Wednesday, August 3

Wishlist Suri Rumah Yang Berjaya

Sudah masuk hari ke-3 Ramadhan.Selamat menjalani Ramadhan kepada semua umat Islam.Masih boleh lagi untuk mengucapkannya bukan?Di bulan yang barakah lagi mulia tahun ini diharapkan ia menjadi Ramadhan lebih baik dari sebelumnya untuk kita semua, Insyallah.

Ramadhan is the Month of Fitness, not the Month of Fatness!
Bare in mind okay?!


Berbalik kepada topik asal.Memandangkan aku sudah menjadi suri rumah sepenuh masa sejak 2 bulan ini makanya segala senarai keinginan masa kini berunsurkan ciri ke-emak-emak-kan.Gituuuu!Ibu bapa sibuk bekerja,makanya anak yang sulung ini lah take over peranan ibu bapa di rumah.HEHE

Segala kerja rumah memang fully aku take over dekat rumah ini dari mengemas rumah,membasuh pinggan mangkuk,memasak sehingga lah membasuh berak
adik kecil.Makanya naluri ke-emak-emak-kan tersebut haruslah meresap seluruhnya ke dalam jiwa raga!HAHAHA

Bulan puasa ini tiba-tiba terdetik beberapa wishlist yang sangat dikehendaki untuk kegunaan sejagat semenjak memegang jawatan seorang suri rumah ni.

Akibat kerajinan memasak aku kini membuak-buak ledakannya,aku sangat teruja untuk memperolehi cookware pan set yang baru!Macam-macam aku sekarang nak masak tahu.Pan set yang sedia ada sekarang tidak berapa nak menterujakan skill memasak weh!HAHA

Mana taknya weh bulan puasa ni TV memang mencabar kewibawaan nafsu dengan tak habis-habis buat rancangan memasak NO 1 katanya.Siapa tak teruja nak memasak weh!HAHA

Disebabkan bilangan adik-beradik yang ramai kalau sehari rumah tak bersepah tu memang tak sah.Lagi-lagi adik-adik semua jenis spesis kucing hutan melompat sana sini gaduh sana sini weh.

Penat tak penat nak mengemas rumah bila bersepah.Lagi thrill apabila mengemas satu rumah menggunakan batang penyapu tanpa vacuum cleaner setiap hari.Oleh itu, wishlist untuk membeli vacuum cleaner itu patut wujud dalam segenap sudut lubuk hati!

Memandangkan bilangan ahli keluarga yang boleh buat pasukan futsal antarabangsa makanya washing machine yang kecil lagi tidak membantu untuk meringankan bebanan longgokan pakaian ahli keluarga.Oleh yang demikian, washing machine yang bersaiz besar amat diperlukan masa kini.

Adik-adik semua memang dah cakap spesis macam kucing hutan tak reti duduk diam, makanya sofa bermaterial kan kayu memang kurang tahan dan tidak berkesan di rumah.Yang demikian wishlist mahu beli sofa tidak bermaterial kan kayu memang menjadi keinginan masa kini.Dengan kata lain sofa baru raya lah weh.HAHA


Hyundai Veloster
antara wishlist paling dikehendaki dan paling mengiurkan bulan puasa ini.Sekali tengok beliau ni meleleh air liur selama 10 minit boleh terbatal puasa woohh!Akan tetapi wishlist ini adalah paling overrrrrrr dan VERANGAN SAJO LEBIH!Kalau ada rezeki melimpah ruah memang aku wajib beli Veloster ni okek!!HAHA

Sudah kubilangin kan, memang wishlist masa sekarang lebih berunsur ke-emak-emak-kan!Memang wishlist handbag,high heels dan seumpama gadis remaja tidak terlintas lagi waktu ini.Okay dalam sebulan dua ini confirm boleh kahwin dah!

SELAMAT BERPUASA SEMUA!

Pee/ess:Syukur Alhamdulillah,bulan Ramadhan ini sudah dapat rezeki kerja,berkat bulan Ramadhan kan itulah dia.Petang ini ada lagi rezeki,interview DP Architects.Kalau ada rezeki harap-harap dapat yang ini.HEHE.Wish me luck! :)

3 comments:

rai said...

part periuk segala tu paling xbley bla... welkam to makcik's world :D

Suehaily Mohd Jiwa said...

hahaha.kannnn?impak duduk rumah 2 bulan tulah dia

Hairil Rizal said...

Hahaha..iyelah sangat wishlist tu. Selamat berjaya!!

Oh, Selamat berpuasa cik Elly.
Take care and smile alwayz!