Monday, April 11

Minggu Relax Semalaysia!

Ya minggu ini memang relax betul.Tak tipu pun.Siap boleh update blog lagi.Memang relax sangat sangat.**mata ke atas,tangan ke dada,mata menjuling,mulut menyenget!

Mana tak relaxnya,kerja design semua dah siap,working drawing pun dah complete siap tinggal nak submit je.Assignment Amalan Professional + Keusahawanan pun tinggal nak print je, topical study macam mana?

Eh yang itu lagi lah tinggal nak jilidkan je topical study aku tu hah.Eh tak banyak kerja pun final year ni kannnnn??!
**mata ke atas,tangan ke dada,mata menjuling,mulut menyenget!


Fantasinya bila buat kerja di studio macam inilah
Over pulak dia berlakon mensepahkan meja macam tu sekali.Perumpamaan rupa meja serabut itu lah otak aku sekarang tengah berputar.Meja yang berteraburan dengan kertas-kertas drawing, beg yang berteraburan dengan drawing,laptop yang berteraburan dengan drawing.Apa lagi,apa lagi nak terabur!!Pergi sana semua pun nak terabur.

Kerja sangat sikit weh,sikit sangat sekarang!**mata ke atas,tangan ke dada.Wah over pulak aku marah.Baik-baik,sila mengucap Astagfirullahalazim...Tarik nafas,hembus...!

Realitinya bila buat kerja di studio taklah over sangat meja tu
Saja over mensepahkan meja, bajet aku busy dari PM lah katakan!Wadefish!


Kesimpulannya, sebagai pengajaran janganlah kita merungut-rungut, sesungguhnya Bik Mama PM Malaysia lagi busy dari pelajar seni bina Malaysia kannnn???Jangat nak merungut sangatlah.

Dengan ini marilah,saya menyeru anda mentonton video rakan archi saya ini, MatLuthfi.Ewahhhh tiba-tiba mengaku rakan pulak dia!HAHA

MARI MENRUNGUT MALAYSIA!

video

1 comment:

Hairil Rizal said...

Bestnyerr dok kat studio tu kawan dgn kertas, meja dan komputer.

Erk...ampunnn....