atas,tangan ke dada,mata menjuling,mulut menyenget!


Fantasinya bila buat kerja di studio macam inilah
Over pulak dia berlakon mensepahkan meja macam tu sekali.Perumpamaan rupa meja serabut itu lah otak aku sekarang tengah berputar.Meja yang berteraburan dengan kertas-kertas drawing, beg yang berteraburan dengan drawing,laptop yang berteraburan dengan drawing.Apa lagi,apa lagi nak terabur!!Pergi sana semua pun nak terabur.

Kerja sangat sikit weh,sikit sangat sekarang!**mata ke atas,tangan ke dada.Wah over pulak aku marah.Baik-baik,sila mengucap Astagfirullahalazim...Tarik nafas,hembus...!

Realitinya bila buat kerja di studio taklah over sangat meja tu
Saja over mensepahkan meja, bajet aku busy dari PM lah katakan!Wadefish!


Kesimpulannya, sebagai pengajaran janganlah kita merungut-rungut, sesungguhnya Bik Mama PM Malaysia lagi busy dari pelajar seni bina Malaysia kannnn???Jangat nak merungut sangatlah.

Dengan ini marilah,saya menyeru anda mentonton video rakan archi saya ini, MatLuthfi.Ewahhhh tiba-tiba mengaku rakan pulak dia!HAHA

MARI MENRUNGUT MALAYSIA!


Friday, April 8

Apartment Teaser

Pagi-pagi main rendering!Main render bodo-bodo dengan budak studio second year guna software ****** **.Selama ni daif gila render 3D guna sketch up + photoshop jah.Mak Down!

Thursday, April 7

Rumah Manis Rumah

Balik rumah memang memaniskan.Jumpa ayah, jumpa ibu, jumpa adik beradik memang terlampau menseronokkan. Duduk rumah bermaharajalawaklela lah aku ni kan.Nak tolong ibu masak menjadi suatu mimpilah waktu kemalasan begini.HAHAHAHAjatuhsaham.

Mentolong makan bergondol-gondolan memang menjadi satu kegemaran!

Memandangkan kolej Zabaa sekarang tak ada air,sesuai lah sangat timing aku pulang ke rumah.Badan pun makin naik montelnya dengan jaya.Memang menseronokkan!Manis mana pun feel balik rumah, bila bab 'kerja sekolah' confirm fail 93%!Nafsu kemanisan ini rumah memang heaven gila!Over pulak aku ni.

Kesimpulannya, balik rumah memang menseronokkan macam makan ice cream,balik UKM memang men-tak-seronok-kan dengan kerjaan bergondolan macam makan asam.(Asam memang tak seronok dimakan tahu!).Cepat betul aku jump conclusion.Kalau ambil balik BM SPM ni confirm ah aku fail!pfft..


Duhh comel pulak aku tengok DANBO ni weh!Semua sebab kau syida.Kau yang bersalah.HAHA


pee/ess:Raziq sudah hebat tiru cakap Usop Hantu Kak Limah.Huseeiiin Huseiiin dengan tanga-tangan dia sekali.Kita bako je,bako je.Bukan main lagi dia!Rambut dia pun dah ala-ala kerinting Johan aku tengok.Wadehack!

Sunday, April 3

Malam Manifestasi Festival Seni UKM 2011



Alhamdullilah semalam selesai sudah majlis persidangan puteri UMNO Malam Manifestasi Seni (eh bukan bukan dah bertukar nama semenjak semestar lepas) Malam Festival Seni UKM 2011.Semua crew begitu jambu pinky gila malam semalam,yang gadis-gadis memang dah serupa puteri UMNO dah.

Tema crew Festival Seni kali ini adalah Pink Bersejagat,Perpaduan Ummah!(Wahhh tiba-tiba ada tema kau!HAHA)

Nah hidangan gambar malam akhir untuk Festival Seni UKM 2011

Puteri UMNO cawangan Bangi Crew pameran
(berdiri dari kiri):Shasha si tembam,Elly si montok,Fieza si Gebu.
(tiada dalam gambar:pemilik camera,Hannah dan tak lupa juga adik Angie)



Usher Omaigod (shasha punya tagline) Pameran.Hambek kau siap buat pose Indian lagi!Tak senohohoh.

Mantan Ko-k photography 2010,Cik Zu (yang lelaki sebelah aku bukan yang berselendang tu tahu!)

Cik Zu memang hebat main SLR weh.Dia setting effect lighting bukan memang hebat ooo.Siap ajar kitorang semalam macam mana nak setting dengan excitednya.Masalahnya kalau ajar aku memang tak paham lah weh.Pakai Sony mana nak sama dengan SLR Canon.Kau tengok effect lighting dia gambar bawah ni ada 6 buju wooo!(Serius semalam Cik Zu excited gila guna SLR kau Hannah!HAHA)


Sedikit pose URTV untuk mendapatkan effect lighting 6 buju!HAHA

Bersama adik junior,Mizan aka ketua persembahan.HAHA.(matilah aku girlfriend kau jeles karang.HAHA)

Walaupun first rehearsal dapat banyak kritikan tapi at the end berjaya jugak event ni yang di handle oleh crew Pengurusan Seni.Salute habis dengan Mizan aka adik junior, first time ooo aku jumpa head of performance yang tabah lagi pensabar weh, kena kritik gila-gila mak tetap sabar noks!Good job weh,good job!


Lagi,lagi,lagi terima kasih banyak-banyak dekat crew pengurusan seni sebab sudah banyak tolong crew pameran untuk Pameran Festival Seni.Sorry tak banyak bagi commitment masa set up pameran,set up malam seni teater dengan seni silat.Apa-apa pun crew pengurusan seni memang terbaik,terunggul dan termantap.Ceh ayat nak touching,masa post-mortem tak nak pulak cakap ayat ni kann.Elly Suehaily ni pemalu orangnya,memang cenggitu lah.HUUUU


ALHAMDULILLAH,GOOD JOB CREW PENGURUSAN SENI
untuk
FESTIVAL SENI UKM 2011!

.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....

Akhir kata, tataplah gambar puteri Umno bersama budak cute ni.Wehhh rindu adik aku Raziq.Bila nak balik rumah ni!!



photo credit to Hannah Farhanah dan Khairul Anuar